Thursday, February 4, 2021

Rutin Baru Ahnaff

 Assalamualaikum semua 😊

Masuk bulan Februari ni,
Memang dah decide untuk hantar Ahnaff ke sekolah.
Tapi bukan lah sekolah tadika pun..
Hantar nursery je 🤭
Nak bagi dia bercampur dan berkawan² dengan budak lain
Duduk rumah berdua je dengan mami,
Sian dia..
Tahun ni 4 tahun dah (walau usia sebenar baru 3tahun2bulan).
Atleast tahun depan, masuk tadika betul, takde la dah dia nak buat drama.
Nak mami je 😂
1hb aritu mula hantar.
Hari pertama pegi 2 jam je. Tu pun mami join sekali..hahah



Hari kedua ok sikit, 
mami teman sekejap je. 
Bertahan jugak la sampai jam 11.30 pagi.
Hari ketiga pun ok. 
Kebetulan abah dia cuti,
Abah anta sekali, mami ni dah risau kot dia buat drama tak nak naik atas.
Tapi rupenye ok je dia 😂.
Bertahan sampai pukul 2 petang.
Hari ni hari yang ke empat,
Menangis sikit pagi tadi.
Taknak turun kereta. 
Mami pujuk sikit², dukung anta sampai atas.
Dia masuk je dapur, tengok abang² buat kelas online (nursery ni bercampur dengan budak transit, tapi tak ramai. Dalam 3,4 orang camtu), mami pun terus cabut balik rumah 😂
Sebenarnye dia ok je kat situ.
Menangis tu biasa la.. menangis sikit, pastu ok dah.
Memang dah cakap dekat penjaga tu, kalau dia nangis berterusan, bgtaw je..
Boleh terus ambik.
Tapi, setakat 4 hari ni, dia menangis kejap² je. 
Bila ingat mami, dia sedih tapi lepastu main..
Happy balik.
Hantar pun halfday je
Pukul 8.30 pagi hantar, pukul 2 petang ambil.
Tapi next week maybe nak ambil pukul 1 petang.
Sebab bila anak takde kat rumah,
Bosan rupenyeee 😂
Tak berapa kental hati mami ni rupenyeeee.

2 comments:

  1. Nampak gaya Ahnaff tu dah mula seronok berkawan. Jangan esok mami dia buat drama kata anak tak mau pi.. Hainya mami dia yang tak bagi pi.. 🤣🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pegi sekolah menangis.. balik sekolah, taknak balik pulak. Dah seronok berkawan 🤭. Mami kene kentalkan hati jugak. Hantar hari² nak bagi dia biasa

      Delete