Monday, July 17, 2023

Ahnaff MC 3 Hari

 Assalamualaikum semua ๐Ÿ˜Š.


Last week, Ahnaff mengadu sakit kaki.
Actually dah mengadu 2,3 minggu sebelum tu cuma mami yang tak berapa alert ๐Ÿ˜Œ.
Sampai la hari Selasa 11hb tu.
Pagi bangun tido tu dia macam biasa je.
Lepas mandi mata dia dah berair. Duk cakap kaki sakit.
Mami ni pun sebab nak puaskan hati dia, check la ape yang patut. Tekan sana sini.
Ehhh, memang ade bengkak sikit kat kangkang dia tu.
Alamakkk, dah panik dah ni. Tapi takpe. Buat² cool dulu. Tetap juga siapkan dia gi sekolah.
Dia pun ok je nak gi sekolah. 
Pagi tu abah yang hantar. Berjalan pun dah macam terhencot² sikit tapi dia kate ok je.
Petang tu balik sekolah memang nampak jelas dia jalan sambil tahan sakit.
Nak masuk kereta pun payah. Kene tolak sikit montot gebu dia tu ๐Ÿ˜‚.
Terus gi klinik Azhar. Doc check, pegang je tempat yang sakit tu memang dia terus cakap kelenjar bengkak kat bahagian kangkang dia tu. 
Kene rehat dulu. Dapat la MC 3 hari ๐Ÿคญ. Rabu sampai Jumaat. 
Doc kate maybe ada infection. Pastu sakit on off. Dengan dia pegi kelas taekwondo lagi.
So, tak dapat rehat yang cukup kaki dia tu.
Gitu pun ada yee ๐Ÿ˜‚.
Dapat antibiotik je.
Dah dapat MC bukan reti nak rehat pun. 
Lagi ligat je pun bergabung tenaga dengan adik ๐Ÿ˜‚.


Dua ketul ni kalau tido memang suka berhimpit² camni. 
Yang selalu menghimpit mestilah yang kecik tu. Ahnaff tido jenis tak lasak. Statik je kadang tu.


Dapat MC 3 hari.

Balik klinik paw mami roti coklat. Nak makan dengan nutella katenya.
Sakit² pun settled 3 keping roti ye ๐Ÿ˜‚. 
Padahal sebelum tu dah makan nasik dah.
















3 comments:

  1. lama tak tengok ahnaff,makin bulat ke bang sakit kangkang tu?kalau acik ye la bergesel peha makin gemuk..hahaha

    ReplyDelete
  2. Kesiannya Abang...mesti sakit sangat tu kan...semoga cepat-cepat sihat...

    ReplyDelete
  3. Alololo hero mami tak sihat yer..
    Semoga Ahnaff kembali sihat

    ReplyDelete