Friday, July 15, 2022

Donut Easy Peasy

 Assalamualaikum korang 😊.


Kelmarin dapat hebahan pasal aktiviti sekolah Ahnaff untuk hari ni.




Kelas dia kene bawak samada nasi lemak, ayam goreng, donut, mini burger atau lain². 
Saya pilih bawak donut je. Sebab senang 🤣.

Donut easy peasy.

Bahan A
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar marjerin
- gaul dan ramas² sampai jadi macam serbuk roti.

Bahan B
2 sudu besar susu pekat
½ cawan air suam
1 sudu besar yis
- campurkan kesemua bahan di atas dan kacau hingga larut.

~ Masukkan bahan B ke dalam bahan A.
~ Uli hingga tak melekat pada tangan. (Mula² memang rasa macam lembik tapi jangan risau sebab memang camtu ye. Teruskan je menguli sampai adunan tak melekat pada tangan.)
~ Boleh terus bentukkan donut. Tak payah tunggu dia mengembang.
~ Nanti sementara tunggu minyak nak panas, sambil basuh² peralatan yang dah diguna tadi, donut pun naik elok je.
~ pastu boleh goreng dah.
Senang kannnn 😁

Try buat tau korang. Memang dijamin takkan menyesal 😆. 
Pagi tadi pukul 5 dah bangun menguli. Pukul 6 semua. Saya buat 2 adunan, dapat la dalam 46 biji donut ball tu. 

Doh yang dah siap diuli. Bila dah jadi elok licin camni, boleh berenti menguli. Uli tak lama pun.

Buat bentuk camni je. Donut ball. Senang budak² nak makan. Kalau bentuk ring, ermm kecah² kang. Ni pun macam terbeso sikit. Tu la sape suruh tak timbang 😅. 


Dapat la 7 pek. Pihak sekolah mintak at least 5 pek. Tak pe, kite bagi lebih. Hahaha.

Yang ni tinggal sikit untuk breakfast kat rumah.


Projek ni adalah untuk Projek Usahawan Cilik. Bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar konsep jual beli. 
Aktiviti ni juga membolehkan pelajar mengalami sendiri konsep jual beli secara praktikal. 
Pelanggan² untuk projek ini adalah terdiri dari guru², staff sekolah dan abang kakak SRIAZA (sekolah Ahnaff ni sekali dengan sekolah rendah. )


Ni pun kemain awal dah bangun. Tolong menguli donut katenya. Hahahaa.

Moga laku keras jualannye Napp 😘








Thursday, July 14, 2022

Wong Jowo Cafe, Kampung Budiman

 Assalamualaikum korang 😊.


Harini abah Ahnaff cuti. 
So, lepas anta Ahnaff sekolah tadi, terus la mami n abah pi dating sat 🤭.
Teringin lontong kat Pekan Meru tu.
Tak taw ape nama kedainye tapi dia ade kat food court sebelah traffic light Pekan Meru tu.
Kemain semangat ye pegi, sekali sampai.. TUTUP pulakkk 🤣.
Terus je la drive patah balik ikut Jalan Paip tu.
Plan nak tengok kot ade kedai makan yang best kat belah² kampung tu.
Dah nak sampai hujung Jalan Paip tu, tetiba nampak kereta parking banyak².
Ade kedai kat seberang parit. 
Kedai tu memang dah lama ada, dah lama nak singgah dari sebelum PKP lagi. 
Tapi ntah la kenapa, tak pernah tersinggah 😅.
Makanya, pagi ni singgah jela. 
Cuba menu dia, kot best.

Wong Jowo Cafe namanya ye. Yang datang ni pun wong jowo jugak. Sesuai la tu. Hahaha

Kedai dia tepi parit je. Dekat kebun sawit. Tapi boleh nampak dari jalan besar tu. Nyaman je suasananya. Bersih tiptop.

Nescafe tarik untuk mami, limau kosong untuk abah Ahnaff. Bila la mami nak insoff ni. Konon nak cut sugar intake tapi, selalu kecundang 🤣. Mujur air tu tak manis sangat. Secukup rasa je. Sedap.



Ade lontong. Sedapppp. Nasi impit dia tu bukan nasi impit segera tau. Dia guna nasi impit yang daun pisang tu. Lembut je. Siap ade sambal kelapa tu lagi. Paru crispy tu pun sedap. Tak keras dan liat. Elok rangup di luar tapi masih lembut di dalam. Cuma sambal tumis tu je yang tak berapa pedas. Kalau pedas lagi sikit mesti berapiii. Hahaha
Ade begedil jugak seketul. 

Selain nasi lemak dan lontong tu, ade jugak mee jawa dan pau kukus. 

Ade live band. Suara sedap. Lagu² yang dipilih pun jenis lagu slow². Takde la bingit sangat. Syok je dengar.

Kitorang tapau mee jawa sebab nak rasa. Ok ke tak.
Lagipun abah Ahnaff cakap tengari takyah masak sebab sup ikan semalam pun ade lagi.
Dia nak makan sup ikan tu je.
Ishhh.. baru je nak masak sup tulang untuk dia. Taknak pulaknye.
Taknak sudah 🤣. Mami ok je. Hahaha.
Nanti dia amik si bujang kecik tu balik sekolah, mesti menyinggah memana beli nasik untuk anak dia tu.
Dah faham sangat dah.





