Thursday, November 16, 2023

Cuti Deepavali 2023 - Melaka

 Assalamualaikum semua 😊.


Cuti Deepavali aritu kitorang buat family day kat Melaka.
Tu pun jenuh uiii mencari tempat.
Semua tempat fully booking.
Tu la orang kate kan, kalau nak bercuti tahun ni, kene booking dari tahun lepas lagi 😂.
Dapat cuti or tak dapat, belakang cerita. Hahaha
Janji tempat dah ada.

Sebelum bercuti, sempat lagi mami siapkan tempahan orang dulu.


3 biji pandan gula melaka ni tempahan dari nurse Hospital Pantai. Yang ni sanggup buat sebab kastemer datang ambil kat rumah. Jumaat malam sabtu tu KakNoy datang ambil kat rumah.


Brownies kedut dan nutty choc brownies+salted caramel ni order dari orang jauh. Tak sampai hati nak tolak 🤭. Lagipun dekat je kalau pi delivery. Hantar sekali jalan nak pi Melaka tu. 
Orang Johor datang berfamily day kat Selangor. Yang Selangor ni pi menghala Selatan berfamily day kat sana 😂.
Takde rezeki nak jumpa Bonda sekeluarga. Padahal dekat dah lokasi family day diorang tu.
Tq Bonda. Jangan serik order lagi ye! 😊



Lepas je delivery brownies, terus gerak. Masuk je highway Elite, dah macam siputtt. Singgah isi minyak kat USJ, abah Ahnaffea beli roti je buat sarapan alas perut sekeluarga. Malas nak menyinggah² sarapan. 
Baru gerak sikit, dah si Sofea pulak yakyak 😂. 
Singgah la RnR Dengkil pulak. 


Mami sarapan special sikit. Burger malam semalam 😂. Malam tu tak sempat nak makan. Abah Ahnaffea bawak je. Bila check ok je lagi. Makan je la. Makan ni pun berebut² dengan si Sofea 😂. Kalau Ahnaff, tak nak dia makanan yang tak panaskan camni. Dah basi katenya 😑.


Dah sampai. Kami stay di Kuala Sungai Baru, Melaka. 


Halaman homestay.


Cantik halamannya. Belakang tu, bukak je pagar, terus sampai ke pantai. Cantikk


Pokok gajus ni. Merimbun pokoknya. Redup je. Lepak² bawah pokok syok tau. Angin pantai pun boleh tahan kuat. Nyaman je.


Homestay ni separuh kayu, separuh batu. Nampak tak kepala budak kecik tu, terintai² 😂.


Dah petang sikit tu, budak² dah tak menyabo nak turun main pasir. Air pun dah start nak pasang dah tu. 


Mami abah duk lepak² bawah pokok. Sambil tengok budak² main pasir.


Petang tu minum petang buat laksa dan goreng pisang. 
Laksa tu kuah dia bawak siap² dari rumah. Mamilong yang bawak. Balance dari kenduri doa selamat minggu lepas. 
Sekelip mata je habis yeeee. Makanan semua tu 😂.


Ni pun kemain laju menyudu laksa.


Malam tu dinner apa yang ada je. Nasi putih ada lagi, lauk pauk yang masing² bawak potluck tu pun ada lagi. Makan yang tu je. Budak² bujang pi beli burger kat rumah sebelah. Kenyang la masing².


Bangdin, penghibur sepupu² kecik 😂. 

Kalau ikut plan asal, kitorang nak stay je kat homestay tu. 
Malas nak pi keluar jalan.
Lagipun homestay tu agak jauh juga dari bandar Melaka.
Dekat sejam lebih juga kalau nak gi bandar.
Tapi, sebab ada yang nak berjalan, maka kami buat keputusan nak bawak budak² pi The Shore Ocenarium. 
Tengok review kat Google nampak cam menarik.
So, malam tu semua kena tido awal ye.
Sebab esok pagi² nak kene keluar dah 🤭.








