Sunday, March 26, 2023

Ramadhan Ketiga

 Assalamualaikum semua 😊.


Hari ketiga puasa, Ahnaff masih boleh bertahan.
Alhamdulillah 😊.
Mula² ingatkan dia tak boleh bertahan sebab masa sahur tu dia memang makan nasi sesuap je. 
Minum air seteguk.
Siang tu memang dah terdetik, kalau dia mintak nak minum, mami akan bagi je.
Tapi rupenye dia ok je. 
Ada merengek sesikit, biasala kan. Budak.
Dia request nak makan nasi impit dan rendang ayam tak pedas untuk buka puasa.
Nasi impit dan rendang ayam, pukul 5 dah siap.
Tinggal nak ngap je 😆.
Yang dia dah duk cakap sedapnye bau...
Itulah yang diulang² sampai dia tertidur pukul 5.30 🤣.
Lega sikit bila dia tidur.
Dia tidur, adik pulak buat onar. 
Duk tepuk² muka abang. Suruh abang bangun.
Aduhaiii, Sofeaaaaa Sofeaaaa.


Nasi impit, rendang ayam tak pedas, sambal daging dan karipap ayam.

Rendang ayam tu memang kuning warna dia sebab tak guna setitik cili kisar pun. Disebabkan Ahnaff dah cakap berkali² taknak pedas.


Minit² terakhir sebelum berbuka. Sabar je dia duduk menunggu masuk waktu. Mulut tak berenti cakap sedapnye bau air sirap. Sedapnya bau rendang 🤣.


Lichinnnn ye. Menambah 2 kali. Lepastu dia dah berenti sebab teringat nak makan roti butter yang abah dia belikan siang tu.


Yang ni pun taknak kalah ye. Makan pun selera macam orang puasa 🤣. Dia ni lagi la. Pukul 6.30 dah keriau nak makan duduk kat kerusi dia. Sebab biasanya kan budak² ni dinner dalam pukul 6.30 - 7 petang. 
Ni sekarang lewat sikit, dia pun kecoh la. Terpaksa bagi makan biskut dulu 🤣.

Done puasa hari ketiga. 
Hari keempat ni menu ape la pulak agaknya.


10 comments:

  1. Bagusnya Ahnaff dan tahan puasa cukup waktu

    ReplyDelete
  2. haha bijaknya dua2! pandai ahnaff bab makan ni yee. berselera hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Selera dia memang tiptop. Ada je idea nak makan ape.

      Delete
  3. kuatnya ahnaff dah boleh puasa sampai petang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kak. Tak sangka jugak dia boleh puasa penuh sehari. Setakat ni dapat la 3/5. Kira ok la kan kak.

      Delete
  4. Ahnaff ni kalau memang mudah jadi kesayangan makcik-makcik dan nenek-nenek...
    Semoga Ahnaff makin semangat💪

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.
    Ahnaff memang anak soleh.
    Comelnya Sofea tepuk-tepuk muka abang suruh bangun!

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah...bila anak bersemangat puasa, kita mak mak ni automatik nak reward kan diaorang kan... good job Ahnaf!

    ReplyDelete