Sunday, October 16, 2022

Nasi Lemak dan Kisah Tertinggal Kunci Rumah

 Assalamualaikum korang 😊.

Pagi ni memang pagi yang kelam kabut betholll.
Kelam kabut siapkan sarapan, buat kek dua biji dan tart coklat juga.
Patutnye boleh buat kek bertenang² je sebab biasanya tak buat sarapan pun.
Tapi malam tadi abah Ahnaff balik kerja tetiba dia cakap macam nak bawak bekal nasi lemak pagi ni 
Waktu tu dah jam 10.30 ye.
Dapur dah tutup dahhhhh.
Tapi disebabkan abah Ahnaff jarang sangat nak request masak pape, maka mami turutkan la jugak.
Stok cili blend pulak tinggal ciput je. 
Jam tu jugak la potong cili kering, rebus dan blend.
Cadangnye nak menyambal pagi ni, tapi bila fikir² semula, takut tak sempat pulak sebab pagi² nak buat kek dah.
Makanya buat je sambal malam tadi.


Nak dekat pukul 12 jugakla baru siap.


Bilis feveret. Buat sambal sedap. Goreng pun sedap. Rangup je. Import dari Tanjung Dawai ni 🤭. Tiap kali adik balik Kedah, kitorang mesti kirim bilis. Dia rajin pi Tanjung Dawai tu. Wajib beli sekilo ye. Untuk buat stok. Hihihi. 
Bilis mata biru, siap kopek: Rm60/kg

Budak dua tu pun tido lewat malam tadi.
Ahnasofea asalnye dah tido, tapi dia dengar je abah buka pintu, bulat mata dia. 
Menangis la mintak abah ambil dia.
Takpe la tido lambat sebab hari cuti.
Kalau hari sekolah, no wayyy yeee 🤣.
Siap menyambal, lap² dapur, kemas² dapur sikit, terus pi mandi. 
Sofea dah reyau nak mami sebab dia dah ngantuk la..
Puas dah main dengan abah dia. 
Suh tido dengan abah, taknak pulakkk 😏.

Ade bilis goreng, sambal bilis, tongkeng ayam goreng dan sambal daging. 

Sambal daging tu leftover semalam punya. 
Tak baik membazir kan, makanya panaskan semula dan buat lauk nasi lemak.
Tongkeng ayam tu atok belikan last week masa balik kg 🤭. 
Saje² je cakap dah lama tak makan tongkeng goreng, tuptup dia balik bawak tongkeng sekilo.
Suh bawak balik Puncak Alam.
Hihihi..terima kasih abah 😘.
Pagi tadi memang multitasking sungguh.
Sambil adun kek, sambil masak nasi, goreng bilis n tongkeng ayam.
Siap semua, dah hidang semua, buat tart coklat pula. 


Tart coklat

Marble choc oren

Kek oren

Dah settled semua, abah Ahnaff pun dah pegi kerja, budak² pun dah bersiap, turn mami pulak bersiap.
Memang tak sempat nak sarapan dulu. 
Dalam hati memang dah terdetik nak makan balik dari delivery nanti je. 
Time ambil kunci kereta, rasa macam dah ambil kunci rumah sekali sebab kebiasaanya camtu. 
Kunci kereta n rumah memang letak dekat² .
Tapi nak dijadikan cerita, kunci rumah tertinggal. 
Tak ambik pun 😅.
Dah tutup pintu semua baru tergerak nak check. 
Kat tangan cuma ade kunci kereta dan mask je.
Memang tepuk dahi lahh 🤣.
Yang penting hantar kek dulu. Kunci fikirkan kemudian. Hahaha
Laju² call abah Ahnaff, nasib baik dia baru sampai ofis. Tak keluar lagi.
Dari Saujana Utama terus pecut ke Bukit Subang pula.
Mujur dekat je 🤭.
Sampai je sana, dah nampak lori abah Ahnaff parking tepi jalan. Menunggu kitorang.

