Sunday, December 11, 2022

Balik Rumah Perak

 Assalamualaikum korang 😊.


Hari Jumaat tu, lepas je ambil Ahnaff balik sekolah, kami terus bertolak ke Kuala Selangor.
Abah Ahnaff nak renew lesen memandu.
Selesai urusan di Kuala Selangor, terus bertolak menuju Perak.
Nak balik rumah Perak. 
Singgah Sungai Besar dulu, mencari tikar getah.
Seumur hidup saya, baru ni la tau tikar getah pun ade banyak jenis dan grednya ye 😌.
Ade yang nipis, ada yang sedang² dan ada yang tebal. 
Rupenye ada juga tikar getah yang ada span bawah dia. 
Kira macam lembut je kalau duduk.
Konon² nak pilih yang tu la tapiiiiiiii,
Tapi, orang kedai tu cakap jenis yang ade span tu tak tahan lama dan mudah koyak.
Ermmm..cancel la nampaknye.



Pilih yang jenis tebal camni. Tak mudah koyak dan lebih mudah nak pasang sebab berat dan tak licin.
Beli tikar getah ni sebab nak pasang kat loteng rumah tu. 
Ada 2 bahagian. 
1 kat belah dapur dan satu lagi kat dalam bilik depan. 
Oleh kerana dua bahagian tu (dapur dan bilik depan) siling dia tinggi melangit, so malas nak fikir banyak, kitorang buat loteng je. 
Mula² dalam perancangan, nak renovate rumah tu.
Nak extend ke depan ruang tamu sebab garaj tu besar. 
Kalau besarkan sikit ruang tamu pun masih ade ruang untuk parking kereta juga.
Tapi bila fikir² dah tentu penghuni rumah tu nanti 5 orang je. 
Ruang yang ada sekarang pun dah cukup.
Esok lusa anak dua ketul tu dah besar, tinggal mami dengan abah je. 
Jadi, cukup la ruang yang ada sekarang ni.


Ni kat belah bilik depan.

Di pic masa baru² siap dulu. Kerja dia turun naik jeee. Maafkan dapur yang bersepah² tu. 😅


Yang ni belah dapur.


Sebelum

Loteng belah dapur ni buat bilik Ahnaff. Dia pun suka kemain dengan yang konon² bilik dia ni 🤣
Siap cerita kat nenek, bilik loteng dia dah siap. Nenek datang la tengok tapi tak boleh naik bilik Ahnaff. Nak naik kene bayar rm1 😅. Ntah mana la dia dapat idea suruh nenek bayar kalau nak tengok bilik dia.

Selepas dah pasang tikar getah. Boleh la tu kan. Nanti nak letak karpet lagi. 
Loteng siap dah. Tinggal lagi nak buat wiring pasang lampu² dan segala mak nenek plug dan suis.


Kemas² bilik belakang, jumpa mainan abah masa kecik² dulu. Perghhh, still elok lagi ye walau dah berpuluh tahun berlalu. Dah tau la menurun dari mana perangai Ahnaff yang cermat jaga barang² mainan dia 🤭.


Lori bomba dah jip askar tu dah berusia lebih 30 tahun. Tahan lama ye mainan dulu². Opahchu pun rajin betul menyimpan mainan abah masa kecik² dulu. Dia cakap sayang nak buang sebab elok lagi. Tapi kalau tengok material mainan plastik dulu² pun tak sama dengan yang sekarang. Memang beza. 


Malam tu pi makan kat Medan Ikan Bakar Hutan Melintang. 


Ikan siakap sweet sour. Memula sampai rasa macam ehhh, tak macam sweet sour pun. Tapi bila dah rasa, licinnn kooo 🤣. Tu la kan, cepat sangat buat penilaian. 
Ada ikan cencaru bakar dan kailan ikan masin.

Tomyam campur dan sambal untuk ikan bakar.


Wajib ada mestilah sotong goreng tepung.

Tengahari sabtu tu tak masak sebab pagi dah buat nasi lemak.
Tengahari tu keluar pi makan ABC dan mee kari je.


Cucur udang 1 set


ABC old school. Rasa dia sama macam ABC masa saya kecik² dulu. 