Wednesday, July 13, 2022

Ole-ole dari Kodiang, Kedah

 Assalamualaikum korang 😊.

Petang semalam masa tengah tidokan Sofea, tetiba jiran depan whatsapp, tanya ade kat rumah ke tak.
Dia nak bagi ole-ole dari kampung katenye.

Ade pisang, buah setey dan mangga muda. Pisang tu petang² kang boleh goreng. Mangga muda tu sesuai buat kerabu mangga..sedapnye..
Yang buah setey tu baru ni la saya tengok. Sebelum ni pernah baca tapi tak la amik kisah sangat sebab rasa macam tak teringin pun nak merasa. Sekalinye, bila dapat, boleh pulak ku fikirkan itu buah dokong. Hahahaa. Bila kupas, ehhh kenapa lain beno isinya. 🤣



Rambutan kuning pun ade.


Dapat acar buah jugak. Feveret sangat tau acar buah ni. Dulu² memang tak suka, tapi sejak mengandungkan Ahnaff, jadi suka pulaknye. Bukak je tupperware acar tu, tak tunggu² terus ceduk nasi, makan nasik. Sedap sungguh. Hihihi. Makan dengan bilis goreng rangup pun jalannn.


Malam tu pegi Lotus jap. Carik barang dapur sikit. Ermmm, sikit pun, tak penuh troli dah sampai rm150++. Nak tak nak kene terima la jugak perubahan yang jadi ni kan. 

Tengari ni masak sup ikan merah je. Ni pun masak sambil Ahnasofea menangis tak berenti. Dia tak berapa sihat. Meragam je hari ni 😔.







Raya Aidiladha - part 2

 Assalamualaikum korang 😊.

Raya kedua -Isnin

Surau kat kampung atok buat korban raya kedua tu. 
Tak buat raya pertama sebab taknak siap lambat sangat. Tahun ni 11 ekor lembu akan dikorbankan. 
Abah dan paksu pun ambil bahagian jugak.
Surau kat kampung kami ni memang aktif dengan penglibatan anak² muda seusia paksu.
Sebab kebanyakan geng² paksu memang kerja sekitar kampung je. Masing² tak kerja luar.
Semua jenis boleh diharap. Alhamdulillah 😊.
Tahun ni ade 3 orang tukang sembelih. Abah, paksu dan abang mokhtar.
Jadinya laju je la kerja² penyembelihan. Siap je sembelih sekor, terus team melapah buat kerja. Team tumbangkan lembu ready untuk tumbangkan lembu yang seterusnya. 
Team potong daging dan team timbang menimbang pun ade ye 🤭.
Jadinya setiap yang datang tu memang dah ade tugas masing².
Tapi kat surau ni takde masak². Semua bahagian lembu diagihkan terus je.
Cumanya, setiap ahli kariah disyorkan bawa juadah sorang sikit untuk habuan petugas² sarapan pagi.

Ehhh..sama tema dengan baju petugas 🤣. Bertopi sebab pagi tu macam hujan rintik² sikit. Malam tu pulak dia macam demam sikit. Mujurlah siang tu ok je walau balik tengok korban tu kene hujan sikit.

Ni sepupu² Ahnaff la ni. Azad ni, orang sibuk nak tengok lembu, dia sibuk nak sikat rambut Ezreen 🤣.

Adik bongsu a.k.a Paksu. Anak lelaki sorang dari 7 adik beradik 😆. Kemain tak sabar ye dia nak raya korban ni sebab 2019 aritu dia gi haji, tak dapat join korban. 2020 covid pulak. 2021 pun tak buat jugak. Dia memang minat bab² haiwan² ni. Dari kecik rasanya minat tu. Tu yang lepas je dia balik haji, dia beli lembu sado 2 ekor 🤣. 

Penyembelih lembu korban ni bukan boleh sembarangan ye. Kene pergi kursus, ade sijil yang diperakui, baru boleh sembelih ye. Tak boleh suka² bidan terjun je 🤣.  
Kadang ade jugak ladang ternakan yang panggil dia untuk menyembelih lembu. Dapat la duit tepi sikit. Hihihi

Puas la hati dia tuuu 🤭. Anak² buah dia bukan main kagum tengok paksu sembelih lembu. 

Team potong memotong. 

Team timbang menimbang n bungkus.



Susun siap² n nanti terus agihkan aje.

Kaki lembu ni paksu ade amik jugak rasanya. Sedap nii buat masak sambal tahun atau tumis pedas. Cuma nak prosesnye tu yang bercinta benoo. Hahaha. 
Nak kene bakar sampai rentung, pastu kikis kulit dia tu sikit², bakar lagi, kikis lagi. Haishhhh. Rumit taw. Tapi makan sedap 🤣.
Sama mcm babat@ perut lembu tu kan. Nak membersihkan tu kemain tolak menolak, tapi bila dah bersih, siap masak, lajuuuu je semua makan. Hihihi


Tuan pengerusi menyampaikan hadiah cabutan bertuah 🤭.

