Thursday, May 12, 2022

Selamat Hari Raya 2022

 Assalamualaikum korang 😊

Selamat hurry raya 🤪. Hihihi
Ape macam raya terkejut?
Memang betul² terkejut la kan
Raya tahun ni raya kat rumah sendiri
Rumah pun balik hujung minggu je
Jadinya banyak benda nak kene buat
Mujurlah sempat pasang langsir n lampu baru
Memang tergerak nak buat hari ahad tu
Sebab kitorang balik pun Sabtu
Konon ahad n isnin nak pulun mengemas ape yang patut
Sudahnye, berhias ala kadar je laaa
Masak rendang pun pukul 4 pagi baru siap
Pastu tak larat dah nak tunggu
Opahchu Ahnaff je yg berjaga masak sampai ke pagi
Menantu hantu dah terbongkang kat bilik dengan Sofea yang asyik nak berkepit je
Pitammm 🤣

Masa ni baru siap iron baju semua. 

Nampak tak karpet tu?
Sakit mata kite wakkk, sebab tak seragam
Plan asal konon isnin tu nak pi carik karpet lain
Dah tak sempat dahhh 🤣
Pakai je la ape yang ade
Langsir mujur dah tukar siap² pagi ahad tu
Tu pun beli kat Kaison je
Rm79 sekeping kalau x silap.
Beli 2 keping, elok² je
Boleh la tuuu. Hihihi






Pagi raya pertama tu lepas je Abah Ahnaff balik solat raya,
Terus amik gambar n salam²
Pastu makan 
Pastu gerak balik Sg.Besar jap
Rumah kitorang ni kat Hutan Melintang, Perak
Tapi, dekat je ngan kampung saya Sg.Besar
Dalam 20minit camtu
Sempadan Selangor dengan Sempadan Perak 
Kan ke dekat je tuuu.
Sepanjang cuti raya memang camtu la..
Berulang alik je Perak-Selangor


Yang ni pic kat rumah atoknenek Sg.Besar

Petang raya pertama tu balik semula ke rumah Perak
Malam tu ade makcik suami dari Ipoh datang beraya
Puas hati dia dapat pi berjalan raya
2tahun dia tak pi berjalan raya
Tahun ni raya sakan la maklong yeee
🤣

Raya tahun ni pun memang dah kembali macam dulu² jugak kan
Meriah rasanya
Alhamdulillah
Cuma kene jaga² jugak lagi
Tak boleh nak hora horee sangat lagi
Lagi ade anak kecik
Kene extra berjaga²
Papepun,



SELAMAT HARI RAYA KORANG. MAAF ZAHIR DAN BATIN.

P/s: struggle sungguh nak buat entry ni guna fon. Haiiihhhh.


 






 


4 comments:

  1. Replies
    1. Selamat hurry raya kak.. belum sempat lagi nak jalan beraya rumah akak nihh 😄

      Delete
  2. Selamat Hurry Raya Jaja...
    Wah...makin slim dan makin cantik la Jaja...😍
    Apa rahsia..???
    share la🥰🥰

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hurry raya kak 😊.
      Lepas bersalin memang begitulah keadaannya kak.. lagi pulak Sofea BF.. kalau dah putus susu sokk..ermmm. malas nak fikir..hahahahhaa

      Delete