Assalamualaikum semua 😊.
Baca tajuk kemain lagi kan.
Tragedi sebelum raya katenye 🤣.
Ehhh, tapi memang betul tau.
Mimpi ngeri tau kalau benda camni terjadi pada orang yang balik kampung jauh².
Nak tau tak ape tragedi tu?
Haaaa, kene baca sampai abes tau 🤭.
Kami balik kampung hari Khamis.
Tak balik pagi² pun. Dalam pukul 12 camtu baru gerak balik.
Masa susun² barang tu memang yang terpaling utama ialah kek dan biskut raya yang orang order.
Benda tu la yang paling awal mami susun, letak tepi pintu rumah.
Abah Ahnaffia pun mulakan la tugas² menyusun barang.
Dah masuk semua barang, susun elok², gembira la laki bini ni sebab semua barang pun elok je.
Perjalanan pun smooth je.
Takde jem panjang. Semuanya ok je.
Cumanya banyak kereta je.
Kereta kecik penuh barang, kereta dah besar pun tetap penuh jugak barang 🤣. Masa ni belum sedar lagi ye ada barang tertinggal.
Memang dah plan, sampai je Sg.Besar, kene terus pegi delivery.
Adala dalam 8 buah rumah nak kene terjah 🤣.
Sambil² teman Abah Ahnaffia drive tu, sambil scroll² FB.
Terbaca pulak pasal Jofliam beli butang baju melayu Rm11k.
Terdetik dalam hati, ehhh macam lupe bawakkan butang baju melayu untuk dua beranak tu.
Tapi takpe, boleh beli kat pekan je nanti².
Lebih kurang camtu la hati mami ni duk berkata² 🤣.
Tetiba rasa macam tak sedap hati.
Toleh belakang, ahhhh sudahhh.
BAJU RAYA TERTINGGAL!!!
Hahahahaa.
Memang tepuk dahi la yeee.
Sambil tergelak², bagitau kat abah Ahnaffia.
Mujur lah dia cool je. Kalau dia jenis baran, mau kene tinju mami ni agaknya. Hahahah
Aduhaiii.
Cemanalah boleh tertinggal kan 🤣.
Baju² tu baru siap gosok pagi sebelum balik tu.
Memang sangkut je dalam bilik.
Masa nak susun² barang tu dah tanya abah Ahnaffia, bila nak masukkan baju² raya tu.
Last sekali dia kate.
Sudahnya dedua terlupa.
Duk mengisahkan sangat order orang 🤣.
Walau hati gundah baju raya tertinggal, tetap manis berselfie. 🤭.
Jadinya, kami buat keputusan nak tunggu dulu pengumuman raya.
Kalau raya Jumaat, malam tu balik P.Alam pastu patah balik Sg.Besar.
Kalau raya sabtu, malam tu balik P.Alam pastu esok pagi² baru balik Sg.Besar.
Alhamdulillah. Raya Sabtu. Jadinya malam tu balik la semula P.Alam dan tido kat rumah sana dulu 🤣.
Jumaat tu pagi² dah gerak balik Sg.Besar semula.
Jalan pun clear lagi.
Mujur lah dekat je eh.
Sejam setengah je perjalanan.
Kalau lah kampung kat nun Utara atau Pantai Timur, mau berhuhu jelah 🤣.
Mungkin beraya dengan baju tidur je.
Hahahaa.
Kenangan raya 2023 nihh.
Adoiii....memang tragedi sadis tu Jaja..Kalau baju mami & abah tahan lagi.Kalau baju Ahnaffia tak boleh tidak la.
ReplyDeleteAlhamdulillah semuanya dimudahkan urusan🤲
Selamat Hari Raya Aidilfitri Jaja & family. Nanti Makngah pi raya rumah Ahnaffia yer🤣
Selamat hari raya Makngah 😊.
DeleteNak beraya kat rumah jauh ke dekat. Hihihi. Bolehhhh. Roger² je
Haaa.. nasib baik dekat dan raya hari sabtu. Gelabah jugak nak patah balik kalau raya Jumaat tu, Jaja. Dulu, arwah abang ipar akak tertinggal satu bag yg ada baju raya. Rumah kat Damansara pulak tu.
ReplyDeleteadoiii. tak de baju raya, tak raya lah namanya kan.
ReplyDeleteSaya pula yang kecut perut bayangkan suasana apabila menyedari baju tertinggal! Aduhai.... kenangan betul!
ReplyDeleteaduhai kalau kampung jauh mau menangis terkilan tertinggal baju raya...selamat hari raya Jaja&family maaf zahir batin
ReplyDeletehahahha mujurla kampung dekat kalau tidak mmg beli baju baru lah jawabnya ye
ReplyDeleteAdoi... nasib la dekat kalau jauh maunya nak carik bj raya baru kot.. eh
ReplyDeletehaha kenaganga tuu. kalau dah jadi memang kena chill je, tak perllu nak menunding jari kan? layan je gelak sama2 haha. kalau jauh kena pergi beli baju raya lain la. orang cakap malam raya baju raya murah hehe
ReplyDelete