Sunday, December 27, 2020

Roti Canai Kari Kambing

 Assalamualaikum semua 😊

Lama dah gi makan roti canai ni
Minggu lepas 
Pergi sarapan ramai² sebab semua balik kampung Sungai Besar
Abah la yang bersungguh² ajak anak cucu sarapan kat sini
Sedap sangat kari kambing tu katenye
So, anak menantu dan cucu² menurut je lah
Pagi tu semua bangun awal siap²
Atok nenek dah bagitau, 
Lepas subuh kene terus siap
😂
Musim covid ni kan, 
Kalau boleh taknak la sesak² sangat
Kitorag dah la segerombolan peginye 
Hahaha

Tengok tu..kan ke pagi dah sampainye 😂

Kedai ni dia buat kat halaman rumah je wehh
Rumah kampung kan..halaman luas
Kat tengah sawah pulak tu
Masa sampai tu memang tak berapa ramai orang lagi
Lepas kitorang duduk je
Tak lama lepas tu dah ramai orang

Inila roti canai kari kambingnye.

Memang nampak biasa je..macam roti canai biasa.
Tapi, rasa dia memang sedap
Kari kambing tu memang lazzzzaatt 😂
Tak de bau kambing pun
Memang puas hati la 😊
Ahnaff makan roti kosong sekeping,
Roti telur ½ keping
Pastu makan kuih² lagi
Kagum atok tengok dia duduk makan
Hahaha
Kat situ, selain roti canai ada jugak nasik lemak, pulut sambal, kuih muih
Yg nasik lemak n pulut tu memang dah siap bungkus.

Nak dijadikan cerita,
Tengah syok² makan sambil gelak ketawa semua
Tetiba ade kereta peronda Polis masuk 
Masing² dah cuak dahh 😅
Rupenye Polis pun nak sarapan jugak daaaa
Hahahaa

Total kos sarapan pagi tu dalam Rm150+ camtu
Untuk 24 orang 😂
Untuk penutup, terimalah pic kami sekeluarga 🤭
Ni je la pic yang ade 😂









2 comments:

  1. seronoknya makan ramai2 tepi sawah, paling win kari kambing laaa

    ReplyDelete
  2. Seronok kak..extra sedap sebab makan waktu pagi, sejuk² angin sawah tu. Silap² boleh menambah order 😂

    ReplyDelete