Tuesday, November 7, 2023

Solidariti Palestine

 Assalamualaikum semua 😊.


Last week ada aktiviti solidariti untuk Palestine.
Ahnaff memang cakna dengan isu Palestine ni.
Tu yang dia bersemangat tu bila sekolah minta pelajar bawak bendera Palestine. 
Siap mintak mami lukis kat pipi dia tu.
Mungkin sebab kat sekolah pun teachers dah cerita dan bercakap pasal isu ni.
Tiap pagi kat sekolah memang ada bacaan qunut nazilah tu.
Sampai ke rumah dia duk baca qunut nazilah.
Menghafal yang itu je.
Bagus lah nak. 
Dari hafal lagu yang ntah pape macam mami niii.. ehhh 😂
Hal² boikot memboikot pun dia alert juga.
Bila tengok tv, ada iklan McD or KFC tu, dia siap tutup mata. Taknak tengok.
Takut nanti teringin katenya 😂.
Lalu depan Pizza Hut pun tutup mata jugak 😂.
Aduhhh Ahnaff, Ahnaff..






Kemain semangat. Siap nak lukis² pipi. Layankan jelahhh 🤭.


Gigih mami buatkan bendera. Tengah² malam buatnya sebab taknak Sofea mengacau.


Khusyuk dengar penerangan dari teacher.


Ada juga aktiviti berkumpulan.





Ada persembahan dari abang kakak sekolah rendah.


Bangga mami tengok gambo ni nak oiii. Tak sia² mami buat bendera tu 😂.


Semoga Palestine mendapat keadilan yang sewajarnya. 
Tak tertanggung rasa sebak dan sedih bila tengok kanak² baya Ahnaff, baya Sofea berada dalam keadaan perang camtu.
Lagi yang terbunuh 😭.
Yatim piatu sekelip mata.
Allahuakbar.
Mami sedaya upaya memang elak dari tengok video² yang melibatkan kanak².
Tak sampai hati nak tengok 😔.
Moga dengan berkat doa kita semua umat Islam seluruh dunia, Israhell tu cepat dapat pembalasan.


Tuesday, October 31, 2023

Netizenssss

 Assalamualaikum semua 😊.


Malam tadi kan, masa tengah baring² sementara nak tunggu budak² ni tido, mami jalan² la kat IG.
🤭
Pi sana, pi sini.
Pastu tersinggah kat IG influencer Shamimia tu.
Yang baru² ni hot pasal isu Palestine tu kan.
Mami tak follow dia pun. 
Tapi kadang pi tengok juga IG dia sebab suka tengok dapur dengan rumah dia.
Helokk je.
Stalker la ehh kiranya 😂.
Tak follow tapi suka skodeng dia. Hahaha
Sejak isu Palestine tu,dia agak slow sikit kat IG.
Pastu ada posting yang terbaru.
Saje la mami tengok komen² dari netizen kat posting dia tu.
Ermmmm.
Macam² jenis komen ada.
Ada support bagi kata² semangat.
Ada yang masih mengecam.
Tak kurang juga ada yang body shaming dia.
Macam² uolls. 
Itulah kannn, nak jadi pempengaruh ni mental kena kuat ekk.
Nak menghadap kata² netizensss tu.
Pastu kan, mami tak sangka pulak mami boleh terjebak dengan salah sorang netizen tuuuu. 😂



Salahkan kuuu, jangan salahkan kuuu..
Hahaha
I is jawa ok. 
Kenapa ehh kene komen camtu?
Pastu dia marah kita pulak wakk 😂.
Mungkin dia baca cara pertanyaan mami tu dengan nada yang tak betul kot ek?
Padahal mami tanya dengan penuh lemah lembut 😂.
Pastu taknak kalah pulak eh.
Last tu dia kate jabai isa tu, mami tak reply dah la.
Tak tau ape maksud perkataan tu.
Lagipun tak guna nak argue dengan orang camtu.
Jenis taknak kalah. 
Papepun dia je lah yang betul.
Mami jarang tau nak join komen pape kat FB ke, kat IG ke.
Ntah kenapa la malam tadi tu, laju je tangan aku ni pi reply kat komen dia 😂.
Tak pasal² mami pun termasuk dalam group netizensss jugak 😂.



