Assalamualaikum semua π.
Percutian akhir tahun yang tak dirancang π.
Tau² abah Ahnaffea ajak pi Penang.
Ajak atok nenek sekali.
Gelabah packing baju sebab kan baru je balik dari kampung minggu sebelum tu.
Tak sempat baju² tu nak keluar beg lama sikit. Hahaha
Memula ajak atok nenek, diorang taknak pegi sebab alasan tak berapa sihat.
Tapi pagi² khamis tu tetiba kakngah wasap cakap diorang nak ikut pulak π
.
Makanya, malam jumaat tu kami gerak la balik kampung.
Tu pun santai² je. Lepas isyak baru gerak.
Seawal pukul 4.30 pagi tayar dah bergolek.
Yang tua² je mandi bersiap. Budak dua ketul tu tak mandikan pun.
Memula dia duduk belakang sekali. Pastu dia kate bosan. Duduk la kat situ dengan atok nenek.
Pukul 9.30 pagi dah naik jambatan.
Batu Feringhi. Pi lepak kejap kat area Feringhi Walk tu. Ok memang ok pantai dia. Tapi ada bau² yang tak menyenangkan. Ahnaff terus tak mau main pasir π.
Lepak² kejap je bagi abah depa rehat, tido kejap.
Sambil² tu mami pun search la port kari kepala ikan yang best kat situ.
Dapat la satu kedai. Ibrahim Kari Kepala Ikan nama kedai tu. Dekat situ² juga kedainya.
Semangat nak pi cari, sekali sampai......
TUTUP!! π
Nampak memang macam dah tutup lama dah.
Dalam google kate bukak. Tipuuuu je tauu. Hahaha
Sudahnya, pi makan kat medan selera depan masjid terapung tu je.
Makan nasi campur.
Jumpa bff mami, AchikYana kat sini. Padahal dedua orang Sg.Besar yeee π. Jumpanya nunnn kat Penang.
Atok nenek memang kenal la ngan bff mami n suami dia tu. Fahmi pun kawan sekolah kitorang juga dulu π€.
Ayah AchikYana dulu sama kerja dengan atok. Bff atok la kiranya.
Memang rapat family kitorang pun.
Tu yang jadi happy atok nenek tu jumpa AchikYana n Wakmi (budak² ni panggil Fahmi, Wakmi).
Dah lepas solat kat masjid terapung tu, sembang² sikit, gambar² sikit pastu berpisah la.
Achikyana nak gerak balik Selangor dah.
Depa dah seminggu kat Utara tu.
Memula pi Kedah Perlis.
Pastu last pi Penang. Tu yang janji² nak jumpa tu π€.
Kami stay kat U Hotel.
Hotel bajet je ni tapi helok, cantik hotelnya.
Selesa.
Kami booked family room.
1 king bed, 1 single bed n 1 sofa bed.
Bilik pun luas sebab ada 2 bahagian.
Tak ambik pulak gambar bilik tu π.
1 malam harga dia Rm284.
Hotel ni ada kawasan parking sendiri. So takyah parking kat tepi² jalan.
Lokasinya pun strategik.
Berdekatan dengan Lotus, USM pun hanya beberapa meter je dari hotel ni.
Bawah hotel ada Coffee Bean. Nak kupi² pulak abah Ahnaffea. Layan je la π
.
Tepi Lotus je.
Belah depan hotel.
Berkepit je dengan abah mami π.
Ni time mood dia ok.
Kalau mood dia tak ok, atok cuit pun dia menangis.
Haiiii la anakkk. π
Sampai hotel rehat² je.
Petang takde keluar memana sebab dah plan malam nak pi Padang Kota.
Tu yang pi beli kopi n kek kat CBTL tu.
Buat minum² petang kononnya π.
Tapiiiii, malam tu nak pi Padang Kota jem hazabedah koranggg.
Memang jem sungguh².
Sebab orang nak pi Pesta Penang.
Tak ku tahu ada Pesta Penang sekarang ni.
Memang annual event kan.
Mami je yang tak cakna π
.
Ada 2 event masa tu.
Pesta Penang dan Absolute Food Fest kat Stadium Batu Kawan.
Sudahnya kami u-turn je, cari kedai makan random tepi jalan.
Bawak atok nenek kan, tak boleh la nak makan lewat² sangat.
Diorang biasa makan petang.
Ni malam baru nak makan, memang sian la.
Menyesal sebab tak keluar je petang tu π.
Makan kat kedai random, tak kena dengan selera la pulak.
Sup daging liat kemain, masin pulak tu π.
Makan jugak la masing² sebab nak alas perut.
Nasib baik Ahnaff makan nasi putih, ayam goreng kunyit tu licin.
Sian dia jugak. Lapar kemain dia kata π.
Mood semua orang pun jadi tak ok.
Sebab makan malam lambat plus tak memuaskan hati.
πππ
alaa tu yang buat kita jadi terkilan kan kalau makan tak sedap..tambah pula bawa org tua kalau kita2 je boleh tahan lagi...
ReplyDeleteBetul kak. Terkilan tau, tengahari nak bawak makan kari kepala ikan tak dapat. Malam nak makan mee sotong kat Padang Kota pun tak dapat π
Deletebestnya jenjalan penang... akak pernah sampai sekali je, tak puas betul dtg kejap je kt penang
ReplyDeleteBest kak. Tapi kejap² best la. Kalau lama takmauuu. Jem banget Penang π.
DeletePenang masa bila tak jemm? Haha ...
ReplyDeleteTambah² Padang Kota tu, ahkak pun dah berjaman tak ke situ, muak makan jemmm haha
Itu la.. kat selangor pun dah biasa makan jem, pi bercuti pun sambung lagi makan jem π
DeleteItu la.. kat selangor pun dah biasa makan jem, pi bercuti pun sambung lagi makan jem π
Deletedah lama sungguh x pulang ke penang... dulu pernah stay di sana.. penang agak crowded.. yg pasti pasemboq padang kota sedap.. yumm yumm yumm
ReplyDeletedone follow as ain farhana
ReplyDeleteTq LB sudi follow. Nanti saya buat kunjungan balas ye π
DeleteEh, bencinya tengok jem sana-sini. Nak berjalan pun jadi tak syok, makan pun tak selera. Semoga atok nenek okey aje perutnya wpun makan lewat.
ReplyDeleteTu la. Rasa ralat jugak tak keluar petang tu. Kalau keluar petang, dah dapat makan awal. Tak jangka pulak jem melekat gitu sekali.
DeleteOk masuk hotel dlm wishlist sebab bawah ada CBTL. Fav dia punya bagel hehe. Pergi hujung tahun mana2 pun jem. Kene bertabah haha
ReplyDeleteTak rugi masuk dlm wishlist hotel ni. Shower dia power wehh. Puas mandi. Bukan jenis sendu² gituu π
DeleteTak rugi masuk dlm wishlist hotel ni. Shower dia power wehh. Puas mandi. Bukan jenis sendu² gituu π
Deletewahhh. syoknya jalan2 ke Penang. Kami ada ke utara baru2 ni, tapi tak kesampaian nak singgah Penang
ReplyDeleteTakpe. Next time boleh pi Penang. Gi 2h1m pun dah ok. π
DeleteNampaknya google pun tak semua boleh caya ....lagi lagi bab tempat makan kan..naya orang datang dengan harapan dan kelaparan
ReplyDeleteItulah. Dalam gugel tulis open. Bila sampai, ehhhh kosong je kedai. Nampak macam dah lama tak buka π
Delete