Friday, December 30, 2022

Balik Kampung Lagi 🤣

 Assalamualaikum korang 😊.

Sepatutnya Kakngah nak balik kampung hari Khamis.
Cuba tanya kat dia, kalau balik Jumaat boleh tak sebab rasa macam nak ikut dia balik kampung 🤭.
Jawapan dia, mestilah boleh kannn.
Hahaha
Jadinya pagi Jumaat tu ikut la dia balik kampung.
Nanti pagi Sabtu abah Ahnaff datang ambil kat kampung.
Lagipun memang nak balik rumah Perak jugak.


Sampai² kampung je terus naik basikal kakak Ezreen. Sebelum ni naik, kaki tak sampai. Tak jejak lantai. Balik kali ni, ehhh dah sampai. Lagi laju la dia merayap. Ke depan, ke belakang 🤣.


Ni kerja Paksu la ni. Sian baby mami kene buli. Yang Pia pun bukan main tersengih² 🤣. 


Ni la baju siap yang beli kat Muaz aritu. Cantik tak 🤭. Not bad la kan. Sepasang rm44.90. Boleh la buat pakai pi kenduri. Dah sampai rumah baru perasan belah kain tu ade corak melintang gitu. Masa kat kedai tu duk belek baju je. Tak check pun kainnye. Hahaha. Kalau takde border tu mesti lagi nice. 

Jumaat tu Atok pi memancing kat Pulau Sembilan, Manjung.
Pi pagi, balik malam.
Kate nak pi mancing ikan cencaru.
Dah terbayang² cencaru bakar dengan air asam. Sedapnyaaaaa.


Bila sampai rumah malam tu, curah je ikan dari tong oren tu, alamakkk, comel² ikannya. Hahaha
Kite nak ikan cencaru yang besoo. Nenek cakap dapat dalam 50kg ikan.


Ni tengah pilih cencaru dengan selar. Asingkan dan timbang. Pastu bahagikan sama rata dengan kawan² yang pergi mancing sama².

Lepas dah pencen kan, hobi Atok memancing.
Kitorang pernah pi Ganu 3 tahun berturut² sebab Atok nak gi mencandat sotong. 
Anak menantu ikut je la kan.
Nanti yang untung kitorang jugak 🤣.
Dapat makan sotong fresh.
Ingat lagi masa berpantang Ahnaff dulu, Atok pi mancing ikan tenggiri.
Dapat ikan tenggiri besar² wehh. Berpuluh kilo jugak la. 
Siap boleh tolak kat cina jual ikan kat market 🤣.
Cina tu pun sebab dah biasa dengan Atok, dia onzz je.
Memang best la pantang time tu. Makan sedap 🤣.


Pagi Sabtu balik Perak. Abah Ahnaff nak pasang kanopi ni kat bilik anak bujang tu. Kemain ye bilik dia. 


Yang ni pulak asyik nak turun naik tangga je 😌. 
Yang rajin melayan mestilah abah dan Opahchu. 


Mee kari sedap. Padahal tengahari tu dah makan nasi kat rumah. Tapi Opahchu nak makan abc pulaknye. Pukul 3 keluar rumah semata² nak makan abc dan mee kari 🤣.


Abc sedap.


Balik dari makan abc, abah Ahnaff basuh kereta. Ahnaff pun ape lagi, peluang dia main air la. Tengok Sofea tu, duk berdiri kat grill sambil terjerit². 🤣


Abah dia tak sampai tengok anak daranya terjerit², dia bawak keluar. Kemain suka la main air dedua.
Yang kecik tu suruh masuk rumah menjerit² taknak.
Sofeaaaa, Sofeaaa 😆









Outing Lagi 🤭

 Assalamualaikum korang 😊.

