Saturday, March 4, 2023

Aroi Thai Kitchen, Puncak Alam.

 Assalamualaikum semua 😊.


Ni cerita makan² throwback nihh. Hihihi
24/1/2023. 
Amboii, kemain lama dah eh.
Restoran ni memang nampak mewah tau dekorasi dia. 
Set meja makan pun bukan yasher² ye.
Jenis mahal and classy.
Tapi tu la, lantai dia memang licin yang benar² licin ye.
Ahnaff berkali² tergelincir walau duduk atas kerusi 😅.
Pelik jugak camne boleh beroperasi sebab kalau kedai makan, sebelum beroperasi kan akan ada inspection dari Majlis (kalau tak silap), ada rules dia.
Dekorasi kedai memang meletop, tapi makanan dia biasa² je. 
Tak la sedap sangat sampai ke langit 😅.


Kan ke cantik tuu.


Kangkung goreng belacan.


Ikan siakap sweet sour


Tomyam campur (yang ni memang tak agak² ye. Untuk 2 orang makan memang tak sesuai. Sesuai untuk 4,5 orang makan ni. 😌)


Licin beliau makan 🤣. Habis nasi, dia ratah ikan pulak. Tu yang tak bimbang kalau makan kat kedai tomyam. Ikan besar pun takpe. Ade yang tukang abeskan 😊.

Nampak tak lantai dia tu. Lantai dia memang cantik tapi sangat licin. Pelayan datang hantar makanan pun jalan sopan santun je.


Sejak dari belum kahwin, sampai la anak 2, beliau masih setia kopekkan udang untuk isteri 🤭. Isteri beliau memang maleh nak kopek udang. Makan suka tapi kopek udang, alamakkkkk 🤣.


Total harga lunch pada hari tersebut. 😌
Sesekali boleh la kan, tapi tu pun kalau kedai lain tak buka. Boleh la jadi pilihan terakhir 🤣.









8 comments:

  1. Saiz tomyam dia mcm kat Carabao Thai kat JB ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak. Memang tak habis pun pastu tak tergerak pulak nak tapau 🤣

      Delete
  2. aduh kita nak masuk pun gerun risau terjelepuk jatuh malu yg dapat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak. Kaki kerusi tu pun asyik gelincir² je sebab licin. Seriau je kalau jatuh.

      Delete
  3. Alamak, baca jek pun dah seram..yang staff pun sangguplah sopan santun bila berjalan ye hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yee..memula sampai tu pelik jugak kenapa ramai yang pilih duduk luar. Rupenye bila masuk je restoren tu, mak aihhh..licin betholl lantai dia.

      Delete
  4. Ahnaff kalau makan tak risau membazir..sesuai kalau minta review makanan ni👍Hotel yang nak promo buffet ramdhan sila munculkan diri🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..ahnaff sentiasa tau nak makan ape. Ade je idea dia

      Delete