Assalamualaikum semua 😊.
Jangan jemu tengok kek pandan gula melaka kite ehh 🤭.
Ni kawan Kakyong order. Kek pandan gula melaka dan kek butter. Tempahan untuk hari Isnin. Cuti tahun baru haritu.
KakNoy (kawan Kakyong tu) bagi donut untuk Ahnaff dan Sofea. 5 biji donut tu Ahnaff dan Sofea makan berdua je. Mami ni sempat la merasa yang coklat tu sebiji.
Buat donut redvelvet sekali lagi. Tapi kalini buat ikut resepi kek redvelvet. Bukan sekadar guna redvelvet emulco je. Tapi juga menggunakan campuran buttermilk dan serbuk coklat. Ni buat ni sebab Kakyong tu duk mencari donut redvelvet yang asli. Kebanyakan yang dia beli kat kedai, dia cakap semua rasa macam donut biasa. Tak rasa redvelvet. Kesian pulak kat dia. Tu yang bereksperimen tu. Rasa redvelvet tu dah ada dah, tapi rasanya kene lebihkan lagi buttermilk tu. Baru kuat sikit rasa dia. Takpe, next week buat lagi. Batch yang ni untuk makan sendiri je sebab Kakyong pun tak berapa sihat. So, tak dapat nak hantar kat dia untuk dia rasa.
Ni pic semalam ni. Rabu. Lega banyak kalau dia tido kat buai. Lama sikit. Tak tido buai pun boleh je, tapi kene mami pun sama² baring dengan dia. Baru lama dia tido 🤣. Tak jadi kerja la jawabnye kalau gitu.
Pagi² sebelum pegi sekolah Ahnaff dah pesan, masak ayam kicap. Masak awal taw mami, nanti balik sekolah Ahnaff nak makan. Lapar.
Ermmm. Baiklah nak. Pukul 11 mami dah siap masak 🤣.
Berbaloi masak sebab Ahnaff makan bertambah 2 kali. Padahal masak kicap je pun kannn. Suke beno dia.
Wajib la tumbuk sambal sikit. Booster untuk mami. Hahahaa.
Petang tu buatkan spaghetti bolognese. Yang ni Sofea pulak yang kemain suka. Banyak jugak makan.
Malam tu abah Ahnaff balik bawak burger. Anak² semua dah tido. Candle light supper la mami dengan abah 🤣. Bancuh segelas susu coklat, sambil makan burger sambil sembang. Nak dekat pukul 2 lebih jugak baru tido. Hahaha. Ade anak kecik kan, bukan senang nak menyembang dengan aman tanpa gangguan.
Rasanya minggu ni dan minggu depan adalah minggu yang mendebarkan untuk kami 🤭.
Ada sesuatu yang sedang diusahakan.
Moga positif la resultnya.
Hari² dah mintak Ahnaff doa, moga ada rezeki untuk kami.
Moga dipermudahkan urusan kami. Aminn.
makin kencang dah tu mummy order masuk...
ReplyDeleteapa yg mendebarkan tu moga dipermudahkan rezeki urusan semuanya ye....
Alhamdulillah. Azam tahun ni nak kembali berbaking kak. Jangan jemu tengok kek kite ehh 🤣.
DeleteTerima kasih atas doanya kak. Moga ada la rezeki kami nanti.
Bestnya tengok orang pandai baking...Semoga dipermudahkan segala urusan Jaja sekeluarga...Aamiin...
ReplyDeleteAminn, terima kasih atas doanya sue 😘
Deletebestnya nengok tu, kalau dekat dah ngoder dah. Ke boleh oder heheheh
ReplyDeletePeminat ayam kicap rupanya bujang kecik tu, si adik lak peminat western rupanya. Moga apa yg diusahakan tu dipermudah dan positif la keputusannya
Boleh kak kalau nak order. Hihihi. Roger² je.
DeleteAminn, terima kasih atas doanya kak 😘
Masyaa Alla cantik kemas dan rajinnya Jaja...Oh,kalau donut velvet memang resipinya macam kek velvet jugak yer Jaja...Saya ingatkan sekadar warna sahaja...
ReplyDeleteKalau ikut kata Kakyong, donut redvelvet kene ada rasa redvelvet jugak. Dia nak rasa pahit² masam² sikit camtu 🤣. Yang orang biasa jual tu guna emulco redvelvet. Tak kuat sangat perisa dia.
DeleteSemoga beroleh rezeki yang dihajatkan. AMinn.
ReplyDeleteInsyaAllah. Aminn. Tq SR 😘
DeleteSalam kenal Jaja 😊
ReplyDeleteMenggoda sungguh kek pandan gula melaka tu.
Moga Allah beri yang terbaik untuk usaha Jaja sekeluarga tu.
Salam kenal sis 😊.
DeleteTerima kasih sudi berkunjung ke rumah saya yang tak seberapa ni. Nanti kite balas kunjungan ke sana ye 😊.
Minggu ni lah kan perkara yg mendebarkan tu? semoga ada khabar gembira lepas ni ya
ReplyDeleteMasih belum dapat result lagi Kak. Masih berdebar² 🤣
Delete