Monday, June 13, 2022

Grocery day

 Assalamualaikum korang 😊

Ni cerita hari sabtu 🤭
Agak lambat berbelanja bulan ni
Gi carik barang kat Lotus Kuala Selangor sebab sekali dengan nak menyinggah kedai emas, nak amik gelang Sofea
Kalau tak kerana nak amik gelang tu, shopping barang dapo kat P.Alam je sudahhh 🤣

Dua beranak ni memang enjoy shopping barang dapo. Yang bujang kecik tu mestilah suka sebab dapat paw abah mainan 🤣. Tiap bulan kene scam.

While mami n Sofea jalan santai² je. 


Tak banyak nak kene topup sebab stok makanan kering banyak lagi. Untuk troli yang tak berapa penuh ni pun dah sampai rm300++ 😌. 

Kebiasaanye hal² topup barang dapur ni memang tugas abah Ahnaff
Walau mami Ahnaff ni surirumah sepenuh masa, tapi jangan la suruh dia pilih ikan, pilih bawang. Memang tak reti dia 🤣
Saya cuma taw masak je.
Pilih memilih bahan basah memang bukan kepakaran saya.
Sejak dari awal kahwin dulu memang abah Ahnaff yang suka pilih bahan² basah, barang² dapur.
Tugas saya cuma tolak troli je.
Kadang tu rasa jemu gak sebab lama betul menunggu dia pilih bawang, pilih kentang, pilih ayam ikan. 
Tapi, nak buat camne kan, kang yang nak makannye saya jugak 🤣
Ahnaff suka la dia kalau cakap nak gi beli barang dapur
Sebab dia taw, mesti dapat paw abah dia 🤣
So, haritu dapat dia paw mainan yg dia kate belum ade lagi (padahal mami tengok mainan dia sama je semua - hal² mainan ni dia banyak sembang ngan abah dia je..hahaha), spender marvel n sandal untuk gi sekolah.
Ni dapat barang2 kering je. Bahan basah abah Ahnaff kate nak gi carik kat Segi Fresh pulak.
Iyolahhhh..den ikut je. 

Ni bekal upah untuk mami sebab petang tu abah Ahnaff nak gi outstation. 

Sebelum balik singgah lunch kat TCRS dulu
Tapi mami dengan abah je yang makan. Ahnaff taknak makan pun sebab dia kate dah kenyang. Tapaukan je untuk dia incase kang petang tetiba dia nak makan nasik.


Ni budak tak reti diam ni. 

Ambik set yang ni sebab abah Ahnaff suka bendi tu, mami pulak suka kerabu mangga tu 😊


Nak dijadikan cerita, masa tengah berbaris tunggu turn nak bayar tu, tetiba staff TCRS tu cuit bahu saya sambil hulurkan rantai tangan Sofea. 
Dia cakap jumpa kat bawah meja.
Aduhhh..terkejut betul. Memang tak perasan langsung rantai tangan dia tu tercicir.
Mujurlah staff tu jujur n bagi rantai tu kat kami.
Kalau tak, sempat merasa pakai rantai tangan baru setengah jam je la Sofea oiiii.
Alhamdulillah masih ade rezeki Sofea 😊
Walau rantai tangan tu tak besar pun, biasa² je tapi tu hadiah pertama dari abah dia.
Baru ambik dari kedai pulak tu 🤣.
Balik tu singgah Segi Fresh jap, pastu terus balik rumah.
Rushing balik sebab petang tu abah Ahnaff kene gi outstation ke Kulim.
Tinggal lah 3 beranak duk diam² kat rumah hujung minggu tu..hahaha
















Saturday, June 11, 2022

Jalan-jalan carik sotong goreng tepung

 Assalamualaikum korang 😊

Masih lagi cerita throwback 🤣
Petang sabtu tu, Kakngah (mama- anak² buah panggil kakngah mama) ajak makan sotong goreng tepung
Kedai tu kat Sungai Pulai, Sabak Bernam
Nama kedai tak ingat pulak..hahaha

Bukan senang nak tengok dia duk diam kat nenek


Si baju merah tu duk meninjau kawasan. Kesana kesini dia. Sebab tak de orang pun masa kami sampai tu.

