Assalamualaikum semua 😊.
Hari ni bermulalah episod baru dalam hidup Ahnaff.
Dah masuk tahun 1 dah si Ahnaff ni achik² uiii. 🤭
Bermula juga la perjalanan mami untuk study semula.
Tengok buku² teks dia semalam, ermmm boleh tahan mencabar 😅.
Cakap pasal buku teks, sebeban buku teks dia.
Belum sempat nak balut lagi.
Nasib baik lambat lagi nak guna.
2 minggu lagi baru mula belajar kalau tak silap.
Ahnaff masih kekal bersekolah di Az-Zahrawi.
Waktu persekolahan pun masih sama macam tadika dulu.
8 pagi hingga 3.45petang (beza balik 15minit dengan tadika).
Kemain lagi ye dia posing 😂.
Dia cakap "kan dah darjah 1 mami. Kena la bergaya camni" 😂😂.
Pergi sekolah pagi tadi pun naik motor je dengan abah.
Mami nak hantar dia takmau.
Lagipun bukan boleh turun tengok dia masuk kelas pun.
Cuma boleh drop by je. 🤭
Pegi je la dengan abah.
Balik sekolah pi Lotus jap mencari keledek dan daun sup untuk karipap mami.
"Mami, boleh belanja Ahnaff Tealive? Esok kan dah nak puasa".
Begitu lah ayat dia nak bagi mami cairrrrr 😂.
Moga Ahnaff terus seronok dalam perjalanan menuntut ilmu.
Moga Allah terangkan hati anak mami dalam menerima setiap ilmu yang cikgu² sampaikan.
Selamat menyambut ramadhan semua kawan² maya mami 😊.
Moga kita semua diberi kesihatan yang baik untuk menjalani ibadah di bulan yang penuh keberkatan ini.
InsyaAllah, aminn.
Salam Ramadan Al Kareem buat Jaja sekeluarga.
ReplyDeleteSelamat menjalani ibadah puasa.
Alhamdulillah, semoga dapat belajar dengan baik. ameeenn
ReplyDeleteSalam Ramadan dan selamat berpuasa :)
ReplyDeleteAmeen. Semoga Ahnaff peroleh ilmu yang berkat untuk diamalkann. Salam Ramadan Kareem mami!
ReplyDeleteSelamat bersekolah Abang Ahnaff...Selamat menjalani ibadah puasa Jaja sekeluarga....
ReplyDeleteSelamat kembali ke sekolah Afnaff...selamat masuk darjah satu..selamat berpuasa ye Napp
ReplyDeletewaahhh dah masuk darjah 1 kena posong mcm tu ek Abg Ahnaff? hehehe kemain hensem die ye pandai bodek mami nak Tealive hehe
ReplyDeleteselamat menunaikan ibadah puasa untuk Ahnaff sekeluarga drpd Acik Ana! hehe
amboi kemain lagi posing abang darjah 1 tu..dah la hensem pandai pujuk rayu plk tu hehe
ReplyDeleteselamat berpuasa ahnaff...moga dapat puasa penuh ye sihat2 selalu
Semoga Allah terangkan hati Ahnaff dalam belajar...mudahkan urusan dalam menuntut ilmu
ReplyDeleteensem tu dia punya posing....
ReplyDeletesemoga Ahnaff berjaya dan cemerlang dalam pellajarannya...itulah hadiah terbaik anak kepada orang tuanya
ReplyDelete