Minggu lepas kan, memang minggu bersuka² je rasanya 🤣.
Bermula dari family day, outing tengok wayang pastu hari rabu tu pi shopping pulak 🤭.
Takde la shopping ape pun. 
Saje ikut kakak² pi cari baju raya.
Camni la kan bila dah kawin, pastu tak kerja pulak.
Circle kite jadi kecil. 
Kebanyakan waktu memang dengan family je.
Ada la keluar dengan kawan² tapi, jarang.
Payah sikit bila kawan² berjimba waktu muda dulu still single, yang kite kalau keluar kene usung dua kenit tu 😅.
Tak semua faham situasi semasa 🤭.
So, rabu tu pagi² dah keluar sebab Kaklang, selaku ketua rombongan memang dah pesan siap², KELUAR PAGI². 
Baiklah kapten 🤣.
Destinasi pertama Muaz Wholesale Emporium, Plaza Alam Sentral.
Maaf, memang takde gambar walau sekeping pun kat situ 🤣.
Kaklang kate murah² baju kat Muaz tu.
Tu yang dia ajak pi situ, dia nak cari baju raya untuk dia, Ezreen dan Zahra.
MWE ni ade juga kat KL. Dekat² dengan Sogo tu.
Kat Kuala Selangor pun ada juga.
Memang betul murah² baju kat situ.
Tapi material dia pun kira ok la. 
Takdela tiptop sangat. Sesuai dengan harga. Gitewww.
Saya beli 2 pasang baju dan sehelai kemeja je.
Tapi baju pasang tu bukan la untuk raya.
Saja beli untuk pi kenduri bila² sok 🤭.
Kakyong, kakngah dan kaklang masing² memborong tau. 
Dah selesai kt Muaz tu, kami bergerak ke Aeon Shah Alam pulak.
Saja nak cuci² mata la kononnya.
Tapi mestilah tercuci dompet sekali. Hahaha
Lagi bila keluar dengan adik beradik ni, racun shopping dia memang lain macam. Hahaha


Anak bujang mami muka cemberut je sebab dia lapar 🤣. Pagi tu sebelum keluar dia taknak sarapan. Tu yang laparnya kemain. Masam je muka. 

Mula² nak makan kat TCRS tapi, penuh la pulaknya.
Kene menunggu.
Oleh kerana tak sanggup nak tengok kemasaman muka Ahnaff tu, tukar plan pi makan kat SR je. 🤣


Kakyong, Kakngah, Kaklang dan dede. Yg buat peace tu Ezzahra. Anak Kaklang. 
Kakcik dan Cikya tak ikut. 

Yang ni tido, dapat la mami dan abang makan dengan tenang 🤭.



Kek sampai dulu. Agaknya sebb lapar kan, habis carrot cake tu dimakan oleh Ahnaff. Padahal Kakyong yang pilih kek tu. Demi anak, mummylong mengalah 🤣.


Ni set grilled chicken with rice kalau tak silap. Order untuk Ahnaff. Tapi sos blackpepper tu pedas sikit. Maka sikit juga lah dia makan.

Mami order set spaghetti bolognese. Sudahnya Ahnaff yang makan spaghetti ni. Mami kongsi dengan dia. Alhamdulillah kenyang dia.


Dah kenyang tentulah senang hati kan. Lagi bertambah senang hati sebab dapat mainan 😒. Barulah muka ada senyum manissss. Hahaha


Penuh bonet kereta ye. 🤣
Dalam pada kata tak de nak beli pape tu, tau² masing² membeli sampai lupe diri. Hahahaa


Hasil tangkapan untuk dua kenit tu.

Style saya memang jenis beli baju raya sikit² untuk budak berdua ni.
Tak beli sekali harung sebab taknak pening.
Kalau beli sikit² ni, boleh la nak ikut bajet yang dah ditetapkan.
Nak membayar pun tak terasa sangat. Hihihi.


Balik rumah abah Ahnaff dah ada. Bawak balik durian 2 biji. 

Nipis biji dia. 

Dulu² kalau abah bawak balik durian, yang paling eksaited mestilah Ahnaff tu.
Sekarang ni, dek kerana selalu dapat, tak eksaited dah dia.
Makan pun 2,3 ulas je 🤣.
Siap komplen pulak, "kenapa la abah ni selalu bawak balik durian aje".
Bersyukur lah nak oiiii. Dapat durian free. Takyah kuar modal nak makan raja buah tu 😌. 












