Tuesday, October 24, 2023

Ahnasofea 2 tahun.

Assalamualaikum semua 😊.

Kemain lamaaaa la tak update cerita.
Payah ehh bila penyakit M ni datang.
Huhuhuhu
Takpelah. 
Meh la cerita dulu pasal besday si Piah ni.
22.10.2023 genap la umur Ahnasofea 2 tahun.
Rasa macam kejap je.
Tak puas lagi nak gomol² baby abah yang manja tapi ganas niii 😂.
Sebenarnya mami takde plan nak buat kek untuk dia pun sebab tak tau lagi abah balik kerja waktu bila, hari ahad tu.
Tapi, pagi tu dah lepas mandi dan sarapan tetiba Ahnaff tanya "mami tak buat kek untuk adik ke?"
Huhuhu..makanya mami pun cepat² la mengadun kek marble 😂.



Port wajib dia kalau duduk dalam bilik kerja mami. Duduk dalam kotak tepung. Haihhhh sabo je la. Dia duduk situ diam² sambil tengok mami buat kek 🤭.


Taraaaaa. Jadi la kek marble yang super sempoi ni haaa. Topping tu guna apa yang ada je. Frosting kek dengan nutella je dan tabur je la dengan badam keping sikit, sugar sprinkle sikit. Topper tu memang dah ada.


Kek kecik je ni. Tu pun kemain happy dua beradik tu nampak kek 😂.



Takde decoration pape pun sebab mami lagi sibuk dengan eksperimen karipap pusing 😂.


Takde lilin nak tiup la Piaaa 😂. Lilin ada je sebenarnya. Mami yang lupe nak letak. Takpe la kan, tak tiup lilin pun ok je kannn.


Nasib baik dia bagi Ahnaff potong kek sesama. Kalau datang mood tamak dia, jangan kate potong sesama, Ahnaff berdiri kat sebelah tu pun dia dah terjerit² tak bagi.



See, kek marble biasa je. Hihihi


Ayam masak merah, acar timun dan ayam goreng.


Set lengkap nasi tomato. Lama tak masak untuk abah Ahnaffea. Sesekali masak kenela yang shusah² 😂. Padahal orang lain masak nasi tomato ni pejam mata je. Hahaha


Ahnasofea...
Mami, abah dan abang doakan moga Pia jadi anak yang solehah, dengar kata mami, abah dan abang. 
Moga Pia sentiasa dalam lindungan Allah Swt. Sentiasa berada bawah rahmatNya.
Moga Pia lembut hati selalu. Tak cari pasal dengan abang je 😂.
Mami sentiasa doa yang baik² hanya untuk Ahnasofea dan abang.

Aunty² dan uncle² sekelian, doakan moga dipermudahkan urusan seketul Ahnasofea ni ye.
Semalam pi checkup kat KK sempena umur 2 tahun. 
Doktor decide untuk rujuk dia kepada pakar speech delay.
Sebab dia masih belum bercakap.
Adala bercakap sikit² macam abah, nak, taknak, no, mama.
Tapi tak cukup vocab dia tu. 
Patut dia dah boleh buat ayat mudah.
So, doc rujuk pada KK Bestari Jaya n Hospital Sg.Buloh.
Maka, bermula la perjalanan appointment kita ni Pia oiiii. Hihihi
Untuk HSB tu next year bulan 1 baru start appoinment. 
Yang KK Bestari Jaya tu tak pi lagi ambik tarikh appointment. 
Next week la kot baru pegi.






 


14 comments:

  1. happy birthday ahnasofea... sama birthday dgn encik suami sy... hihihi... semoga dipermudahkan urusan pia... nnt pia dh petah bercakap x terlayan pulak maminya nnt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq aunty mim 😊. Happy belated birthday juga utk suami kakmim.

      Delete
  2. Tak ingat dulu Iman mula bercakap umur berapa.. memang patutnya 2 thn dah boleh buat ayat ke? Tak ingat laaa. . Apapun didoakan agar urusan Ahnasofea dipermudahkan oleh-Nya. HB Ahnasofea 😍muahhhhhh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq bonda.
      Ye, kalau ikut dalam buku dia tu patutnya umur 2 tahun dah boleh buat ayat macam "nak air" gitu.

      Delete
  3. happy birthday sofia sayang....moga sentiasa sihat ceria selalu..
    insyaAllah xde apa lah speech delay tu...biasalah lambat sikit kan nanti dah petah bercakap habis la mami,abang kena bebel hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq aunty afzan 😘.
      Tak risau sgt sebab dia semua ok je. Cuma tak bercakap je 😂. Ahnaff dulu pun lambat jugak bercakap. Dah bercakap, tak boleh diam langsung. Hihihi

      Delete
  4. Happy birthday Sofia yang comellll!....Aunty doakan yang baik-baik je untuk Pia ye..Aamiin..Pia, suruh Mami rajin-rajin update blog tau hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq aunty su 😘.
      Mami tu banyak sisa² penyakit M kat diaaaa 😂

      Delete
  5. aah lama menghilang, rindu nak bava update Jaja hihi

    Happy birthday little Sofea. Semoga terus membesar dengan sihat, bijak dan solehah. InshaAllah terapi speech delay will turn out very good. Dah ada beberapa terstimoni. Tapi jaga2 Mami, once boleh bina ayat nanti tak berhenti bercakapnya hihi

    Untung Ahnaff dan Sofea, mummy pandai baking. sedapnya kek marble panas2 hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq aunty nad 😘.
      Betul, anak buah pun ada yg speech delay. Sebaya Ahnaff. Pi terapi sekali je weh, terus pandai bercakap. Haaa, gitu 😂.
      Ehhh, mana alamat. Tak bagi ponnn

      Delete
  6. yeayyy mami hapdet! happy bday sofea sayang. moga jadi anak solehah & berjaya dunia akhirat.. good gerl sangat duduk dlm kotak teman mami baking hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq aunty ana 😘.
      Terasa terharu dan disayangi sebab ada yang tertunggu² mami hapdet 😂

      Delete
  7. Wah....Dak Pia dah 2 tahun dah...sekejapan ja masa berlalu...
    Sanah Helwah Pia
    Semoga Allah memberkati dan merahmati hidup Pia...juga Abang Napp...& seluruh keluarga...
    Eg,kirim salam Opah Chu

    ReplyDelete
  8. udah 2 tahun... selamat hari jadi ahna sofea :D

    ReplyDelete