Tetap tersenyum walau dia memang dah lambat sangat. Pagi tadi pun keluar lambat. Pastu kene tunggu isteri datang ambil kunci pulak. 
Ni kalau mami yang kene camtu, mau dah masam mencuka je muka 🤣. 
Masa on the way tu memang dah cakap kat Ahnaff, takut kalau abah dia marah tapi, Ahnaff cakap abah tak marah la mami. Abah tak pernah pun marah mami. Abah selalu marah Ahnaff je. 🤣🤣


Nasib baik juga kejadian kunci tertinggal ni terjadi waktu abah Ahnaff ade kat sini je.
Kalau terjadi waktu dia outstation, masak laaaaa 🤭.
Dah la kek oren yang sebiji lagi tu untuk delivery tengahari. 
Kalau tak dapat ambil kunci rumah tu, mau mintak tolong kat jiran, hempuk je tombol pintu tu 🤣.
Papepun, dah selamat semuanya. 
Tombol pintu pun terselamat dari kene hempuk.
Hahaha
Sampai rumah, laju² makan. 
Lapoooo oiii 🤣.










18 comments:

  1. Ya Allah, nasib baik la boleh buka pagar lagi. Bayangkan kunci dalam rumah, pagar pulak masih belum buka kuncinya. Mahu tersekat kat carporch tu, Jaja. Tapi, syukur, semuanya selamat. Yg penting, tak kena marah, hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumah kite apartment je kak. Hihihi.
      Alhamdulillah tak kene marah. Tak soal bnyk, dia terus bagi kunci je. Lagipun dah ade PA tak bertauliah tu yg duk cerita kat abah dia kronologi kejadian. Hahaha

      Delete
  2. alahmdulillah pintu pon selamat hehehe
    nampak menarik sgt tart and kek tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la. Last 2weeks jiran depan tertinggal kunci juga. Terpaksa pecahkan tombol pintu dia.
      Tq VM 😊. Kek n tart tu orang order.

      Delete
  3. Isteri solehah... sentiasa gembirakan suami dengan memenuhi hajatnya. Sedap tu sambal nasi lemak!
    Alhamdulillah, masalah tinggal kunci dapat diselesaikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jarang suami request suruh masak. Biasanya beli atau makan je ape yg sy masak. Makanya, bila dia request, tak sampai hati nak tolak.

      Delete
  4. kenapa x buat byk2 copy salinan kunci rumah tuuh utk emergency., huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah. Dah terfikir nak buat copy untuk standby dalam kereta. Incase tertinggal kunci lagi 🤭

      Delete
  5. Alhamdulillah..Allah mudahkan urusan
    Bagusnya abah Ahnaff..masih boleh senyum..Ka Ahnaff yang doa sepanjang jalan agar abah tak marah mami🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.
      Kak, jodoh ni kan bertentangan. Abah Ahnaff mmg jenis cool je. Jarang marah². Bagai langit dgn bumi kalau dengan isteri dia ni 🤣

      Delete
  6. Allahuakbar tgn sotong ibu setelkan semuanya. tabik springggg! ehehehe~

    sedapnya tongkeng ayam gorengggggg! lama dah tak jumpak org jual tongkeng semenjak ayam mahal la ni adehhh~

    kena duplicate lebeyhhhh kunci tu buat stanby. boh dlm keta 1, boh dlm hnbeg 1 kot2 jd kejadian emergency lain kan hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la..tunggu suami cuti sok nak pi buat kunci. Simpan 1 set dlm kereta.

      Delete
  7. pintu autolock ye? hihi takpe semua yang jadi ada hikmahmya. mummy ahnaf ni bab masak memang terbaikk! pandai bake lagi tu. Untung suami dan anak2 hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pintu biasa je nad. Tp klu setakat nak bukak pakai kad or godek² camtu je x boleh. Nak kene hempuk bagi tombol tu terbukak 🤣.
      Masak menu yang sama ulang² je pun. Hihihi

      Delete
  8. bila suami mintak masak kan apa-apa, berat hati nak tolak kan. Aduhai sedapnya siap ada tongkeng gorng lagi menu sarapan lawankan dengan nasi lemak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak. Dah la dia jarang makan kat rumah. Bila dia cuti, dah tentu² kite pun cuti sbb kuar berjalan. Hihihi

      Delete
  9. Fuh, syukur la abah dia belum outstation. Kalau tak... Jenuh la nak handle sorang2. Alhamdulillah.

    tak menahan ayat Ahnaf " Abah tak pernah pun marah mami. Abah selalu marah Ahnaff je. 🤣🤣"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahnaff dan drama berpisah tiada. Hahaha. Ayat² dia memang manis² je. Hahaha

      Delete