Thursday, December 29, 2022

Pengalaman Pertama Ahnaff Tengok Wayang.

 Assalamualaikum korang 😊.

Sejak iklan Mechamato keluar kat tv, Ahnaff memang dah berangan² nak pi tengok.
Padahal dia tak pernah pun masuk panggung wayang.
Kiranya ni baru pertama kali la dia nak masuk panggung wayang 😆.
Mami pun dah lama tak tengok wayang.
Last tengok wayang tahun 2016 kot 🤣.
Cerita Dilwale. Alaaa, citer Shah Rukh Khan dengan Kajol tu.
Punya la nak sangat tengok citer tu, sanggup pi lepas abah Ahnaff balik kerja.
Dah la time tu dia baru balik dari outstation Ganu.
Sampai² je, terus ajak pi tengok wayang 😆.
Dah la tu kan, ada pulak kejadian lucu wehh.
Masa kat kaunter tiket tu kan, kan ke kene pilih nak seat yang mana.
Petugas kaunter tu nak bagi couple seat tapi boleh pulak kite cakap "eh, takpe. Bagi seat biasa je". 
Masa tu dalam hati terdetik "dah kenapa nak duduk couple seat. Rapat sangat la nanti. Ishhh".
Yang abah Ahnaff pun diam je takde kate ape.
Bila dah masuk, dah duduk tu kan...
Barulah kite tersedar "ehhhh, aku kan dah kawin. Takpelah duduk rapat ponnn" 🤣🤣
Adoiiii..mengong betul lahhhh. Hahaha
Sampai sekarang abah Ahnaff kalau kite bukak je citer tu, bengkekkkk je dia kate 🤣.

Memula plan nak pegi sabtu, tunggu abah Ahnaff cuti.
Tapi, Selasa tu Kakyong bagitau dia nak bawak Kakngah, Kakak Amirah dan Kiki pi tengok wayang.
Kakyong dan Kakngah nak tengok Avatar.
Kakak Amirah dan Kiki nak tengok Mechamato.
Haaaa.. terus kami tiga beranak ikut sekali 🤣.
Ade Kakak Amirah dengan Kiki, senangla sikit nak kawal budak dua ni.


Pi Aeon Mall Bukit Raja je. Situ tenang je tempat dia sebab dah tak ramai orang 


Eksaited dia nak masuk panggung wayang.


Bodyguard yang setia menemani 😆. Dulu abang kiki kecik², mami yang bawak dia sana sini. Sekarang dia dah jadi bodyguard mami. Hahaha


Kakak Amirah pun ade 😊. Tahun ni last merasa outing dengan kakak Amirah. Next year dia dah ada peneman baruuuu 😆.


Ni budak tak tau diam. Turun naik tangga. Minum air berjejeh-jejeh. Makan popcorn non stop pastu bila dia dah jemu, dia pi terbalikkan bekas popcorn tu. Haihhhh. Kalah perangai abang.


Lepak² kat foyer bawah tu sementara tunggu mummylong dan mama habis tengok Avatar. Lama tau waktu tayangan Avatar. 3 jam.


Berjalan tak pandai lagi tapi selalu acah² macam dah beso pandai jalan 🥴.

Memang seronok betul Ahnaff dapat tengok wayang.
Tercapai dah hajat dia.
Cerita Mechamato pun best juga.
Bagi saya setanding dengan cerita animasi luar negara.
Tahniah untuk semua warga kerja yang menghasilkan filem animasi Mechamato ni.
Anak acik terhibur sungguh 🤣.

Belum lagi balik rumah, dia dah plan nak tengok Puss In Boots pulak. 
Kemainnnn lagi dia.
Lain kali pulak ye BangNapp 😆.




Wednesday, December 28, 2022

Family Day - Sg.Pelek, Sepang

 Assalamualaikum korang 😊.