Orang belakang tu la yang belanja 😏

Dua orang ni memang best friend

Ni la sotong goreng tepungnye

Selain sotong goreng tepung tu, ade order makanan lain juga
Order mee hailam, nasi goreng cina, nasi goreng kampung n nasi goreng ikan masin 
Sotong tu pulak, bukan guna sotong biasa tapi, guna sotong katak
Tapi bagi pendapat saya, sedap lagi sotong biasa 🤣
Overall ok² je makanan kat kedai ni
Takdela sedap sampai langit sangat n xde la xsedap sampai rasa xnak datang lagi.
Untuk semua makanan kat atas tu, total semua rm200++ lebih kalau x silap.
Kalau pi makan kat Kuala Perlis dah sedap dahhhh 🤣
Tapi takpelah, dah mama nak belanja, onzz jelah
Tak sampai hati nak tolak..hahaha
Tq mama!







Happy Birthday Mak@Nenek (070622)

 Assalamualaikum korang 😊

Pagi selasa balik Sg.Besar
Kebetulan haritu birthday mak
Kami adik beradik dah buat plan nk bg money bouquet je.
Lepas Zohor orang tu buat delivery
Kemain sebak² dia..sedih sebab x sangka dapat money bouquet



Beli kek 4 slice je. Tu pun tak habis. Esoknye bawak balik P.Alam sekotak. 

Petang balik pasar malam, amik gambo sekali lagi. O'OD ngan cucu² 🤣

Happy birthday nenek yg ke67. Moga nenek panjang umur, dikurniakan kesihatan yang baik dan melalui sisa usia yang gembira bersama atok, anak⁷ dan cucu¹².
Kami sayang nenek.
Ahnaff n Ahnasofea sayangggg nenek 😘.





AEON Manjung n Jalan² Lumut

 Assalamualaikum korang 😊

Ni cerita masa cuti 3 hari tu la 🤣
Pi hari isnin
Saje bawak opahchu Ahnaff jalan²
Sian dia duduk kat rumah je
Kalau kami tak balik, dia pun takde kemana la
Kalau dulu, masa arwah opah Ahnaff ade, boleh jugak dia berbasikal pegi rumah rumah arwah
Kadang pegi pagi, breakfast sama². 
Lunch pun sama². Petang lepas asar, dia berbasikal balik rumah semula.
Camtu la rutin dia lepas dah pencen.
Tu yang bila kakak dia pergi mengejut, dia antara yang terkesan sebab diorg berdua memang rapat.
Bila arwah dah takde, jadi tanggungjawab abah Ahnaff la untuk jaga dia pulak sebab opahchu ni tak pernah berkahwin, anak pun takde.
Abah Ahnaff anak buah yang paling rapat dengan opahchu. 
So, memang dah cakap awal² dengan suami, arwah mak dah takde, kite jaga je la opahchu tu sama macam kite jaga mak masa hayat dia ade.
Tu yang penggiliran balik kg tetap sama. Takde yang berubah.
Aishhhh... jauh intro citer pi Manjung niii haaa 🤣
So, pepagi tu lepas dah sarapan semua, terus gerak ke Aeon Manjung

#ootdpagar gitewww 🤣

Masuk kereta je terus tido sebab dia memang dah mengantuk.

