Assalamualaikum semua π.
Rentetan dari Ahnaff MC 3 hari tu kannn, kebetulan (kebetulan sangattttt π€) abah Ahnaffea pun off hari Khamis tu.
Takde trip Khamis n Jumaat.
Makanya dia pun ajak la pi jenjalan Dungun.
Tu pun tak dirancang.
Pagi tu kami pegi sarapan, pastu pegi servis kereta.
Dah siap servis kereta semua, on the way balik tu dia cakap "jom kita gi Dungun".
Terbeliak mata mami ni tau π.
Sebab masa tu dah pukul 11 pagi.
Mami suka kalau nak gi jalan jauh² tu gerak pagi² pukul 8 camtu.
Ermmm, lepas fikir² 3,4 minit, jom je laaa.
Sampai je rumah terus kemas² beg, kemas² semua benda, mandikan budak² sekali lagi, then terus gerak.
Abah Ahnaffea memang begitu ye. Dia boleh buat plan spontan je π.
Dulu² sebelum ada anak, memang selalu camtu.
Kalau dia dah dapat jadual kerja, pastu tengok ada hari yang takde trip 2,3 hari camtu, terus ligat kepala dia fikir nak jalan kemana π.
Ni Ahnaff dah sekolah, susah la sikit nak jalan spontan gini.
Syok berjalan tengah² minggu. Tenang² je keadaan.
Berenti kat RnR Temerloh. Masing² takde selera makan π. Beli pau je. Anak beranak makan pau.
Mami pulak drive sebab dah penat handle si Pia tu. Pesen dia, kalau mami drive, dia boleh duduk kat carseat diam². Elok je. Kalau abah yang drive, memang tak la dia nak duduk kat carseat tu. Dia nak berkepit dengan mami jugak. Letihhh dik oiii.
Masa ambik gambar ni, tetiba Ahnaff cakap "mami, drive mana boleh ambil gambar. Nanti kalau terlanggar kereta lain camne?".
Abah dia kat belakang angkat kening je sambil tersengih². Mengata kita dalam hati la tuuu.
Dah sampai.. ni dekat area Paka. Abah duk tunjuk kat Ahnaff tempat dia selalu pegi. Seronok betul dia dapat tengok tempat kerja abah. Dia kata hebat tempat kerja abah sebab ada keluar api π.
Masih di Paka.
Dah sampai kat tempat penginapan.
Bertolak dari rumah pukul 12.30 tengahari, sampai Dungun dalam pukul 6.30 petang camtu.
The Kapal Dive Longe. Terletak di area Sura, Dungun.
Ni bilik kami. 1 katil queen dan 1 katil single. 1 malam rm185.
Bersih dan selesa sangat.
Sampai² tu sempat la berjalan ke pantai depan ni kejap.
The Kapal ni memang berhadapan dengan laut. Syok sangat.
Senja dah. Tak lama duk tepi pantai tu. Kejap je. Sebab dah nak masuk marghrib dah.
Masuk bilik, mandikan budak dua tu cepat² pastu giliran mami abah nak bersihkan diri.
Solat dan siap² untuk keluar makan.
Kami pilih kedai makan secara random je sebab tak study pun mana kedai yang viral or popular kat kawasan Sura tu π€.
Sotong celup tepung. Sedap.
Sotong celup tepung, ikan siakap sweet sour, tomyam campur dan kailan ikan masin : RM107
Ikan siakap tu besar ye. Makan 3 beranak pun terkial² nak habiskan π.
Ahnaff makan nasi habis sepinggan ye.
Lapar agaknya dia sebab tengahari tu cuma makan pau je π.
Tapi memang dia memuji² kesedapan masakan kedai tersebut.
Mami tak ingat pulak nak tengok ape nama kedai tu π
.
Lepas je siap makan, pusing² jap kat area pekan Dungun tu pastu terus balik chalet semula.
Pantai yang depan tempat penginapan kami tu memang gelap takde lampu walau sikit pun.
Gelap gelita je. Jadinya tak dapat la nak jalan² tepi pantai waktu malam.
Makanya, masuk bilik terus tido je la masing².
Kepenatan semua orang ponnn.
Lagipun esok pagi ada agenda penting nak buat.
Tungguuuuu.
PH pernah sampai Sura Hujung ni, makan celup tepung gak...
ReplyDeleteKita geng "ter ter" nih Jaja hahaha...yang ter tulah yang best pun sebenarnya, spontan jek, tau-tau dah kat mana-mana dah...Best pulak tengok lodge tu..
ReplyDeletecantik nya .. unik gitu
ReplyDeleteAlhamdulillah..
ReplyDeleteBila Allah nak bagi rezeki jenjelan kan..tengahari pun jadik bertolak....Trengganu syok kan
Bestnya boleh pergi hari biasa. rezeki tuu hehe
ReplyDelete