Ni cerita throwback ni 🤣.
17 & 18/12/2022.
Setelah 2 tahun tak buat family day, akhirnya dapat juga pergi bercuti sama² lagi.
Terguna juga akhirnya duit family yang berkepok² tu 🤣.
Kitorang adik beradik memang ada satu akaun khas untuk kami menabung. 
Duit tabungan tu gunanya untuk bercuti, hal² kecemasan atau sebagai backup pinjaman sekiranya ada yang memerlukan.
Akaun khas ni diwujudkan selepas kami semua habis belajar dan mula bekerja. 
Kira ok juga la buat tabungan camni.
Kalau buat family day camni, semua perbelanjaan menggunakan duit family tu.
Penginapan dan makan minum ditanggung.
Duit minyak dan tol je kene keluarkan sendiri. 
Tahun ni buat family day dekat je.
Kat Sg. Pelek, Sepang tu je 🤭.



Tema hijau. Tak kisah hijau yang camne pun, janji hijau 🤭. Ni 6 beradik perempuan je yang ada. Adik lelaki yang bongsu tak join sebab dia sayang nak tinggalkan baby² dia yang 4 ekor tu. 


Kemain dia niiii.





Berkumpul lunch dekat Pantai Bagan Lalang. Sementara nak tunggu check in homestay pukul 3 petang. Buat style potluck. Masing² bawak hidangan seperti yang telah dipersetujui.

Kakyong - Nasi putih dan sambal sardin
Kakngah - Ikan sambal 
Kaklang - Sayur campur 
Mami Ahnaff - Masak lemak udang + nenas dan sambal belacan 
Kakchik - Ayam goreng dan air sedap (dia bawak kordial sarsi, bancuh tepi pantai. Siap beli ais sekali 🤣. Bagus ni tender air)
Cikya - Buah tembikai dan salad.

Bila dah kumpul² semua menu, jadi banyak berlebih².
No problem. Boleh buat ulang makan kat homestay.
Tapinye, tak ambil pun gambar semua menu² tu.
Sibuk nak mengepung si Sofea tu haaa.
Dah siap makan², ambil gambar semua, kemas² dan terus bertolak ke homestay.
Kali ni kami menginap di Anaqi Village Homestay.
Family day kalini kami nak santai² je.
Taknak terkejar² kesana sini pegi berjalan dan shopping 😅.


Ade 4 buah rumah. Berhadapan. Kami sewa keempat² rumah. 2 rumah untuk lelaki. 2 rumah lagi untuk perempuan. 


Ni bahagian tengah². Ade kolam renang idaman kanak² 😆.


2 buah rumah berkembar. Yang hujung tu dapur. Kalau sewa keempat² buah rumah ni, boleh guna dapur secara percuma je 😊.


Ni dapurnye. Bersih dan kemas. Lengkap semua peralatan memasak. Ada tv juga. Ni gambar pagi ahad tu. Siap² berkemas untuk sarapan.


Tengok budak² ni. Sampai² je dah terjun terus. Baju mandi pun tak keluar dari beg lagi. Mandi berspender je la masing² 🤣.


Yang ni pun galak main air. Dia siap baring rendam² kepala dalam air. Geleng kepala je abah dia 🤣.


Yang sorang ni usah cerita la ye. Penat berendam, nanti dia naik, makan minum. Main basikal. Pastu sambung lagi berendam. Ulang² camtu je la 😆.


Dua kenit ni tak mandi kolam dah pagi ahad tu. So, main jela berdua kat dapur.