Mee kari yang sedap sangat. Pekat kuah dia. Bahan pun tak kedekut. Memang sedap. Selain mee kari, ade juga bihun sup, laksa biasa, laksa sarang dan soto. 


Ahnaff makan ABC je. Memang itu yang dia aim sangat. Ni dia tengah sembang ape ntah dengan Opahchu dia. Terlalu banyak cerita, sampai tak ingat dah 🤣.
Perasan tak perempuan yang kat belakang Ahnaff tu.
Yang bertudung biru tu.
Tengah kami makan sambil dengar Ahnaff menceceh, tetiba akak tu menoleh dan senyum kat saya.
Dia memuji² Ahnaff sebab terlalu petah bercerita. 
Yang Ahnaff pulak, bila dipuji, tersipu² la dia kannnn 🤣.
Akak tu tanya dia, siapa nama. Adik nama apa. Sekolah kat mana. Macam² la lagi.
Ahnaff pun jawab satu² soalan akak tu.
Kalau dulu² kan, kalau orang yang dia tak kenal tanya macam², jangan harap la dia nak jawab, bersuara.
Tapi, sejak saya cakap tak elok kalau orang tanya, Ahnaff buat tak tau je taw. Kalau orang tanya, kene la jawab.
Sejak dari tu, slowly dia berubah. Ade la nampak peningkatan level konfiden dia tu.
Tak lama lepas tu, akak tu habis makan dan dah masuk ke kereta dia pun.
Tiba² dia keluar dari kereta, berjalan menuju ke Ahnaff sambil hulur duit.
"Buat belanja sekolah ye" sambil dia usap² kepala Ahnaff.
Akak tu melambai² Ahnaff sampai la kereta dia bergerak. 
Kemain tersengih² si bujang tu sambil dia cakap "duit ni kongsi dengan adik ye mami".
🤣🤣
Berkenan sungguh la akak tu kat seketul Ahnaff.
🤭

Dah habis makan tu, hantar opahchu balik rumah dan kitorang pun gerak balik Puncak Alam.
Hujan lebat sepanjang jalan tau.
Hati² la korang yang nak pegi bercuti sana sini tu ye. Musim² hujan ni.
Jaga diri semuaaaa 😘








14 comments:

  1. Amboi, Ahnaf. Mesti aunty tu dah berkenan sangat nak buat menantu. Tapi, apakan daya, Ahnaf kecik lagi. Kemahen pulak tu, nak caj singgit nak naik loteng dia 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia duk tiru mail kat upin ipin tu. Semua nak caj 🤣

      Delete
  2. Seronoknya rumah ada loteng..
    Ahnaff pakai topi terus nampak lain la..
    Waaa..ada orang dah berkenan kat Ahnaff😍
    Seorang abang yang baik untuk Sofea👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahnaff nak jadi macam abg cella tu. Sayang dan prihatin dengan adik².

      Delete
  3. Ada jugak cecita nak buat loteng camtu kat rumah. Menarikk. Nanti boleh share contractor hehe. Sedapnya makan2 esp dengan family kan. Ni cuti sekolah boleh lagi panjang kaki hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh².. nanti kite mintak details dia dari suami.
      Sekolah cuti tapi abah Ahnaff tak cuti..tak dapat nak panjangkan kakiiii 🤣

      Delete
  4. tak ada diskaun ke abg ahnaff nenek sakit lutut tu hehe
    ramai yg sayang ni budak byk mulut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..silap² nenek pun takut nak naik atas tu 🤣

      Delete
  5. Bestnya rumah dia besar betul, siap ada loteng yang luas boleh buat bilik untuk ahnaf, suka acik tudung biru tu dengar mulut petah dia tu kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak besar la kak.
      Biasa je keluasannya tu. Cuma jarak antara lantai dengan siling tu tinggi sungguh. Tu yang boleh buat loteng tu

      Delete
  6. Bestnya dapat buat loteng mcm tu... sukalah ahnaf.. buat gelongsor utk dia trn dr loteng ke bwh lg lah meloncat dia suka tu... hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau buat gelongsor tu mesti keje dia turun naik tak berenti 🤣

      Delete