Wednesday, October 25, 2023

Eksperimen Karipap Pusing

 Assalamualaikum semua 😊.


Last week, hari ahad mami cuba buat karipap pusing.
Ni semua atas pengaruh CikLah (makcik sebelah atok. Adik atok) la ni.
Haritu dia order brownies untuk birthday sepupu mami.
Masa hantar order tu, memang ada bawakkan dia donut frozen. 
Saja buat bagi dia untuk kudap² waktu berbuka.
Masa tu la dia duk cucuk² suruh buat balik karipap dan donut frozen tu. 
Dulu masa belum ada Ahnaff, memang mami ni keje buat karipap dan donut frozen.
Tapi time tu karipap biasa je. Bukan karipap pusing.
Sampai atok tu belikan petisejuk beku la.
Demi support bisness anak dia 🤭.
Rasanya sebelum PKP haritu dah slow sikit buat kuih frozen.
Ni rasa macam nak buat balik karipap n donut frozen tu. 
Sofea pun dah besar. 
Boleh dah la kot mula semula. Hihihi



Ini brownies yang CikLah order. Saje je nak tunjuk kat korang 🤭.




Ini percubaan hari ahad aritu. Memang elok menjadi lapisannya tu. Tapi, masalahnya rapuh sangat la pulaknya. Rasa macam terlebih adunan marjerin tu. Sedap dah sedap dah, tapi tu la, kalau rapuh sangat pun tak syok jugak. 


Yang ni buat semalam. Ni adunan yang pertama. Resepi berlainan dari yang memula hari ahad tu. Resepi yang ni lebih simple. Senang je. Tapi masalahnya, doh tepung tu pulak tak kena. Bila digoreng liat la pulakk 😂. 


Ni adunan tepung ketiga. Bila dah goreng yang adunan kedua tu, rasa liat, terus mami korbankan je adunan tepung yang tu. 
Bancuh adunan tepung yang baru ikut resepi kulit karipap yang selalu buat tu. 
Adunan marjerin yang uli memula tu tak buang. Guna je semula yang tu. 
Alhamdulillah, bila digabungkan resepi mami dengan resepi doh marjerin yg kedua tu, menjadi helokk 😊.
Happy la kann.
Nanti tinggal lagi nak prektis bagi lapisan dia tu lebih cantik lagi 😊.

Esok plan nak buat lagi.
Malam ni nak buat inti sardin+kentang pulak.
Yang sebelum ni buat inti keledek.
Mami memang suka inti keledek.
Budak2 ni pun suka inti keledek. 
Sebab dia macam manis² pedas sikit kan.
Suka la diorang.
Tapi ye la kan..
Budak dua tu, ape je yang diorang tak suka kannnn 😂😂😂. 









Tuesday, October 24, 2023

Ahnasofea 2 tahun.

Assalamualaikum semua 😊.

Kemain lamaaaa la tak update cerita.
Payah ehh bila penyakit M ni datang.
Huhuhuhu
Takpelah. 
Meh la cerita dulu pasal besday si Piah ni.
22.10.2023 genap la umur Ahnasofea 2 tahun.
Rasa macam kejap je.
Tak puas lagi nak gomol² baby abah yang manja tapi ganas niii 😂.
Sebenarnya mami takde plan nak buat kek untuk dia pun sebab tak tau lagi abah balik kerja waktu bila, hari ahad tu.
Tapi, pagi tu dah lepas mandi dan sarapan tetiba Ahnaff tanya "mami tak buat kek untuk adik ke?"
Huhuhu..makanya mami pun cepat² la mengadun kek marble 😂.