Family day kalini memang santai habis tau.
Budak² memang enjoy dengan persekitaran homestay yang luas dan bersih.
Seronok diorang mandi², main basikal. 
Yang dewasa pulak seronok makan², sembang² tak habis² 🤣.
Tak faham ehhh, nak kate jarang jumpa, tiap minggu balik kampung jumpa.
Tapi, tiap kali berjumpa tu, tetap ade je topik yang dibawangkan 🤣. 
Macam tak habis² ceritanya. Hahaha.
Malam tu buat aktiviti bbq dan ade mesyuarat ringkas berkaitan majlis perkahwinan Kakak Amirah.
Gambar aktiviti malam tu pun tak ambil wehh 😅.
Sibuk menyembang dengan jaga anak². Hahaha

Pagi ahad tu kitorang peserta pertama yang checkout sebab abah Ahnaff kerja tengahari tu.
So, kenela balik dulu.
Diorang yang lain² tu, checkout pukul 1 petang kalau tak silap.




On the way balik, abah Ahnaff singgah beli buah naga dan jambu batu. Banyak gerai² tepi jalan jual buah naga ni. 










Thursday, December 15, 2022

Happy Birthday Ahnaff

 Assalamualaikum korang 😊.

14/12/2022 genap lah umur Ahnaff 5 tahun.
Alhamdulillah.
Setelah 2 tahun menanti, akhirnya Allah hadiahkan mami dan abah cahayamata yang ditunggu².
Meh la nak flashback semula kejadian 5 tahun lepas 🤣.

Patutnye due 12/12/2017.
Dah gembira la mami ni sebab tarikh cantik kann.
Yang abah dia pulak berharap biarlah baby keluar 9/12, sama dengan birthday dia.
Tapiiii, baby ni ketegaq 🤣.
Ikut birthday abah takmau, ikut due dia yang sebenar pun takmau.
Dia syok duk lelama dalam perut.
12/12 tu semua adik beradik dah kecoh² dah.
Duk tanya dah ade tanda ke belum.
Memang takde rasa ape pun lagi.
Petang tu mak sampai Puncak Alam.
Dia pun duk risau sebab tengok macam ok je kan.
So, 12/12 berlalu dengan tenang.
13/12, pagi tu suami pergi kerja macam biasa, cuma dia tak ambil trip yang jauh.
Ada dalam kawasan je. Supaya senang nak balik kalau ade pape.
Siang tu rasa ok je cuma macam tak sedap perut je.
Baby pun tak berapa aktif, kurang bergerak.
Petang tu, lepas marghrib terus gi Hospital Sungai Buloh. 
Bila check, bukaan dah 3cm.
Memang kene terus check-in jela.
Pertama kali rasa contraction kan, sebenarnye tak reti pun nak kira camne selang masa dia tu 🤣.
Yang taw, rasa sakit merengat macam senggugut je.
Kejap ade, kejap takde.
Esoknya, pagi² tu nurse suruh pi check bukaan, dah 6cm dah.
Terus diorang suruh siap² masuk LR.
Masuk LR, check dah 7cm, doc pun pecahkan ketuban.
Bila air ketuban tu pecah je, doc cakap " alamak, dah moderate".
Means air ketuban dah keruh. Baby dah berak dalam perut.
Dengar je doc cakap camtu, dalam hati dah risau dah, takut kene czer.
Doc bagi masa sejam untuk tunggu bukaan sampai 10cm.
Sementara nak tunggu 10cm tu, sempat lagi mami tido ye 🤣. 
Dalam pada sakit² tu, boleh lena nyenyak pulak tu.
Taw² nurse kejutkan bagitau tak boleh nak tunggu lagi dah sebab heart beat baby tak berapa cantik.
Kene buat emergency czer.
Laju wehh diorang buat kerja, taw² suami dah kat sebelah, dalam mamai² tu kene salam dan cium² tangan suami dulu 🤣.
Masa kat OT tu, dah cucuk epidural, boleh pulak terdetik kat hati, tak sakit pun. 
Orang kate sakit 😅.
Waktu operation tu memang boleh dengar ye ape yang doc² tu semua buat. 
Rasa macam lama betul kat dalam tu.
2,3 kali juga tanya kat nurse tu lambat lagi ke baby nak keluar.
Ade masalah pape ke yang lama sangat tu.
Gelak je nurse tu. Dia cakap biasalah kalau first time memang macam lama.
Tetiba rasa zupp, benda ditarik keluar dari perut.
Baby dah keluar, tapi tak dengar pun dia menangis.
Memang tak nangis pun.
Masa diorang bersihkan tu, bilas² dengan air, barulah dengar dia menangis. Fuhhh lega dengar suara dia.


