Tuesday, September 13, 2022

Kuantan 2022 - 3 (Pantai Balok)

 Assalamualaikum korang 😊.

Petang tu keluar pi Pantai Balok.
Mami pun tak faham dengan abah Ahnaff tu. 
Kenapa la dia taknak pi pantai Cherating je πŸ˜….
Ermmm..


Sebelum keluar sila ambil gambar mami dulu Napp
Ahnaff: mami tak payah cantik² sebab Ahnaff ambil gambar mami biasa² je
Mami: πŸ˜‘πŸ˜‘πŸ˜‘

But dia tu beli kat Cowboy 🀣. Haritu dah nampak kat GM Klang tapi tak beli pulaknye. Ni nampak kat Cowboy, terus abah dia belikan.

Kalau nak main air kene jalan jauh ketengah sana. Oleh kerana dia sibuk nak main pasir je, jadinya duk kat tepi² je lah. Janji kuis pasir. Hahaha



Ahnasofea, mami suruh main pasir. Nak tengok sensori dia tapi dia sibuk duk kutip cengkerang kecik² nak masuk mulut.





Tak lama sangat pun duk tepi pantai tu. Dalam sejam lebih camtu je.
Balik tu terus pi dinner sekali.
Pi Port Kawan Cafe nama dia.
Pilih random je πŸ˜….
Menu tak banyak sangat pilihan.
Standard cafe la kan. Ade western campur local taste.
Tapi nice la kedai dia. Selesa.
Ade ruang dalam n luar.
Tapi masa kitorang sampai tu keadaan berangin² macam nak hujan, so duduk kat bahagian dalam je la.
15 minit lepas kitorang duduk tu, hujan pun tirun dengan lebat. Nasib baik 🀣.


Tengok la perangai dia kat kedai makan. Memang begitu lah peel nye. Tak tau diam. Ni sementara tunggu order sampai.

Nasi goreng daging blackpepper - boleh tahan rasa dia. (Rm18)

Mee goreng. Sedap mee goreng nya. Tak tau lah kenapa mami order mee goreng ni 🀣. (Rm15)

Chicken grilled with blackpepper sauce. (Rm28) Yang ni tak sempat rasa sebab..... ermmm πŸ‘‡

πŸ‘‡

Licin ye dia makan. Tak sempat mami dan abah nak rasa 🀣. Kalau licin sampai camtu memang sedap la tu. Kene dengan citarasa dia.
Sepanjang kat Kuantan memang berselera betul dia makan. Seronok tengok 😁.

Malam tu balik homestay, tengok² takde air πŸ₯΄.
Pihak homestay pun tak bagitau awal pulaknye.
Cuma whatsapp petang tu bagitau air agak slow dan bagitau baldi ade disediakan kat paip luar incase air tak cukup.
Terpaksa mandikan budak² guna air mineral sebab baldi yang pihak homestay sediakan tu macam tak berapa bersih.
Dengan mami sekali mandi air mineral πŸ˜….
Giat abah Ahnaff tadah air guna botol mineral sebab petang tu staff homestay bagi 5 botol besar air mineral.
Tadah juga guna baldi lain sebab air keluar kecik je.
Standby untuk jirus pape yang patut πŸ˜….
Kat rumah sendiri tak pernah mengalami krisis air.
Pi bercuti pulak terkena krisis air. Hahaha
Mujur dah malam last.






6 comments:

  1. haha spoilnya kalau pergi berjalan takde air. Takpelah, pengalaman jugak tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mujur dah hari last. Kalau first day takde air, mau berangkut carik tempat lain pulak. Hihihi

      Delete
  2. Wah..cuti sakan Ahnaff yer..seronok la dia dapat kongsi cerita dengan kawan-kawan sekolah..
    Ada la modal kan..
    Eh,ramainya murid sekolah Afnaff..
    tengok dlm post dia pi rombongan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai sebab campur 5 tahun dan 6 tahun kak 😊.
      Dia memang duk bercerita gi zoo tu kat teacher n friends. Ni dah bertukar cerita pulak. Cerita pasal dia pegi rombongan pulak πŸ˜†

      Delete