Port wajib dia kalau duduk dalam bilik kerja mami. Duduk dalam kotak tepung. Haihhhh sabo je la. Dia duduk situ diam² sambil tengok mami buat kek 🤭.


Taraaaaa. Jadi la kek marble yang super sempoi ni haaa. Topping tu guna apa yang ada je. Frosting kek dengan nutella je dan tabur je la dengan badam keping sikit, sugar sprinkle sikit. Topper tu memang dah ada.


Kek kecik je ni. Tu pun kemain happy dua beradik tu nampak kek 😂.



Takde decoration pape pun sebab mami lagi sibuk dengan eksperimen karipap pusing 😂.


Takde lilin nak tiup la Piaaa 😂. Lilin ada je sebenarnya. Mami yang lupe nak letak. Takpe la kan, tak tiup lilin pun ok je kannn.


Nasib baik dia bagi Ahnaff potong kek sesama. Kalau datang mood tamak dia, jangan kate potong sesama, Ahnaff berdiri kat sebelah tu pun dia dah terjerit² tak bagi.



See, kek marble biasa je. Hihihi


Ayam masak merah, acar timun dan ayam goreng.


Set lengkap nasi tomato. Lama tak masak untuk abah Ahnaffea. Sesekali masak kenela yang shusah² 😂. Padahal orang lain masak nasi tomato ni pejam mata je. Hahaha


Ahnasofea...
Mami, abah dan abang doakan moga Pia jadi anak yang solehah, dengar kata mami, abah dan abang. 
Moga Pia sentiasa dalam lindungan Allah Swt. Sentiasa berada bawah rahmatNya.
Moga Pia lembut hati selalu. Tak cari pasal dengan abang je 😂.
Mami sentiasa doa yang baik² hanya untuk Ahnasofea dan abang.

Aunty² dan uncle² sekelian, doakan moga dipermudahkan urusan seketul Ahnasofea ni ye.
Semalam pi checkup kat KK sempena umur 2 tahun. 
Doktor decide untuk rujuk dia kepada pakar speech delay.
Sebab dia masih belum bercakap.
Adala bercakap sikit² macam abah, nak, taknak, no, mama.
Tapi tak cukup vocab dia tu. 
Patut dia dah boleh buat ayat mudah.
So, doc rujuk pada KK Bestari Jaya n Hospital Sg.Buloh.
Maka, bermula la perjalanan appointment kita ni Pia oiiii. Hihihi
Untuk HSB tu next year bulan 1 baru start appoinment. 
Yang KK Bestari Jaya tu tak pi lagi ambik tarikh appointment. 
Next week la kot baru pegi.






 


Tuesday, September 19, 2023

Sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia. Abang Askar dihatiku 🤭.

Assalamualaikum semua 😊.


Kemain tajuk kannn. 
Abang askar dihatiku katenyeee. 😂


Jangan salah faham. Abang askar yang ni je yang sentiasa di hati mami 😂. Tiada yang lain.


Dia sorang je pakai baju beruniform camtu. Kawan² lain pakai baju tema kemerdekaan.


Kemain celoreng² pipi.



Ehhh, berbaloi jadi abang askar. Menang kategori pakaian kreatif.


Dapat hadiah 😊. Ada set alas tulis, buku nota dan magic pen. Tu pun dah happy sangat dia.


Mami buatkan celoreng hitam tu je. Rupenye teacher tambah lagi warna hijau. Kemain happy dia. 


Yang ini pun takmo kalah yee. Nak conteng pipi jugak. Dah macam rupa kucing garang dah Yaaa oiii. 😂



Jalan-jalan Utara pt1

 Assalamualaikum semua 😊.

28082023.
Seawal pagi pukul 7.30, kami dah memulakan perjalanan.
Singgah sarapan kat kedai tepi jalan.
Pilih random je sebab malas nak fikir 😂.
Janji budak berdua tu kenyang.


Cuaca cerah sepanjang perjalanan.


