Wednesday, July 6, 2022

Atok Nenek datang

 Assalamualaikum korang 😊.

Isnin haritu atok nenek Ahnaff datang Puncak Alam sebab Selasa atok ade appointment kat IJN.
Macam biasa, atok nenek tido sini, pastu tugas menghantar ke IJN adalah tugas Kakyong.
Rumah kakyong dengan rumah saya satu fasa yang sama. Cuma lain kawasan. Tapi masih berdekatan. 5 minit je boleh sampai 🤭. 
Tapi sedih, sebab tak lama lagi kakyong nak pindah dah. Rumah dia nak siap dah. Maybe lepas raya haji sok siapla sepenuhnya. 
Dulu² sebelum saya kahwin, tugas bawa abah gi appointment IJN adalah tugas saya. Walau masih bekerja masa tu, saya akan ambil cuti. Seronok bawak abah pi IJN sebab lepas appointment tu nanti boleh merayap dengan mak abah 🤣.
Lepas Ahnaff lahir pun saya masih hantar abah pi IJN sebab Ahnaff jenis senang dibawa kemana². 
Last saya hantar adalah tahun 2019, sebelum covid datang. 
Lepas je covid, IJN tetapkan seorang pengiring untuk seorang pesakit sahaja, maka mak pun tak dapat la nak ikut lagi.
Tu yang bila abah gi IJN dengan Kakyong, mak tinggal kat rumah je dengan saya 🤣.
Pagi² lepas abah dah gerak gi IJN tu, mak dah tanya nanti nak pegi jalan mana. Hahaha
Ahnaff sekolah nenekkk, tak boleh nak gi jauh². Boleh gi Lotus je.
Pergi Lotus pun tujuannya nak carik minyak masak je tapi minyak masak takdeeee.
Semua habis. Tak tau la habis ke memang diaorang tak keluarkan. Yang ade jenama Knife, 5kg rm45.90 😏.


Nenek pilih² bawang kecik, bawang besar. 

Tugas saya mestilah tolak troli je. Sambil² selfie dengan Ahnasofea 🤣.

Saya belanja barang² yang mak ambil, pastu saya pow pulak mak tealive 🤣. Mak cakap upah dukung Ahnasofea dengan tolak troli. Hahaha.

Masa tunggu air tealive ni siap, saya main² dengan Sofea. Belai² kaki dia, tetiba rasa macam basah² air. Ehhh..datang mana pulak air ni.. terus tengok, mak aiiiiii. Sofea yakyak sampai tembus ke tepi 🤣.
Aduhhhh Sofea, Sofea. 

Sebegitu sekali ye 🤣. 

Lepas je bersihkan n tukar baju Sofea, terus gerak ambil Ahnaff balik sekolah pulak.

Atok belikan anggur ni kat MBG IJN. Sukala cucu sorang tu. Teringat masa mengandungkan Ahnaff, abah belikan buah delima merah kat MBG tu. Sebiji delima tu kalau tak silap rm18 ringgit lebih camtu. Padahal delima tu masam² gitu kan. Nak taknak habiskan jugak sebab abah dah beli 🤣. 
Abah memang rajin layan selera makan saya. Hahaha. Macam mana la anak dia ni tak tembun, asyik disogokkan dengan makanan je 😂. 












10 comments:

  1. Hahaha...sofea kasi hadiah ketulan emas untuk mami..
    Dah l
    pandai selfie dah sofea pun..
    Anggur tu panjang2nya macam terasa2 kerangupan & juicy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang rangup betul kak anggur tu. Kombinasi rasa masam² manis 😊

      Delete
  2. Sukalah Sofea ngan Ahnaff bila atok nenek datang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka sangat sebab kalau atok nenek ade, mami tak boleh nak marah². Hahaha

      Delete
  3. puas hati dpt gembirakan org tua kan.. diorang pun jarang nk demand tp appreciate je apa yg anak buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kakmim. Diorang memang tak pernah demand pape. Bawak gi jalan, makan² pun seronok sebab dapat luangkan masa dengan anak cucu.

      Delete
  4. Seronok kan jenjalan dgn mak abah. akak dulu2 selalu jenjalan gitu. tapi now abah dah tak de. still seronok dpt jalan dgn mak. memory yg pasti tak terulang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak. Seronok bawak diorg jalan, makan². Kenangan utk dikenang satu hari nanti.

      Delete
  5. Sedapnya kunyah anggur panjang-panjang tu.... terliur pulak tengok!

    ReplyDelete