Wednesday, November 16, 2022

Sarapan Apa Pagi Ni?

 Assalamualaikum korang 😊.

Dah sarapan ke tuuu?
Pagi ni buat sarapan lempeng tepung sebab petang semalam ade buat kari ikan kembung.
Konon nak bagi budak dua ni makan roti canai cicah kari untuk dinner.
Sekalinye, masa tengah hiris² bawang nak buat kari kembung tu, jiran depan ketuk pintu anta popia begedil dan bihun sup.
Ahnaff pun sedap makan bihun sup tu sampai kenyang 🤣.
Ermmm, alang² dah hiris bahan² tu, masak je la.
Kot la petang² kang Ahnaff lapar, boleh buatkan dia roti canai (instant je la tapinyeee 🤣).
Dia cukup suka roti canai cicah kuah kari.
Tapinye, petang dah siap mandi tu dia duk main atas tilam dia, terus tertido 🤣.
Tu yang datang idea nak buat lempeng je untuk sarapan pagi ni.
Boleh cicah dengan kuah kari ikan kembung.




Kemain kecik² ikan kembung tu 🤣. Beli kat group ikan segar area Puncak Alam ni. Ahnaff cakap ni baby ikan ke mami. Kecik je 🤣.

Peneman mami.

Haritu sembang² dengan abah Ahnaff.
Pasal Ahnasofea ni la. Perangai lain betul dari abang.
🤣🤣
Tapi walau ape pun telatah dia, dia la penghibur.
Kalau takde dia, sunyi la mami kalau abang pegi sekolah.
Mungkin mami bergiat aktif buat roti n kek 🤣.
Tahun depan Ahnaff sekolah sampai petang.
Mesti lagi sunyi. 
Harap² tahun depan Ahnasofea dah pandai bercakap ye. 
Boleh kite bergaduh-gaduh manja 🤣.




14 comments:

  1. Sarapan ketupat palas rendang ayam...kopi 0

    Wah ..anak dara tu dah pandai menjeling...kalah la mami..🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu diaaaa..sarapan makngah kemain lagi.
      Akak, bukak order ketupat palas plisss. Hihihi

      Delete
  2. ala manis peneman mami tu
    mami dah ada pembantu Pia kecik boleh la aktif baking smula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduhhh..pembantu yang ni mau menangis sambil peluk kaki mami ni kalau mami aktif baking semula 🤣

      Delete
  3. samalah anak² sy... semua suka roti canai cicah kari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la. Dia lebih suka kuah kari berbanding dhal.

      Delete
  4. Replies
    1. Hahaha..lempeng ngan sambal sardin pon sedap kak 🤣

      Delete
  5. sedapnya lempeng..baru sekali buat sendiri seumur hidup.
    salam kenal awak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal ammi. Terima kasih sudi berkunjung ke sini

      Delete
  6. Lama juga saya tak melempeng. Terliur tengok di sini.
    Sayang Sofe makan apa tu?

    ReplyDelete