Assalamualaikum semua 😊.
Alhamdulillah, sejuk je cuaca pagi ni.
Malam tadi hujan. Pagi ni pun mendung² je cuaca.
Mata rasa macam nak 😴😴 je.
Tapi ada kerja nak kene buat 😅.
Kemas² rumah sikit, dah settlekan dua beradik tu sarapan, mami pun mulakan kerja.
Ahnaff mintak bihun goreng merah tapi tak pedas. 🤭
Pastu gorengkan telur mata.
Sayur takde, isi ayam pun takda. Buat guna rencah bawang putih, bawang merah dan bilis. Semata itu je. Tapi boleh dia makan pastu cakap "sedap betul bihun goreng mami". Bertambah 2 kali yee 😂.
Pagi tadi buat crust untuk cheesetart. Esok pagi Kakak Amirah nak nutella cheesetart.
Buat benda ni pun boleh healing² tau. Hahaha. Sebab buat benda ni melekakan. Tau² je dah siap.
Tapi nak kene tunggu Sofea tido baru boleh buat dengan aman. Kalau tak nanti dia pun nak menolong. Rajin takyah suruh² 😂.
2 adunan dapat la sebalang lebih sikit. Dalam 120biji (lebih kurang) camtu.
Tengahari tak masak, so goreng keropok lekor je 😂. Budak² makan bihun goreng tu lagi. Nak masak nasi, Ahnaff taknak pulaknya. Dia nak makan bihun goreng je.
Alhamdulillah, senang kerja mami. Hahaha.
Makan bihun goreng pun kenyang kan Ahnaff. Mesti sedap masakan ibu.
ReplyDeletePandai jek Ahnaff amik hati mummy dia kan hehehe...
ReplyDeleteBuat crust tart pun boleh healing kan? me time gitu.. kalau sy balik kerja cuci² tupperware bekalan anak² pun sy rasa healing.. entahlah tapi sy rasa tenang dan enjoy je main buih dan span masa tu
ReplyDeletekalau kene dengan tekak takde isi ayam udang pun sedap dah mehun goreng tu
ReplyDeleteMakan bihun pun mengenyangkan kan Ahnaff.
ReplyDeletebihun kosong macam tu memang sedap.
ReplyDeletelamanya mummy ahnaff tak update blog hehe