Ni la budaknye.





Terima kasih Ahnaff. Terima kasih sebab jadi anak mami dan abah. Terima kasih sebab sepanjang 5 tahun ni tak pernah susahkan mami dan abah. 
Ahnaff yang kuat, jarang demam selsema masa kecik. Lepas dia kena covid tu baru dia jadi mudah tak sihat. 
Dengan Ahnaff, mami dan abah tak kenal erti makan rushing². Makan bertenang² je sebab Ahnaff pun duduk elok makan. 
Dengan Ahnaff, mami tak pernah bermata panda sebab Ahnaff tido dari petang membawa ke esok peginya.
Alhamdulillah. Sepanjang 5 tahun, Ahnaff anak yang menyenangkan.
Kadang² datang juga mood degil, tak dengar cakap dia tu. Tapi, tu semua biasa la kan. Budak², mesti ada perangai camtu. 
Pape pun, mami dan abah memang bersyukur sangat dapat Ahnaff yang mudah diurus. Terima kasih sayang. Semua doa yang baik² je untuk kesayangan mami ni taw. Moga Ahnaff membesar dengan baik, sihat sentiasa, dan dibawah rahmat Allah sentiasa.


Abah, mami dan Ahnasofea sentiasa ada untuk Ahnaff. Sayang Ahnaff 😘😘.










Sunday, December 11, 2022

Balik Rumah Perak

 Assalamualaikum korang 😊.


Hari Jumaat tu, lepas je ambil Ahnaff balik sekolah, kami terus bertolak ke Kuala Selangor.
Abah Ahnaff nak renew lesen memandu.
Selesai urusan di Kuala Selangor, terus bertolak menuju Perak.
Nak balik rumah Perak. 
Singgah Sungai Besar dulu, mencari tikar getah.
Seumur hidup saya, baru ni la tau tikar getah pun ade banyak jenis dan grednya ye 😌.
Ade yang nipis, ada yang sedang² dan ada yang tebal. 
Rupenye ada juga tikar getah yang ada span bawah dia. 
Kira macam lembut je kalau duduk.
Konon² nak pilih yang tu la tapiiiiiiii,
Tapi, orang kedai tu cakap jenis yang ade span tu tak tahan lama dan mudah koyak.
Ermmm..cancel la nampaknye.



Pilih yang jenis tebal camni. Tak mudah koyak dan lebih mudah nak pasang sebab berat dan tak licin.
Beli tikar getah ni sebab nak pasang kat loteng rumah tu. 
Ada 2 bahagian. 
1 kat belah dapur dan satu lagi kat dalam bilik depan. 
Oleh kerana dua bahagian tu (dapur dan bilik depan) siling dia tinggi melangit, so malas nak fikir banyak, kitorang buat loteng je. 
Mula² dalam perancangan, nak renovate rumah tu.
Nak extend ke depan ruang tamu sebab garaj tu besar. 
Kalau besarkan sikit ruang tamu pun masih ade ruang untuk parking kereta juga.
Tapi bila fikir² dah tentu penghuni rumah tu nanti 5 orang je. 
Ruang yang ada sekarang pun dah cukup.
Esok lusa anak dua ketul tu dah besar, tinggal mami dengan abah je. 
Jadi, cukup la ruang yang ada sekarang ni.


Ni kat belah bilik depan.

Di pic masa baru² siap dulu. Kerja dia turun naik jeee. Maafkan dapur yang bersepah² tu. 😅


Yang ni belah dapur.


Sebelum

Loteng belah dapur ni buat bilik Ahnaff. Dia pun suka kemain dengan yang konon² bilik dia ni 🤣
Siap cerita kat nenek, bilik loteng dia dah siap. Nenek datang la tengok tapi tak boleh naik bilik Ahnaff. Nak naik kene bayar rm1 😅. Ntah mana la dia dapat idea suruh nenek bayar kalau nak tengok bilik dia.

