Thursday, November 16, 2023

Cuti Deepavali 2023 - Melaka

 Assalamualaikum semua 😊.


Cuti Deepavali aritu kitorang buat family day kat Melaka.
Tu pun jenuh uiii mencari tempat.
Semua tempat fully booking.
Tu la orang kate kan, kalau nak bercuti tahun ni, kene booking dari tahun lepas lagi πŸ˜‚.
Dapat cuti or tak dapat, belakang cerita. Hahaha
Janji tempat dah ada.

Sebelum bercuti, sempat lagi mami siapkan tempahan orang dulu.


3 biji pandan gula melaka ni tempahan dari nurse Hospital Pantai. Yang ni sanggup buat sebab kastemer datang ambil kat rumah. Jumaat malam sabtu tu KakNoy datang ambil kat rumah.


Brownies kedut dan nutty choc brownies+salted caramel ni order dari orang jauh. Tak sampai hati nak tolak 🀭. Lagipun dekat je kalau pi delivery. Hantar sekali jalan nak pi Melaka tu. 
Orang Johor datang berfamily day kat Selangor. Yang Selangor ni pi menghala Selatan berfamily day kat sana πŸ˜‚.
Takde rezeki nak jumpa Bonda sekeluarga. Padahal dekat dah lokasi family day diorang tu.
Tq Bonda. Jangan serik order lagi ye! 😊



Lepas je delivery brownies, terus gerak. Masuk je highway Elite, dah macam siputtt. Singgah isi minyak kat USJ, abah Ahnaffea beli roti je buat sarapan alas perut sekeluarga. Malas nak menyinggah² sarapan. 
Baru gerak sikit, dah si Sofea pulak yakyak πŸ˜‚. 
Singgah la RnR Dengkil pulak. 


Mami sarapan special sikit. Burger malam semalam πŸ˜‚. Malam tu tak sempat nak makan. Abah Ahnaffea bawak je. Bila check ok je lagi. Makan je la. Makan ni pun berebut² dengan si Sofea πŸ˜‚. Kalau Ahnaff, tak nak dia makanan yang tak panaskan camni. Dah basi katenya πŸ˜‘.


Dah sampai. Kami stay di Kuala Sungai Baru, Melaka. 


Halaman homestay.


Cantik halamannya. Belakang tu, bukak je pagar, terus sampai ke pantai. Cantikk


Pokok gajus ni. Merimbun pokoknya. Redup je. Lepak² bawah pokok syok tau. Angin pantai pun boleh tahan kuat. Nyaman je.


Homestay ni separuh kayu, separuh batu. Nampak tak kepala budak kecik tu, terintai² πŸ˜‚.


Dah petang sikit tu, budak² dah tak menyabo nak turun main pasir. Air pun dah start nak pasang dah tu. 


Mami abah duk lepak² bawah pokok. Sambil tengok budak² main pasir.


Petang tu minum petang buat laksa dan goreng pisang. 
Laksa tu kuah dia bawak siap² dari rumah. Mamilong yang bawak. Balance dari kenduri doa selamat minggu lepas. 
Sekelip mata je habis yeeee. Makanan semua tu πŸ˜‚.


Ni pun kemain laju menyudu laksa.


Malam tu dinner apa yang ada je. Nasi putih ada lagi, lauk pauk yang masing² bawak potluck tu pun ada lagi. Makan yang tu je. Budak² bujang pi beli burger kat rumah sebelah. Kenyang la masing².


Bangdin, penghibur sepupu² kecik πŸ˜‚. 

Kalau ikut plan asal, kitorang nak stay je kat homestay tu. 
Malas nak pi keluar jalan.
Lagipun homestay tu agak jauh juga dari bandar Melaka.
Dekat sejam lebih juga kalau nak gi bandar.
Tapi, sebab ada yang nak berjalan, maka kami buat keputusan nak bawak budak² pi The Shore Ocenarium. 
Tengok review kat Google nampak cam menarik.
So, malam tu semua kena tido awal ye.
Sebab esok pagi² nak kene keluar dah 🀭.








10 comments:

  1. Hebat boleh bake lagi semua2 yg sedap tu.. nak tempat jugak boleh brownies tu huhuu.. Homestay dekat melaka ttu mcm best sebab dia ala ala rumah kg gitu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehhh. Kalau jauh, boleh pos brownies tu. Hihihi.
      Environment dia best tapi homestay tu so-so je. Tak berapa recommended. πŸ˜…

      Delete
  2. Best dapat menginap homestay tepi laut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syok wak. Pagi petang siang malam dengar deruan ombak.

      Delete
  3. Family ammi pun dah lama x gi cuti memana. Takat jalan balik hari je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe. Yang penting dapat berkumpul semua kan 😊

      Delete
  4. Baru tahu Jaja pun baker πŸ‘
    Bestnya homestay tepi laut...

    ReplyDelete
  5. Best family day tempat macam tu, privasi and santai je. Belakang terus laut pulak, terbaik. Memang dah tak payah nak pergi mana dah ikutkan hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, kalau ikutkan family kecik saya, lagi syok kalau tak kemana. Bagi anak² main pasir n air puas².

      Delete