Assalamualaikum korang 😊.
Sejak pertama kali makan kat Koppi Cup Cafe ni, memang Ahnaff suka sangat.
Balik Perak je mesti dia akan ajak makan kat situ.
Memang kene betul dengan taste dia 🤣.
Menu pulak tak bertukar, tetaplah setia dengan chicken grilled dia tu.
*Sumber gambar dari FB Koppicup Cafe.
Nutella Cheesecake untuk mami. Kecik comel secoet je 🤣.
Oleh kerana air faveret dia takde, dia pilih pulak air mango blast. Sedap jugak. Masam² gitu. While air orang lain semua yasher² je 🤣. Air dia je yang amboii kemain.
Tengok la tu. Semua dalam pinggan tu licin taw. Kecuali telur kuning n fries tu sebab ade mayonis sos, dia tak berapa suka.
Abah Ahnaff makan chicken grilled jugak kalau tak silap.
Opahchu makan chicken chop.
Mami makan cheesecake je sebab dah kenyang.
Kalau lapar, pilihan mami semestinya Berlado spicy chicken rice 👇.
Berlado spicy chicken rice. Memang berapi pedasnye. Puas hati makan. Hihihi
Ni air feveret dia. Strawberry vanilla blended. Pic lama ni.
Kalau turun Teluk Intan, sila singgah ye 😉.
Akak sekali jer rasanya pernah sampai Teluk Intan tu. Ni, entah bila nak ke sana, kalau tak, boleh order mango blast yg luar biashe tu.
ReplyDeleteBila² kalau nak balik Utara tu melencong la sat ke Teluk Intan. Lepas makan kat koppi cup, boleh beli kacang rebus kat menara Teluk Intan tu. Buat kudap² sepanjang jalan. Hihihi
Deletewah ayam berlado tu nampak sungguh sedappp! nanti boleh try. Tapi jauh pulak nak ke sana kalau saja2 haha
ReplyDeleteMemang sedap wehh. Pedas dia memang puas hati. Isi ayam pun bnyk. Alaaa, datang Teluk Intan jalan² sambil beli kacang rebus. Hahahaa
Deletewahhhhhh kat Teluk Intan ye? nanti nak kena bawak mak abah try jugak ni hehehe
ReplyDeleteAahh, kat Teluk Intan. Kalau tak silap kat area belah² Starbucks tu. Tapi bahagian belakang. 😊
DeleteSaya pun 2x hanya lalu ja Teluk Intan..otw nak ke Pangkor..In shaa Allah lain kali nak singgah..
ReplyDeleteIngatkan Ahnaff minum kopi..🤭
Makan sampai pejam2 mata tu...sedap betul tu
Kalau nak pi roger² kak. Boleh singgah Sg.Besar dulu. Jalan². Pastu pi Teluk Intan pulak. Hihihi
DeleteVM belum pernah ke Teluk Intan..
ReplyDeleteBoleh cuba ke sana kalau pergi hihihi
Sesekali jalan la ke Teluk Intan. Banyak juga kedai² makan yang happening 😊. Boleh melawat menara condong. Datang waktu malam cantik dengan lampu² sekelilingnya tu.
DeleteOkay boleh masuk dalam personal list, restoren untuk dicuba. Pandainya Ahnaff makan Chicken grilled sampai habis.
ReplyDelete