Selepas dah pasang tikar getah. Boleh la tu kan. Nanti nak letak karpet lagi. 
Loteng siap dah. Tinggal lagi nak buat wiring pasang lampu² dan segala mak nenek plug dan suis.


Kemas² bilik belakang, jumpa mainan abah masa kecik² dulu. Perghhh, still elok lagi ye walau dah berpuluh tahun berlalu. Dah tau la menurun dari mana perangai Ahnaff yang cermat jaga barang² mainan dia 🤭.


Lori bomba dah jip askar tu dah berusia lebih 30 tahun. Tahan lama ye mainan dulu². Opahchu pun rajin betul menyimpan mainan abah masa kecik² dulu. Dia cakap sayang nak buang sebab elok lagi. Tapi kalau tengok material mainan plastik dulu² pun tak sama dengan yang sekarang. Memang beza. 


Malam tu pi makan kat Medan Ikan Bakar Hutan Melintang. 


Ikan siakap sweet sour. Memula sampai rasa macam ehhh, tak macam sweet sour pun. Tapi bila dah rasa, licinnn kooo 🤣. Tu la kan, cepat sangat buat penilaian. 
Ada ikan cencaru bakar dan kailan ikan masin.

Tomyam campur dan sambal untuk ikan bakar.


Wajib ada mestilah sotong goreng tepung.

Tengahari sabtu tu tak masak sebab pagi dah buat nasi lemak.
Tengahari tu keluar pi makan ABC dan mee kari je.


Cucur udang 1 set


ABC old school. Rasa dia sama macam ABC masa saya kecik² dulu. 


Mee kari yang sedap sangat. Pekat kuah dia. Bahan pun tak kedekut. Memang sedap. Selain mee kari, ade juga bihun sup, laksa biasa, laksa sarang dan soto. 


Ahnaff makan ABC je. Memang itu yang dia aim sangat. Ni dia tengah sembang ape ntah dengan Opahchu dia. Terlalu banyak cerita, sampai tak ingat dah 🤣.
Perasan tak perempuan yang kat belakang Ahnaff tu.
Yang bertudung biru tu.
Tengah kami makan sambil dengar Ahnaff menceceh, tetiba akak tu menoleh dan senyum kat saya.
Dia memuji² Ahnaff sebab terlalu petah bercerita. 
Yang Ahnaff pulak, bila dipuji, tersipu² la dia kannnn 🤣.
Akak tu tanya dia, siapa nama. Adik nama apa. Sekolah kat mana. Macam² la lagi.
Ahnaff pun jawab satu² soalan akak tu.
Kalau dulu² kan, kalau orang yang dia tak kenal tanya macam², jangan harap la dia nak jawab, bersuara.
Tapi, sejak saya cakap tak elok kalau orang tanya, Ahnaff buat tak tau je taw. Kalau orang tanya, kene la jawab.
Sejak dari tu, slowly dia berubah. Ade la nampak peningkatan level konfiden dia tu.
Tak lama lepas tu, akak tu habis makan dan dah masuk ke kereta dia pun.
Tiba² dia keluar dari kereta, berjalan menuju ke Ahnaff sambil hulur duit.
"Buat belanja sekolah ye" sambil dia usap² kepala Ahnaff.
Akak tu melambai² Ahnaff sampai la kereta dia bergerak. 
Kemain tersengih² si bujang tu sambil dia cakap "duit ni kongsi dengan adik ye mami".
🤣🤣
Berkenan sungguh la akak tu kat seketul Ahnaff.
🤭

Dah habis makan tu, hantar opahchu balik rumah dan kitorang pun gerak balik Puncak Alam.
Hujan lebat sepanjang jalan tau.
Hati² la korang yang nak pegi bercuti sana sini tu ye. Musim² hujan ni.
Jaga diri semuaaaa 😘