Assalamualaikum korang π.
Ni cerita campur². Ada yang minggu lepas, ada yang minggu ni.
Hahaha
Si kecik ni tau duit ye. Sekarang kalau nak membayar, dia yang nak hulur dan ambil duit baki. Kalau tak bagi, riuh mulutnya membebel.
Lagi satu kan, dia pantang nampak orang buka dompet. Laju je dia tadah tangan, mintak duit. Aduhaiii, buat malu je laaa π.
Teringin nak makan sizzling. Lepas ambil Ahnaff balik sekolah, singgah makan dekat food court Lotus. Tercekik² makan sizzling ni dek kerana Sofea pun terpaling sibuk itu ini. Kejap nak fries, kejap nak air, kejap nak berdiri kat baby chair tu π.
Ahnaff makan chicken chop. Dah licin dah pun π.
Lepastu dia makan pulak mushroom soup Sofea.
Mintak tapau waffles pulakkk π.
Dah la sambil dia bawak waffles tu, berulang kali dia cakap "sedapnya bau waffles ni. Tak sabar nak makan".
ππ
Abah dia suruh makan bila dah sampai rumah nanti. Takut dia terlampau kenyang. Hihihi
Sofea pi conteng muka dia. Penuh dahi dia conteng guna magic pen π.
Ahnaff cakap " mami jangan marah adik. Takpe, biar Ahnaff basuhkan muka dia".
Berulang kali Ahnaff basahkan tangan dia dan usap² muka si adik dengan tangan yang basah tu sampai hilang kesan contengan tu.
Mami saja tengok je ape yang dua beradik tu buat.
Ahnaff ni, walau adik buat dia berulang kali (sebab adik ganas sikit π), tapi dia tetap sayang adik. Dia tak pernah lagi cakap tak suka adik, tak sayang adik. Memang dari hari pertama Sofea sampai rumah lepas lahir tu, Ahnaff sayang dia sungguh². Setia tidur sebelah adik. π
Moga terus sayang dan jaga adik sampai besar ye Ahnaff.
Dia main order² makanan. Belum pandai cakap lagi, tapi pandai tanya "ayih??(air)". Maksudnya nak minum ape?. Terpaksa mami, abah dan abang berlakon jadi kastemer π.
Pastu ntah mana dia jumpa kalkulator kecik tu, dia amik order guna kalkulator pulak. Sambil order sambil bayar terus ππ.
Tak berenggang ye dengan kalkulator ituuu
π
Tidur dengan kalkulator
Hantar abang sekolah pagi² pun bawak kalkulator.
Tapi petang tadi kalkulator tu tertinggal dalam kereta, sibuk dia cari. Mami nak ambilkan tapi lupa sampai ke sudah.
Mujur petang tadi dia ralit main masak² dengan Ahnaff π. Masak untuk patung kucing. Patung kucing tu pulak nama Mimi.
Hahaha
Ahnaff kan, kalau datang mood rajin dia, mau dia layan adik main. Kalau mood tak sampai, dia sibuk nak melukis atau main lori² dia tu, dia akan bagi Sofea pensil dan buku. Pandai² la Sofea layan diri sendiri. Hahaha
Sofea dan Mimi π. Patung kucing tu beli masa Ahnaff kecik dulu. 6 tahun dah la kiranya. Dari elok gebu, sampai keding dah dia. Masuk mesin basuh dah berkali² π.
Sian Ahnaff, duk berangan nak beli kucing.
Lamberttt lagi nak oiii.
Mami tak berani dengan kucing π.
Main je la dengan Mimi tuuu.
Alamak, kena jauh2 dgn Sofea la kalau Aunty nak buka purse ye π€
ReplyDeleteBagus Ahnaff pandai jaga & sayang adik dia.
Ahnaf berselera sungguh ye mkn... seronok layan selera dia... sofea mmg banyak akal eh... tersenyum je baca
ReplyDeletesofea...acik nak order air cirap 1...kemain lagi anak no.2 ni eh cerdik pandai
ReplyDeletehahah comel je dua ketul ni. dia ingat kalkulator tu tab macam orang gguna ambil order skrg ni kot haha bijak2.
ReplyDeleteselalunya anak perempuan memang lagi ganas dari anak laki kan, anak laki ni manja kemaen.
Sama la lapik dinosaur tu dengan auntie punya haha.
Alololo comel Abang Napp caring adik dia...
ReplyDeleteEh,tapi bebudak la ni suka betul depa main order-order makanan kan...
Kalau makngah ni baya depa..nak juga joinπ€£
Zaman saya dulu main pponfok pondok ja
Comel anak2 sis. Rindu betul zaman anak2 umur mcm ni, keletah dieorg comel je masa tu π
ReplyDelete