Monday, June 13, 2022

Dinner 130622 - Satay

 Assalamualaikum korang 😊

Amboiiii sejak datang angin rajin ni, kemain galak update entry aje.
Sehari 2,3 entry 
Kalau angin malas sampai, seminggu sekali pun payah nak menaip 🤣
Sebenarnye dari lepas raya aritu dah teringin satay
Tapi disebabkan krisis ayam yang terjadi baru² ni, kedai satay yang biasa kami pegi tu tak bukak pun.
Nak beli kat tempat lain, risau tak menepati citarasa peminat satay no 1 ni...
Sape peminat satay no 1 tu?
Mami AhnaffSofea ni laaaa 🤣
Petang tadi pi jemput abah Ahnaff kat tempat kerja dia.
Berjemput la sebab petang sabtu aritu kami yang pi hantar dia kat tempat kerja sebab hujan.
Petang sabtu pegi, petang isnin baru balik 😅


Yang terpaling penat dia la 🤣. Masuk kereta, belum keluar P.Alam dia dah tido dulu.

Petang tadi pun masa keluar rumah dah mendung².
Masuk je kereta hujan rintik².
Sepanjang jalan jugak la hujannye. Mujur perjalanan melawan arus, jadinya tak lah terlibat dengan jem orang yang balik kerja🤭.
Abah Ahnaff masuk kereta je, soalan pertama dia, "nak makan ape?" Hahaha
Kari ikan n tumis kangkung ade lagi so tak perlu singgah makan kat mana² 😄
Tapiiiii, ade tapi ye, oleh kerana balik tu ikut Elmina, kat RnR Elmina ade Satay Kajang. Satay Samuri. Sanggup abah Ahnaff keluar ke Elmina East sebab nak menyeberang ke RnR tu 🤭.
Ingat pulak dia yang isterinya dah lama teringin satay.
Alhamdulillah, dapat la mami makan satay malam ni. Hihihi

Sementara tunggu satay siap. Dia mana boleh nampak abah. Terkinja² nak ikut.

Abah pi amik satay, dia tinggal dalam kereta. Sebab tak duk diam, mami lock dia 🤣. Tapi Ahnaff marah. Dia cakap "sian Sofea".

Ermmm.. peluang yang dinanti². Adik keluar je dari carseat, dia cepat² ambil alih 😏. Ahnaff duduk kat carseat sampai 4 tahun. Adik dah lahir baru dia belajar duduk kat seat belakang.

Satay yang diidamkan 🤣

Satay ayam

Dah lama taw tak makan satay Samuri ni. Kalau tak silap, last makan masa Ahnaff kecik lagi. Setahun lebih kot dia masa tu.
Bagi saya, satay Samuri ni masih sedap macam dulu² jugak
Size besar. Makan 5 cucuk pun dah kenyang.
Tadi abah Ahnaff beli satay ayam, daging n hati.
Satay hati tu kadang ade, kadang takde.
Kira malam ni rezeki la sebab ada.
Puas hati sungguh dah dapat satay 🤭. Ahnaff pun makan kemain sedap. Habis 5 cucuk jugak tadi.

Terima kasih abah AhnaffSofea.









2 comments:

  1. Alaaa...rasa teringin pulak Sate Samuri..Walau sate lain ada yang lebih sedap tapi saya tetap sukakan sate samuri..tapi nak daging ja..ayam takmo..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satay daging dia sedap kalini kak..lembut cair di mulut..gituuuu..hahahaha. satay Samuri kuah dia sedap lagi kalau letak extra chili oil tu..lagi maveles.

      Delete