Wednesday, July 6, 2022

Pandan Gula Melaka

 Assalamualaikum korang 😊.

Balik dari Pantai Jeram tu menyinggah 2,3 kedai sebab nak mencarik telur.
Agak susah nak dapat bekalan telur sekarang ni. Lagi² telur gred A. Kebanyakan kedai ade telur gred C je. 
Ade order kek pandan gula melaka untuk hari ahad.
Akak yang biasa service Coway tu order untuk majlis kahwin adik dia.
2 biji dah siap coating dan selamat menyejuk dalam peti. 2 biji lagi baru nak adun disebabkan telur tak cukup. Hihihi.
Sekarang ni kenduri kendara dah dibolehkan kan, so permintaan untuk kek² pun makin okey.
Tapi, sejak ade Ahnasofea ni, saya memang tak buka order pun.
Risau kalau buka order macam sebelum covid dulu, nanti tak menang tangan. Tak tersiap pulak nanti.
Ahnasofea pulak bukan sejenis yang elok je sentiasa. Dia kalau boleh nak mami duduk sebelah dia je. Kadang nak pegi dapur yang hanya 5 langkah tu pun dia punya menangis sampai teresak² sedihnye 🤣.
Jadinya kalau orang tanya dah tak baking ke sekarang ni, jawapannya masih lagi baking, cumanya based on order sahaja.
Kalau dulu, selalu open order, buat banyak² pi delivery. Penat tapi seronok.
Masa tu Ahnaff pun ok je. Dia tak banyak ragam. Mengacau pun tak 😁.

Berbalik pada cerita kek pandan gula melaka ni, masih teringat lagi pertama kali buat kek ni.
Ya ampunn, memang lucu kejadiannya. Tapi sedap.
Ambil resepi pun dari internet je. Lepastu bereksperimen sendiri. Krim nya kalau ikut pada resepi asal, guna italian meringue buttercream. Tapi, sebab tak mahir plus tak berapa rajin nak asingkan putih telur dengan kuningnya, maka, saya ambil keputusan untuk guna cheese cream sahaja. 
Alhamdulillah 2,3 kali bereksperimen, menjadi elok.
Itu cerita 7 tahun lepas. Sehingga sekarang masih menggunakan resepi yang sama. 
Masih digemari ramai. Alhamdulillah 😊.


Inilah rupe kek pandan gula melaka saya yang dulu 🤣. Memang betul² tak semenggah. Sedih kalau nengok rupenye. Hahaha


Tadaaaa..yang sekarang ni helok la sikit kan. Hihihi. Berubah mengikut peredaran waktu. 

Saje buat lebih sikit, sebab yang tukang adun pun tetiba macam teringin 🤣. Ade lagi sikit tu, sudukan dalam cup, pastu abah Ahnaff bawak bekal pi keje.

Sian diaaa.. menangis punya menangis, taw² tertido. Ahnaff cakap "sian dia mami, tunggu mami, tak datang²". Hahaha







2 comments:

  1. Wow...kemas dan ayunya kek pandan gula melaka versi sekarang..
    Tapi pastinya versi dulu dan 7 tahun dulu tu versi penuh kasih sayang..😍
    Kalau kita tengok lukisan yang kita buat masa darjah 1 dan tingkatan 1 pastilah ada kemajuan...🤭

    ReplyDelete