Tengokla ehh.. dia kalau berjalan memang tak maunye nak duduk kat stroller. Nak kat carrier je. Stroller tu Ahnaff yang duduk situ. Orang nengok pun heran hahaha

Opahchu belanja cucu² baju. Tak taw pulak opahchu nak belanja. Yang mami ni duk amik, amik,amik sesedap rasa. Taw² sampai kaunter dia hulur kad. Tak sampai hati nak tolak 🤣🤣

Anak bujang nak naik train. Boleh la nakkk

Dengan opahchu sekali terjebak. Demi cucu, boleh ajeee

Balik dari Aeon Manjung tu, abah Ahnaff ajak singgah Lumut jap.
Saje jalan² nak tengok laut
Lalu jeti Lumut, ramai orang jugak
Penuh orang yang dari Pulau Pangkor
Opahchu dah angan² nak ajak tido Lumut bebila sok
InsyaAllah, boleh je 😊
Macam best jugak tu 
Kat Lumut tak lama pun
Abes bergambar, makan², pastu balik

Ni dah kat Lumut



Hai auties

Moga Allah terus bagi kami peluang n kesabaran untuk menyantuni opahchu pulak ☺.
Till then, jmpa lagi next entry korang.











Friday, June 10, 2022

Cuti 3 hari

 Assalamualaikum korang 😊

Aduhhhh.. nak dekat seminggu dah cerita cuti 3 hari ni. Taip padam taip padam.. tu je laaa hahaha

Sabtu pagi, pagi² dah balik kampung Sg.Besar
Balik bertiga je dengan budak²
Abah Ahnaff kerja sabtu tu.
Oleh kerana nak hantar kek n nak ziarah kawan baik nak pi haji, maka balik lah kami bertiga je
Abah Ahnaff balik pagi ahad naik motor 🤭


Sampai je Sg.Besar terus pi hantar nuttychoc brownies+salted caramel dengan kek rampai sari ni kat kastemer


Lepas tu ziarah pulak BFF sorang ni.. yang berbaju pink tu. Dapat panggilan menunaikan haji untuk tahun ni. Alhamdulillah rezeki Yana n Fahmi. Dapat pegi waktu muda² ni.

Petang pi jalan² carik sotong goreng tepung 😆

Petang ahad tu gerak balik perak
Budak berdua tu tak berapa ok, selsema dua²
Malam pun tido tak berapa lena.
Sofea merengek², badan pun dedor²
Tapi, esok paginye bangun elok je..
Badan pun dah tak dedor.
Ajak opahchu Ahnaff gi AEON Manjung, laju je dia setuju 🤣
Balik dari AEON, abah Ahnaff ajak singgah Lumut pulak.
Saje² jalan tengok laut 
Singgah pun kejap je, lepas dah bergambo², makan donut tepi laut, baliklah.
Ingatkan traffic ok je..jem jugak rupenye.
Merasa jugak la jem melekat x bergerak 
ETA pukul 7, tapi sudahnye sampai rumah pukul 8.30 😅
Pagi selasa balik Sg.Besar, abah Ahnaff keje tengari tu
So, dia balik dulu la 
Kitorang stay kat kampung sampai rabu.
Pagi rabu balik P.Alam sebab khamis tu Ahnaff ade kelas taekwando.












Friday, June 3, 2022

Jumaat #03062022

 Assalamualaikum korang 😊

Salam hari Jumaat
Mendung je pagi ni
Sedap kalau dapat sambung lena sejuk² camni hihihi
Malangnye kene bangun awal juga
Panaskan sambal tempe bilis untuk bekal abah Ahnaff, siap² potong cili kering n rebus untuk buat stok cili blender
Sibuk kat dapur je, bukan sibuk uruskan anak sekolah 🤣
Biasanya hal² menyiapkan Ahnaff ke sekolah pagi², abah dia yang uruskan
Sebab dia dah tido kat bilik sendiri, makanya tak mengganggu adiknye la.
Abah dia kecoh² menguruskan abang pun dia tak sedo 🤣.

