Monday, June 27, 2022

Durian Seladang

 Assalamualaikum korang 😊.

Balik dari kenduri semalam, atok ajak pi cari durian.
Memula ajak pi Mantin tapi tak jadi sebab Kakyong tak boleh nak ikut.
Atok kalau nak mencari makan, semangat ye walau jauh pun. Hahaha. Anak² pulak jenis melayan je.
Faiz pulak bagitau kat Bangi ade tempat jual durian baikk punya 🤣.
Cancel plan gi Mantin, tukar arah ke Bangi pulak.
Durian Seladang tu bukan nama baka durian yang baru ehhh, tu nama gerai durian. Hahaha
Diorang bukak gerai kat Laman Niaga Komuniti, Bandar Baru Bangi.
Waze je Durian Seladang Bangi, insyaAllah sampai 😊.
Oleh kerana semalam mami ni tumpang mummylong Ahnaff, so, taw² dah sampai. Hihihi.

Sampai² dia tido. Penat tahan mata dari rumah Cikya. Mami pun dah comot. Lipstik pun dah hilang warna 🤣.

Ahnaff dengan AbangDin. Dia suka dengan AbangDin sebab Eddin suka n rajin melayan dia. Elok sangat, dulu Dede(panggilan anak buah untuk mami) tukang jaga dia. Sekarang turn dia jaga anak Dede pulak. Hahaha

Yang paling depan ni kakakTasha. Anak buah no.2, anak dara dah. Nurse kat Hospital Pantai, Bangsar. Untung ade anak buah yang dah besar² ni, boleh diharap jaga sepupu² lain yang kecik². Hihihi
Yang lagi 2 orang tu adik² abangDin. Anak kakak no.3




Memang puas hati betul makan durian kat sini. Dah la dijamin sedap, murah pulak tu.
Durian IOI sekilo rm13.90
Udang Merah sekilo rm16.90
Murah ke murah? 🤣
Ahnaff makan dua ulas je sebab dia kate tak suka durian pahit² 😅
Ye la tu tak suka. Sebenarnye dia sibuk nak main lari² keliling meja tu. Macam la mami tak tau.
Tak suka dah..biar mami je yang makan.
Kat sini konsep dia berbaris untuk pilih durian, bagitau nak durian yang jenis ape, nanti diorang akan pilihkan, timbang n bayar.
Kalau nak makan kat situ, boleh makan sebab ade banyak meja n kerusi disediakan.
Kalau nak bungkus bawak balik, boleh ambik tipuware yang disediakan, kopek sendiri n pack sendiri. 
Walau berbaris panjang tapi tak lama pun sebab cepat je diorg assist. Laju je.
Air mineral pun diorang bagi free aje. Ambil je.
Pada pendapat mami, selesa la makan durian kat situ. Tempat luas n lapang. Anak² nak main berlari² takdela risau. Parents boleh makan dengan tenang.


Dah puas makan kat situ, diorang borong pulak untuk bawak balik. Kemain masing² tau. Hahaha.

Bebila sok nak ajak abah Ahnaff pulak.
Wajib repeat lagi nihhh.. hahahaa. Selagi tak habis musim durian kann 🤭.
Terima kasih atok n mama. Belanja makan durian petang semalam. 😘














4 comments:

  1. haaa.. puas tu makan durian seladang, hahaha (mula ingat satu ladang durian)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa kat sana kitorang membayangkan seladang yang haiwan tu kak. Bila balik tu dlm kereta, baru terfikir durian se-ladang hahahaha

      Delete
  2. Agaknya seladang tu mungkin maksudnya se ladang ( satu ladang)
    kotttt🤣

    ReplyDelete