Tuesday, November 21, 2023

The Shore Ocenarium, Melaka

 Assalamualaikum semua 😊.


Pagi Ahad tu, pagi² lagi semua dah bersiap.
Kena gerak cepat² sebab dari homestay nak menuju ke Bandar Melaka tu agak jauh juga.
Dalam sejam lebih camtu.


Memula berdua. Ambik gambar la skit sementara tunggu yang lain siap² nak masuk kereta masing².


Haaaa, kan ada yang menyelit πŸ˜‚. Tengok kaki dia tu, lentik lebih dari kaki Dede πŸ˜‚. Azad Nabhan ni anak kepada adik mami (makcik). Sebaya Ahnaff, 6 tahun. Dia ni la yang speech delay aritu. Pi terapi sekali je, terus pandai bercakap πŸ˜‚. Tak ke hebat BangJad niii 🀭. 


Hahaha. Abah Ahnaffea kalau dengan anak² memang camtu. Suka buat anak² gelak. Tapi orang yang tak kenal dia, mesti cakap dia serius orangnya. Sebab dia pendiam sikit. Kalau berkumpul ramai², dia banyak diam je. Banyak dengar je apa yang orang bualkan. Tapi kalau kat rumah, dia la hero yang suka buat mami annoying πŸ˜‚. 


The Shore Ocenarium ni terletak di The Shore Shopping Gallery.

Tiket masuk pula: 
Dewasa: Rm40
Kanak²: Rm30
Warga Emas: Rm30

Dibuka pada setiap hari bermula jam 10.30 pagi.
Oleh kerana gerak awal sangat kan, pukul 9.45 pagi kami dah sampai kat parking mall tu.
Kedai pun tak bukak lagi. 
Masing² menunggu la kat depan The Shore Ocenarium tu πŸ˜‚.
Tapi kan, yang lecehnya, waktu nak beli tiket tu, semua kena berbaris sekali. 
Tak boleh wakil² ye.


Tengok la tu. Payah nau nak ambik gambar. Sorang pandang depan, sorang pandang belakang. Rasa nak cubit² je dedua nihh.


Bertigaaaaa. Yang lagi sorang ntah kemana dah.
Perasan tak, baju si Sofea dah bertukar πŸ˜‚.
Pagi tu dah pakai tshirt dengan seluar jeans. Tapi dia duk tunjuk² butang seluar tu melekat kat perut. Padahal bukan ketat pun seluar tu. Dia tak selesa butang tu asyik melekat kat perut. Rasa menekan perut dia kot. Dah tukar baju, barulah dia elok. Hahaha


Tapak sulaiman


Belangkas. Tak tau pulak dia boleh bertindih² camtu ehh.


Ni lobster kalau tak silap πŸ˜….


Pelbagai tumbuhan dan alga lautan.











Ni ikan piranha ye korang.. montel² ikan piranha nye. 










Pantang nampak Dede posing. Cepat je dia menyelit 🀭.


Ni ikan Yu kan? Kat area ni, bahagian yang last sekali, boleh bagi ikan tu makan. Masa beli tiket tu, dia dah bagi siap² makanan untuk ikan ni. Isi ikan kalau tak silap.
Budak² suka la bagi² makan ikan ni.


Ikan ni memang besar betul yeee.


Ok, complete. Keluarga kecil kami. Tapi ahlinya yang kecil, Ahnasofea sorang je πŸ˜‚.


Family besar kami 😊. Alhamdulillah kali ni semua pun dapat join. Paksu dan BangDam je yang tak dapat join. 
Kalini ada penambahan menantu sorang. 
Next year punya family day, kalau panjang umur, ada penambahan menantu sorang dan cucu sorang. InsyaAllah. 
Abang Long Intan Payung nak nikah bulan depan. Kak Amira pun nak bersalin bulan depan juga. Bizi la Mamilong nampaknya πŸ˜‚.









13 comments:

  1. eloklah tu husband pendiam di luar kat rumah havoc...ada orang kat luar pumpang pergh dia sorang yg hebat. kat rumah ehhhh tak berkutik. sibuk dengan handphone atau tv

    ReplyDelete
  2. Pernah pegi sini beberap kali.
    Suka tenguk ikan hidup

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikan dia memang banyak kan wak. Not bad la jugak walau dia buat kat dalam mall je.

      Delete
  3. Dah namanya belangkas, gitulah gayanya, berkepit je haha...
    Seronokkan beraktiviti dgn keluarga camni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aahh kan, betul la pepatah tu.. berkepit macam belangkas.
      Yeee, baru terfikir. Hahaha

      Delete
  4. Replies
    1. Seronok ye. Pening pun ye jugak. Lagi dengan kerenah anak masing² πŸ˜‚. Bila berkumpul bergabung, ada je akalnya.

      Delete
  5. Best kan outing dengan family besar macam ni, riuhh haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best tapi kadang pening jugak nak control budak² πŸ˜‚

      Delete
  6. Brp kali ke Melaka, tak pernah lagi ke sini, macam best aje tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best juga bonda. Budak² suka la. Dapat tengok banyak ikan yang tak pernah nampak.

      Delete
  7. tengok azad ada rupa ahnaff...tengok gambar dia mula2 tu baru nak cakap eh ahnaff nampak tinggi..

    ReplyDelete