Ni haaa budaknya. Lena tak terganggu dengan aktiviti luar bilik 🤣



Kemain la dia ye
Nak berjubah macam kawan²
Sekolah dia, hari Jumaat memang ade option nak berjubah atau pakai uniform biasa je
Tapi sebab dia tengok rata² kawan lain pakai jubah, dia pun request nak berjubah
Ye lah anakk..
Dah lebih 2 bulan sekolah, barulah mami sempat carikkan jubah dia
Tersengih² dia berjubah pagi tadi
Tak sabar nak menunjuk kat teacher katenye
🤣🤣
Menurun perangai sape ni Ahnaff oiiii
Suka menunjuk nihhh..hahahaha

P/s: syoknyeee tengok Sofea ni tido. Tapi mami ade sebakul baju nak kene lipat nihh..huhuhu




Thursday, June 2, 2022

Pasir Puteh Resort, Kalumpang

 Assalamualaikum korang 🙂

Ni cerita semalam ye, Rabu 1/6/2022
Sajelah nak bagitau hahaha
Tengah² minggu dok pi air terjun
Buat hal mami Ahnaff ni 🤣
Pagi semalam, masa nak hantar Ahnaff gi sekolah tu, tetiba abah dia tanya nak sarapan ape
Laaaa..baru perasan yang abah dia tak bersiap macam biasa
Pakai tshirt dengan seluar track je.
Cuti rupenye dia semalam
Memula ingat nak pi Mantin, carik durian tapi macam malas pulak nak gi jejauh tu semata² nak makan durian
Yang makan duriannya mami dengan Ahnaff je ponn 🤣
Pastu suami ajak gi Tanjung Malim
Macam boring pulak hahaha
Fikir punya fikir,
Jom la pi celup² kaki kat Kalumpang tu
Ahnaff balik sekolah pukul 12, idea nak pi celup kaki tu sampai pukul 11.15
Bayangkan camne zupzap kitorang bersiap 🤣
Dah ambik Ahnaff, pi isi minyak n Bakers Cottage
Beli ayam panggang, roti sikit untuk alas perut abah Ahnaff tu, lapo dah katenye 🤣

Geng BBNU 🤣

Otw pegi dia tido. Otw balik pun dia tido lenaaa. Dia la orang yang terpaling penat sekali. Hahaha

Jalan nak masuk sini memang kecik je. Dah lama tak tak datang, memula macam was² jugak.

Sejuk betul air dia

Bersiap bukan main lagi

Yang ni memang tak sabar² dah dia

Ingatkan dah beli ayam kat BC td dah cukup. Rupenye singgah jugak kat kedai luar tu beli nasik bungkus 😅.

Kalau pegi BC mesti beli swiss roll ni. Sodappp

Memula masuk air dia menangis. 2,3 kali pastu, dia dah naik syok pulak

Kosong. Takde orang lain pun. Kitorang berempat je ade kat situ. Staff pun yg ade staff pembersihan je

Puas jugak la celup² kaki semalam. Takde orang langsung. Kosong je tempat tu. Memula cuak jugak tapi dah masuk dalam tu, ade staff pembersihan kat situ, takde la seram dah 🤣. 
Bayaran masuk rm10/pax
Rasanya dulu rm5.. ni dah naik pulak. Tapi tak kisah la sebab tempat pun selesa. Bersih. Fasiliti lain pun lengkap. Ade tandas yg bersih. Ade surau. 
Kat Pasir Puteh Resort ni pun ade disediakan tapak untuk berkhemah. Abah Ahnaff pun dah merangka² plan nak berkhemah kat sana.. ermmm..tunggu dan lihat jelahh 🤣.

Durian pun dapat jugak. Kat pasar malam Puncak Alam 🤣

Hantu durian geng ngan mami

Balik tu singgah pasar malam. Beli laksa, apam balik, keropok lekor n durian. 
Memang dah ingatkan suami dah, jangan beli macam² or banyak² makanan..ayam BC ade lagi tak termakan.
Durian tu beli 3 bijik je. Buat syarat untuk anak bujang tu, selagi tak beli, selagi tu dia teringat².
Tapi abah dia dah janji, bebila sok gi Mantin, makan durian kat sana 🤣 (bab yg ni -kalau kemana² tu selagi tak pegi, nanti abah dia pulak yang teringat², padahal dia bukan makan durian sgt pun).

Haaa..ni yang terpaling penat ni dia la. Orang lain dah pi sekolah, pi kerja, dia syok lagi tdo. Pukul 9.30 baru bangun pagi tadi. Ahnasofea...Ahnasofea