Malam sebelum pergi tu, Ahnaff dan abah dia pi Speedmart beli jajan buat kudap² dalam kereta. Pagi tu masa Sofea dah tido, tetiba dia hulur coklat cadbury ni.
Hadiah untuk mami katenya 😂.
Tengkiuuu sayangku.


Jem sikit bila sampai tol Sg.Dua kalau tak silap.
Ke Juru ehh ni 😂.
Belah² situ memang banyak kereta kan. 
Jadi slow sikit perjalanan.


Singgah Tanjung Dawai sat. Awal jugak sampai. Dalam pukul 12.30 tengahari dah sampai sini.


Masih sama seperti dulu. 


Singgah Tanjung Dawai sebab nak makan tengahari kat situ je 😂.
Takde pun kami membeli bilis atau ikan kering. Sebab stok bilis banyak lagi. 


Ni lah yang membuatkan kami nak lunch kat sini. Nak try sotong bakar. Sedap tapi sayangnya dah sejuk. So tak berapa syok. Kalau panas² mesti lagi sedap. Lagi lembut rasanya. 


Ikan siakap bakar. Yang ni jadi pujaan Ahnaff. Memang sedap dia makan nasi haritu. 


Nasi, kicap dan ikan bakar. Settle dia makan sepinggan nasi. Nasi habis, dia ratah ikan pulak 😂.


Seberang sana tu Pantai Merdeka. Cantik sungguh air dia kan. Biru jernih ja.
Dulu² selalu pi Pantai Merdeka makan ABC. Lepak petang². Masa tu tak ramai orang luar yang datang pun. Kalau ada pun orang² tempatan je. 


Kat belah luar arked tu, ada gerai² kecil jual macam². Ada baju bundle, blouse² dan bantal² comel. Mainan pun ada. Nasib baik budak dua ni faham jelingan mami, tak berani diorang nak paw mainan 😂.
Si kecik tu pun kemain ye dia duk tunjuk² bantal Upin Ipin tu. Mami buat² tak nampak je. Hahaha

Bermula dari Tanjung Dawai, kami putuskan untuk ikut jalan kampung je.
Menuju ke Pendang.
Ada misi nak menghantar kek buah 😂.
Dari Tanjung Dawai, mesti lalu ikut Yan.
Tempat yang banyak kenangan masa mami study Master dulu.
Tiap hujung minggu akan balik rumah Pakcik kat Taman Yan tu.
Time tu Pakcik bagi pakai kereta kancil dia. 
Buat ulang alik pi dari rumah sewa ke UUM.
Panjang la langkah mami time tuuu.
Hahahhaaha
Hujung minggu kene la balik Yan.
Selalu balik sorang² je. 
Kadang ikut highway. Kadang ikut jalan kampung je. 
Seronok je time tu ehh.
Bawak kancil syok tau. Dah la kecik. Laju pulak tuuu 😂.
Time tu dah rasa seronok sangat bawak kancil. 


Dekat Yan dah ada Tealive uolls. Membangun jugak dah Yan sekarang ni. Dulu² takde ape pun. Yang ada ABC Pantai Merdeka je 😂.
Ni singgah Tealive jap sebab Opahchu teringin nak minum. Tapi takkanla Opahchu nak minum sorang² kannn, kena la kami oun order sekali. Teman dia minum jugak 😂. Yang paling gembira tentu lah si gendut mami ni. Takde ruang perut dia nak lapar kalau pi jalan² camni. Hihihi

Then teruskan lagi perjalanan. 
Sepanjang jalan tu sibuk mami ceritakan kenangan² mami dulu². 
Ahnaff buat tak dengar je tau.
Geram betulll 😤.
Last² dia cakap "kenapa mami banyak sangat cerita kat sini?".
Heyyyy, dia hari² bercerita dengan mami tak pe je ponn.
Bila mami cerita, boleh dia cakap begitu.
Hissshhh. Sabo je la.


Akhirnya sampai lah kami ke Pendang. Saja nak surprisekan orang Pendang 😂.