Syabas team anak muda 😊. Sentiasa aktif dengan aktiviti² kampung. Ketua pemuda yang tepi sekali belah kanan tu. Yang tak bertopi tu. Dia la yang paling banyak mengerahkan budak² muda join aktiviti kampung dan surau. 


Gambar mami dengan Sofea mestilah kene ade 🤣.
Walau sekadar menyibuk je. Hahaha


A: mami, ambil gambar Ahnaff kat sungai ni.
M: 🤣

Kemain kat belakang tu berpayung. Tak tengok lama pun sebab pastu gerimis mengundang 😅.
Cepat² jalan balik. Rumah atok nenek tak jauh dari surau. Selang sebuah rumah je pun 🤭.


Menu wajib. Sup tulang. Ahnaff makan bertambah². Saya tak berapa makan sangat sup tulang sebab dulu² masa kecik kalau makan sup tulang mesti tangan dan mulut rasa berminyak dek lemak² tu. Tak sukaaaaa 🤣. Kadang kalau teringin sangat tu, makan la jugak. 



Penat sangat ni tolong orang korban tadiiii 🤣.

Hari Raya Aidiladha 2022

 Assalamualaikum korang 😊.

Meriah raya korban tahun ni kan 😊.

Balik kampung ari sabtu aritu, balik asing².
Saya, Ahnaff dan Sofea balik naik kereta.
Abah Ahnaff pulak balik naik motor 🤭. Bukan sebab bergaduh ke ape tapi sebab abah ahnaff cuti ahad je. Isnin dah kene kerja. Yang anak dia tu nak tengok atok n paksu buat korban. 
Tu yang kene balik asing² tu.
Kami balik Sungai Besar dulu. Petang² baru balik Perak. Sampai rumah sana, tengok² Opahchu dah siap masak dah pun 😅.
Menantu hantu tinggal tolong makan je. Hahaha.


Jalan jem sikit. Kitorang ikut jalan dalam, so lancar je la perjalannye. Sofea pun elok je tido sepanjang jalan 😊.

Ahnaff dan Ezreen, seronok berlari keliling rumah ikut paksu ambik kelapa kat kebun belakang.



Pukul 10.30 pagi dah sampai Sungai Besar, so sempat la tengok mama bakar bahulu kemboja ni. Bakar manual taw, guna sabut 🤭. Jumaat tu diorang (nenek dan mama) dah buat bahulu gulung. 2 jenis kuih tu memang wajib buat sendiri tiap kali raya. 
Raya haji tahun 2019 je tak buat sebab mama, Adam (anak mama) dan Paksu pergi haji.
Biasanya yang tukang bancuh adunan bahulu gulung dan kemboja ni nenek la. Yang tukang bakarnye mama. Memang enjoy betul diorg buat kuih tu 🤣. Tiap kali nak raya, memang semangat buat persiapan.

Bahulu gulung dan kek lumut homemade.


Ni atok nenek buat rempeyek kacang tanah. Kalau buat rempeyek ni, memang wajib abah yang tolong mak buat sebab mak kate abah lagi pandai 🤣. Sweet je tengok suami isteri tu berganding bahu buat rempeyek. 

Kerepek pisang tanduk pun buat sendiri juga yeeee 🤭. Yang ni kepakaran mama, dia buat kerepek memang sedap secukup rasa. 

Petang tu dalam pukul 6 baru gerak balik Perak.
Singgah pekan Sungai Besar dulu, konon nak carik baju warna hijau untuk Sofea tapi takde 🤣.
Makanya, pagi raya tu memang tak bersiap la.
Abah dengan Ahnaff je yang berbaju melayu sebab nak gi solat raya.
First time Ahnaff ikut abah dia gi solat raya.
Balik dari solat raya, diorang sarapan pastu siap² gi ziarah kubur Opah.
Lepastu abah Ahnaff gi surau semula sebab nak ambil bahagian daging korban. Kat surau sini lembu korban semua disembelih kat pusat penyembelihan kalau tak silap.
Nanti diorang hantar dah siap bungkus, tinggal nak agih² kan je kat ahli kariah.
So, tanya la abah Ahnaff, takde buat kerja, dah ty kat surau tu buat ape? - duduk² makan minum je katanyaaa. 
Ade bahagian tulang² tu, diorang masak kat surau siap² dan lunch kat sana.

Hari raya korban yang pertama aktiviti mami adalah lepak² je. Makan. Tidur. Bangun, makan lagi. Hahaha.
Macam mana la tak beso ye dakkk. Hahaha
Petang lepas asar camtu baru gerak balik Sungai Besar semula. 
Malam tu lepas marghrib, abah Ahnaff dah balik Puncak Alam.







Acara yang ditunggu² semua kanak². Mestilah main bunga api n mercun. Hahahah.


Gambar makanan raya semua tak amik gambar 🤣.
Dek kerana Ahnasofea ni tak mau langsung dengan orang lain. Nak berkepit dengan mami je. 
Nak makan pun tak berapa feel tau 🤭.