Thursday, November 24, 2022

Kelmarin dan Semalam

 

Assalamualaikum korang 😊.

Pening fikir nak letak tajuk ape. 😅
Masuk hari ke-5 selepas PRU 15.
Masih belum terjawab teka teki siapakah bakal PM yang ke-10.
Ermmm, dah takde rasa teruja nak menanti keputusannya.
Doa yang baik² je la untuk negara kita ni kan.
Ape pun keputusannya, kite tetap menjalani hidup macam biasa.
Yang bezanya kebajikan kite semua nanti bagaimana. 
Ekonomi kita semua nanti bagaimana.
Better life or not, just wait and see.



Menu hidangan tengahari kelmarin. Ikan bawal sweet sour (feveret Ahnaff), bawal goreng, sawi celur dan sambal cili kicap. Masak banyak sebab Abah Ahnaff lunch dekat rumah 🤭. Meriah la sikit.


Petang tu buat cucur jagung je. Bancuh juga 
seteko kopi, memang ngam sedapnye 🤣.


Jambu batu pun ade. Cucur jagung tu ade balance lagi sikit. So, simpan je esok paginya panaskan semula untuk sarapan. Masih kekal lembut tau. 


Ni menu dinner semalam. Mee goreng basah. Tengahari tak masak, so petang masak awal sikit. Dah lama tak buat mee goreng, rasa macam sedap pulaknye. HaHaha


Suka pulak dia. Sebelum ni dia taknak pun makan mee goreng. Petang semalam makan, siap bertambah² 🤣. 


Yang ni pun suka juga. Habis juga la makan. Mami suapkan menganga je. Dia suap sendiri pun ade juga.


Dah lepas makan, masing² senang hati. Tengok tu, kerja dia membuli abang jeeeee





12 comments:

  1. Dah malas nak tunggu2
    Sapa2 pun jadi PM terima aje

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terjawab dah teka teki. Terima dengan redha je kan.

      Delete
  2. dah sampai tahap fasa benci tapi rindu..benci malas nak tunggu tp duk tertanya2 kejap2 skodeng facebook
    ahnaff sukanya tengok ahnaff makan tak memilih ye..tak mcm kakak Pia itu taknak ini tak suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak memilih makan pun kadang pening jugak. Dia pandai nak bg cadangan masak ape, makan ape 🤣

      Delete
  3. dah lama akak tak buat cekodok, terliur lah pulak nengoknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Balik kerja kalau tak penat boleh buat kak 😊

      Delete
  4. Akhirnya terjawab semua persoalan siapa PM ke-10. Buang masa saja menunggu hihihiii. Kita terima sahaja mana-mana yang dilantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul cikgu. Kite terima je la kan. Kalau tak terima pun, bukan boleh buat ape 🤣

      Delete
  5. Semua sedap-sedap menu Mami Ahnaff .
    Sofea nakal yer buli abang..dia tau abang dia sayang dia...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahnaff tak membalas kalau adik buli dia. Tu yang adik naik tocang tu. Buat abang sesuka hati je.

      Delete
  6. mee goreng tu kalau tambah cili jeruk memang tak pandang kiri kanan dahh haha

    ReplyDelete
  7. menarik betul mi goreng basah tu. Tapi gmbr last tu memang geram la. Baby ni wp dia duduk atas kepala org pun tetap comel kan. Ingat dulu anak kedua saya pun selalu buli abang dia.

    ReplyDelete