Monday, September 12, 2022

Kuantan 2022 - 1

 Assalamualaikum korang 😊.

Sihat ke semua kawan² alam maya?
Moga semuanya sihat² belaka ye.
Last week dah start cuti sekolah kan.
Kami memang dah plan nak gi Kuantan.
Pagi ahad tu lebih kurang pukul 7pagi dah gerak dah.
Alhamdulillah tak jem. Smooth je perjalanan kami.
Cuaca pun mendung, so nyaman je sepanjang perjalanan.

Ahnasofea tido dari Puncak Alam sampai RnR Temerloh. Lega banyak kalau dia tido. Hahaha

Sebab Ahnasofea tido, ade can la mami duduk depan 😂

Berenti sarapan kat RnR Temerloh. 

Kalau berenti kat RnR Temerloh ni wajib la makan ikan patin kann.. walau namanya nak sarapan je. Hahaha
Saya makan nasi putih dan patin tempoyak.
Pilih kedai pun random je tapi alhamdulillah sedap 😊.
Abah Ahnaff makan pau feveret dia je.
Pau sambal bilis. Sedap jugak. Pedas kemain sambal dia.

Ni pau kaya. Tapau untuk anak² makan dalam kereta. Pun sedap ☺.

Abah Ahnaff drive santai² je. Sampai Kuantan lebih kurang pukul 12 lebih kalau tak silap.
Singgah pasaraya Cowboy dulu.
Abah Ahnaff kalau gi Kuantan tu, memang wajib menyinggah pasaraya tu. 😅
Pasaraya biasa je tapi ade macam² barang.
Sesuai untuk orang yang nak niaga.
Sebab barang² dia memang pelbagai. 



Cissss..bersepah² ye cosplay askar kat sini. Komando ade. Dah la murahhh. Geram je saya tengok. Hahaha. Kenapala kat GM aritu tak de yang begini.

Mainan lagiii.. sabo je lah. Punya rambang mata, last² ambil mainan yang kecik je. Hahaha.

Saya beli acuan kuih serabai ni dengan bekas tembikar tu. Boleh la buat bekas sambal belacan. Hihihi. 

Ni sedap 😊.


Keluar dari Cowboy terus gerak pi homestay.
Ingat nak carik hotel tapi semua hotel penuh.
Homestay je yang ade. 
Actually homestay ni konsep macam chalet tu. Bilik je. Bukan rumah sebuah.
Bilik yang lengkap dengan alatan asas n toilet.
Katil ade queen 1, double decker 1 n single 1.
Bilik tu je yang available. Patutnye sesuai untuk 5 orang.
Tu pun kat Sg.Ular nunn. Dekat ngan Cherating dah.
Homestay tu pulak, tengok dalam IG memang cantik. Nampak cozy gitu.
Yang membuatkan saya bertambah yakin, ade kawan IG juga yang level² instafamous duk promote homestay ni. 
Kate best n selesa.
Rupenye bila sampai, indah khabar dari rupa 🤣.
Ok je la homestay dia cuma dari segi kebersihan tu tak berapa ok.
Dengan semut yang banyak. 
Pantang ade makanan letak atas meja, laju je semut datang. 
Terpaksa pejam mata je lah sebab susah dah nak carik tempat lain 😑.
Lepas dah susun² barang n rehat², petang tu kami keluar la pi carik makan. 
Lunch tadi tak makan sebab masing² kenyang lagi.
Petang baru keluar.

Tudiaaaa.. carik makan sampai Kemaman haa. 😂.
Abah Ahnaff memang sejenis yang gigih ye. Dia cakap dekat je, tapi bagi saya macam jauhhhhh je. Hahaha

Last² singgah kat Hentian Bas Kemaman, dekat Chukai kalau tak silap. 
Pilih kedai makan pun random je.
Ade anak kecik, jalan jauh pulak, ikut mana sempat je. Hahaha.
Orang pun ramai, tak dan nak jejak kedai makan viral.



Alhamdulillah sedap makanan dia.
Order nasi putih, siakap 3 rasa, tomyam, kailan ikan masin, telur dadar n sotong celup tepung.
Ahnaff makan nasi putih, kuah tomyam n ikan, licin pinggan dia. Sedap dia cakap 🤭.
Ke dia lapar sangat sebab tengari tak makan ehh. Hahaha.
Gambar makanan tak ambil, gambar kedai pun tak ambil 😅.

Balik tu singgah kat deret² kedai kat sempadan tu. Singgah nak beli satar. Sedap gak satar dia. Pedas. Penuh rasa ikan. Sedapnyee. Ermmm. Dah teringat² pulak nihh. 
Beli jugak otak² tapi lain sikit otak² dia. Kalau yang biasa saya makan tu mcm kering kan sebab dah bakar. Yang ni otak² dia macam ade salut sambal kelapa kat luar. Macam ikan bakar tu. Jadinya, walau dibakar dia tak garing. Macam basah² bersambal gitu.

Ok, habis citer day 1 🤣.






 











4 comments:

  1. wow jauhnya sampai ke kemaman. rajinnn! haha

    ReplyDelete
  2. Wah...jalan sakan na. Ahnaff & Sofea...
    Dah beli acuan kuih serabai tu..pasni ada la posting kuih serabai..kita tungguuuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Tungguuuuuu. Ntah bila nak buatnye ntah. Hihihi

      Delete