Monday, June 13, 2022

Grocery day

 Assalamualaikum korang 😊

Ni cerita hari sabtu 🤭
Agak lambat berbelanja bulan ni
Gi carik barang kat Lotus Kuala Selangor sebab sekali dengan nak menyinggah kedai emas, nak amik gelang Sofea
Kalau tak kerana nak amik gelang tu, shopping barang dapo kat P.Alam je sudahhh 🤣

Dua beranak ni memang enjoy shopping barang dapo. Yang bujang kecik tu mestilah suka sebab dapat paw abah mainan 🤣. Tiap bulan kene scam.

While mami n Sofea jalan santai² je. 


Tak banyak nak kene topup sebab stok makanan kering banyak lagi. Untuk troli yang tak berapa penuh ni pun dah sampai rm300++ 😌. 

Kebiasaanye hal² topup barang dapur ni memang tugas abah Ahnaff
Walau mami Ahnaff ni surirumah sepenuh masa, tapi jangan la suruh dia pilih ikan, pilih bawang. Memang tak reti dia 🤣
Saya cuma taw masak je.
Pilih memilih bahan basah memang bukan kepakaran saya.
Sejak dari awal kahwin dulu memang abah Ahnaff yang suka pilih bahan² basah, barang² dapur.
Tugas saya cuma tolak troli je.
Kadang tu rasa jemu gak sebab lama betul menunggu dia pilih bawang, pilih kentang, pilih ayam ikan. 
Tapi, nak buat camne kan, kang yang nak makannye saya jugak 🤣
Ahnaff suka la dia kalau cakap nak gi beli barang dapur
Sebab dia taw, mesti dapat paw abah dia 🤣
So, haritu dapat dia paw mainan yg dia kate belum ade lagi (padahal mami tengok mainan dia sama je semua - hal² mainan ni dia banyak sembang ngan abah dia je..hahaha), spender marvel n sandal untuk gi sekolah.
Ni dapat barang2 kering je. Bahan basah abah Ahnaff kate nak gi carik kat Segi Fresh pulak.
Iyolahhhh..den ikut je. 

Ni bekal upah untuk mami sebab petang tu abah Ahnaff nak gi outstation. 

Sebelum balik singgah lunch kat TCRS dulu
Tapi mami dengan abah je yang makan. Ahnaff taknak makan pun sebab dia kate dah kenyang. Tapaukan je untuk dia incase kang petang tetiba dia nak makan nasik.


Ni budak tak reti diam ni. 

Ambik set yang ni sebab abah Ahnaff suka bendi tu, mami pulak suka kerabu mangga tu 😊


Nak dijadikan cerita, masa tengah berbaris tunggu turn nak bayar tu, tetiba staff TCRS tu cuit bahu saya sambil hulurkan rantai tangan Sofea. 
Dia cakap jumpa kat bawah meja.
Aduhhh..terkejut betul. Memang tak perasan langsung rantai tangan dia tu tercicir.
Mujurlah staff tu jujur n bagi rantai tu kat kami.
Kalau tak, sempat merasa pakai rantai tangan baru setengah jam je la Sofea oiiii.
Alhamdulillah masih ade rezeki Sofea 😊
Walau rantai tangan tu tak besar pun, biasa² je tapi tu hadiah pertama dari abah dia.
Baru ambik dari kedai pulak tu 🤣.
Balik tu singgah Segi Fresh jap, pastu terus balik rumah.
Rushing balik sebab petang tu abah Ahnaff kene gi outstation ke Kulim.
Tinggal lah 3 beranak duk diam² kat rumah hujung minggu tu..hahaha
















4 comments:

  1. Alhamdulillah..
    Masih ada rezeki sofea...
    Sekarang rm300 dapat suku troly ja..Betapa harga barangan mencanak naik kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak. Semua barang naik harga. Tu belum masuk barang basah lagi tu.

      Delete
  2. Hi..salam kenal..SA singgah sini ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal SA.. terima kasih SA, sudi bertandang ke laman saya yg serba serbi kurang ni.. hihihihi
      P/s: tapi kite dah kenal SA lama dahhhh..cuma selalu jadi silent reader je..hahaha

      Delete