Plan asal nak pos je kek buah tu.
Memang dah bagitau siap² kat Mama Cella, nak pos kek buah ke Pendang.
Tapi, abah Ahnaffea cakap, buat ape pos, kan boleh je singgah Pendang tu.
Lagipun masa dia tengok alamat tu, dia cakap rumah yang nak dituju tak jauh pun dari Tol Pendang.
Oleh kerana dia dah offer begitu, kita ikutkan je la. 
Dalam hati memang suka sangat la kan.
Hihihi
Tak bagitau langsung kat Mama Cella yang plan dah bertukar. 
Bukan apa, taknak dia sibuk² sambut kedatangan kami.
Dia pun dah memang tengah sibuk buat persiapan kenduri kan.
Jadi tak mau la mengganggu.
Singgah pun sekejap je sebab lepas tu ada lagi tempat yang kami nak singgah.
Terima kasih Mama Cella, sempat bekalkan kami coklat sebalang, kuih karipap dan kuih dangai.
Sedap² kuih tu. Ahnaff dengan Opahchu yang makan, tak berenti memuji kuihnya.
Walaupun kuih tu Mama Cella beli kat kedai je 🤭. 



Dah sampai UUM 🤭.

Hajat hati nak singgah Jitra, tapi kawan kat Jitra tu ada hal pulak.
Dia balik rumah ayah dia kat Perlis.
Makanya terus lajak ke UUM la kitaaa.
Sunyi sepi UUM.
Musim cuti sekarang ni.
Banyakkk sangat perubahan kat UUM.
Dari pintu masuk sampai la ke bangunan fakulti.
Ada 2 bangunan baru. Dulu tak siap lagi.
Sekarang ni dah siap sepenuhnya. 
Tak banyak ambil gambar pun sebab tengah pangku si Sofea. Tido pulak budaknya.


Taman rusa.


Berhenti kejap. Bagi Ahnaff tengok rusa sat.



Lalu kat kompleks sukan, tengok ada ramai budak² PALAPES. Bas pun berderet² kat Dataran Kawad tu.
Ahnaff teruja la dia tengok ramai² pakai uniform tu.


Rupanya ada acara ni 👆. 
Rasanya semua universiti ada. Patut la ramai.

Seronok rasa dapat pusing² dalam UUM tu.
Kali terakhir datang UUM tahun 2016 rasanya. Waktu tu Ahnaff pun belum ada lagi.
Masih terbayang memori pergi kelas, balik kelas. 
Such a wonderfull memories 🥹.
Time study dulu rasa macam semua benda menggembirakan. 
Takda kenangan yang tak best pun sepanjang di UUM.
Ada la yang tak best kann bukan takda langsung, terutamanya lokasi dia tu, kemain jauh nunnn dihujung Utara.
Firts time sampai Changlon, mami memang terkejut.
Kenapa kecik nau pekannya.
Bila sampai kolej penginapan, lagi lah sedih.
Kenapa hutan sangat niii 😂.
Nak keluar kemana² kena naik bas.
Mami ni tak pernah tau naik bas berhenti² tu. Jadinya memang cemas betul masa pertama kali outing dengan kawan².
Sekali dua tu je la cemas. 
Lepas² tu, dah pro dah laaa 😂.

Keluar je dari pagar UUM, hati jadi sayu.
Entah bila la dapat datang lagi 🥲.
Ahnaff memuji² tempat belajar mami.
Dia cakap besar, bersih dan cantik sekolah mami.
Ermmm baru hang tau. Ingat mami ni dulu tak sekolah best keeee 😂.
Gituuu ayat taknak kalah dengan anak. Hahaaha

Mendung² sikit dah time kami keluar dari UUM tu. Separuh jalan tu hujan lebat turun.
Kami terus menuju ke Perlis.
Kami stay di Perlis untuk 4 hari 3 malam.


Nanti sambung lagi ye. 
Macam dah panjang sangat dah 🤭.