Assalamualaikum semua π.
Minggu lepas mood rajin masak dah sampai π.
Lagipun minggu lepas abah Ahnaffea tiap hari balik awal (petang dah sampai rumah, kalau biasa tu, malam anak² dah tido baru sampai).
Makanya memang elok la kalau mood rajin masak tu sampai. Hahaha
Dimulakan dengan hari Rabu.
Masak nasi kuning. Tetiba teringat nasi kuning Utara.
Rindu Kedah π.
Nasi kuning. Simple je nasi ni. Masak nasi macam biasa tapi letak garam dan planta 2 sudu. Memang elok sedap ye. Ahnaff kate sedap sangat mami π.
Sambal bilis petai. Jiran depan bagi petai 5 papan, mami buat la sambal bilis ni. Feveret abah Ahnaffea. Mami tak makan petai π. Ambik sambal dan bilis je. Petai dia jenis kecik² comel. Walau 5 papan tapi petainya tak sampai setengah mangkuk pun. Terlalu comel saiznya.
Ikan baguk yang atok mancing aritu. Sedap betul makan ikan fresh. Licin ye 2 keping besar ni. Budak² pun suka makan ikan.
Hari Khamis tu keluarkan daging yang dah lama beli masa raya puasa aritu π.
Dalam hati dah berkira² nak buat roti jala dan lempeng.
Pengaruh rakan² blog la ni. Hahaha
Pegi Selatan tengok orang tu menjala.
Yang kat KL pulak melempeng pulak.
Tanya abah Ahnaffea, dia nak lempeng.
Ahnaff pulak nak roti jala.
Daging tu kite buat kari je.
Akhirnya yang jadi lempeng putih, dengan lempeng kuning π.
Tak dapat menjala korang wehh. Si Sofea mood tak baik. Duk menangis² nak mami dukung. Puncanya sebab abah main dengan Ahnaff, dia rasa abah tak nak layan dia agaknya. Hahaha
Abah duk pujuk² pun tak jalan.
Kari daging yang terlalu sedap bagi tekak kitorang. Hahaha
Betul wehhh, Ahnaff siap hirup² kuah tu ye.
Sedap dia tu sampai mami pun rasa kagum dengan diri sendiri.
Abah Ahnaffea kate, masak lama memang la sedap. Rempah semua jadi sebati.
Oooo.. ye keee π
Ada pulak ekor ikan siakap goreng. Abah dia suruh goreng, sian kat anak² takde lauk katenyeee. Padahal elok je Ahnaff makan daging tu. Hahah
Pagi Khamis melempeng lagi sikit sebab kuah kari tu ada lagi. Sarapan lempeng la pagi tu.
Hari Ahad masak nasi kuning lagiii π.
See, betapa anak dan suami memuja nasi kuning yasher² mami tu.
Kali ni buat ikan siakap masak sambal dan siakap sweet sour untuk budak2.
Pon licin ye ikan siakap sweet sour tu. Berebut dua beradik tu makan ikan. Syok nengok π.
Nasi kuning pujaan anak dan suami π.
Tengok, licin kannn π.
Pehhh.. Ahnaf bagi nini love ke utk masakan mami tu. Nasi kuning mami dengan ikan sweet sour tu dah nak sama rupa macam nasi kuning sambal ikan Kak Amie. Dulu kecik2 selalu la mak buatkan nasi panas gaul ngan planta, so boleh bayang sedap dia.
ReplyDeleteTakleh jadi ni, Acik PH pun nak buat nasi kuning jugalah Ahnaffea :D
ReplyDeleteAlhamdulillah anak² & suami suka, lagi semangat kita nak makan kan ..
cantiknya kejadian lempeng mami flawless gitu....hilang lenguh kaki mami masak tengok pinggan ahnaff licin
ReplyDeletetu dia lempeng kuning & lempeng putih..pun boleh kan
ReplyDeletesedappp
fuhhhhhh lempeng, sambal bilis petai, kari daging, siakap msk sambal memang kompom menjilat jari lah mami! hehehe
ReplyDeletePandai 2 hero tu amik hati mami...hilang penat bersilat masak dengan penuh kasih sayang untuk keluarga..
ReplyDeleteNasi kuming tu menggoda la pulak..
Kat Jitra tu ada tempat apa nama dekat masjid Jitra tu ada warung yang berjulan nasi lemak kuming time petang ..sedap betul Jaja..
Apa lagi....masuk list tauπ€
tengok semua memang sedap, tak heran la anak2 berebuttt hehe
ReplyDeleteIsssh hebat anak2 kakak, suka ikan. Anak saya susah sangat kalo dah waktu makan ikan. Tapi kalau ikan diolah menjadi sesuatu makanan macam fish cake, pempek, suka mereka. Tapj tak nak kalo masih berupa ikan π . Makanya saya suka liat anak2 kalo doyan ikan π
ReplyDelete