Monday, November 7, 2022

Misteri Sebiji Mangga

 Assalamualaikum korang 😊.

Sabtu haritu balik kampung kejap.
Abah Ahnaff nak pi tengok progress kerja kat rumah Perak.
Alhamdulillah dah hampir siap.
Tinggal lagi sikit je nak siap.
Abah Ahnaff je yang balik sana.
Mami, Ahnaff dan Sofea tinggal kat Sg.Besar.

Pagi² Ahad dah balik Puncak Alam semula. Abah Ahnaff kerja pagi tu.

Pagi tu siram² pokok yang tinggal sekerat je dalam rumah ni. Hobi masa PKP dulu 🤣. Kira pokok² yang ade sekarang ni semua saki baki pokok yang dulu². Takde pokok baru pun. 

Sambil siram sambil belek² pokok.
Fiddle fig ni dulu kecik pendek je.
Hampir nak mati dah tapi bila tukar tempat dia, letak kat balkoni dapur (situ kalau pagi cukup cahaya), dia jadi elok pulak. 
Subur je. 
Sekarang ni dah meninggi dah. Daun pun kerap keluar yang baru.
Haritu dia macam merajuk, sebab tukar tempat dia kat bahagian bawah. Tengok macam sedih je.
Tukar balik kat tempat asal.
Atas stool tepi tingkap.
Amboii, terus keluar 3 helai daun baru.
Kemainnn dia tu 🤣.

Sempat ambil 2 biji mangga muda kat rumah Atok 🤭. Size besar tapi masih terlalu muda sebab sabut pun tak jadi lagi. 

Ade kejadian misteri buah mangga ni. Seingat saya, memang saya petik 2 biji masa sebelum masuk kereta pagi Ahad tu.
Lepas tu saya pass pada abah Ahnaff, mintak tolong dia simpan kat bakul makanan Sofea.
Tengahari tu bila saya keluarkan barang² dari bakul tu, hanya ada sebiji je mangga.
Ehhh, mana lagi sebiji.
Puas la mencari kat sekitar dapur, siap turun tengok kat kereta kot² ade tercicir dalam kereta. 
Tapi takde. Ermmm, pelik!!
Last² tanya la abah Ahnaff, mana pegi mangga lagi sebiji.
Tak lama tu baru dia reply wasap suh check kat bungkusan fishball dalam petisejuk beku!!
Aduhaiii, tak terfikir mangga tu boleh sampai ke dalam petisejuk beku 🤣.
Tergelak² saya dan Ahnaff.
Aduhaiii abah, abahhh.

Parut kasar².

Jadi la kerabu mangga. Ni kerabu mangga malas namanya. Guna sambal belacan balance yang hari jumaat aritu. Racikkan bawang besar ½biji pastu tambah garam, tambah gula. Siap 😊.
Mangga ni dah cukup masam. In fact, sangat masam sebenarnye. So takyah la tambah cuka or perahan limau lagi.

Teringat kenangan waktu mengandung tahun lepas.
Teringin kerabu mangga.
Nak kerabu mangga yang paling sedap macam yang saya pernah makan di UUM dulu.
Alhamdulillah dapat jugak kerabu mangga yang sedap.

Ikan kaci kot ni. Dapat seekor besar. Paksu Ahnaff hobi memancing. Ikan yang dia dapat habis dia agih² kan kat kakak². Alhamdulillah. Jimat belanja. Hahaha
 Saya potong 2 dan goreng garing. Bahagian kepala saya siramkan dengan sos masam manis feveret Ahnaff. 
Sedap meratah kepala ikan berdua 🤣.

Bahagian ekor goreng biasa je. Ni untuk Sofea dan juga lauk backup untuk dinner 🤣. Bijak tak mami. Hahaha

Setengah biji buat kerabu mangga. Yang setengah lagi kite cicahkan dia dengan kicap cili. Perghhh, masam sampai terpejam² mata makan🤣.




9 comments:

  1. mujurlah jumpa mangga yang sebijik tu ye,. kalau idok habis kebekuan dia dalam peti ais tu

    ReplyDelete
  2. Fav sangat kalau muda giler macam tu..senang nak "siang"..lepas tu makan memang syokk....aduiii ngencesss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang nak siang sebab xde sabut dia lagi kan. Mangga jenis ni masa muda memang masam teramat. Bila masak, manis lettingg pulak. Hahhaha

      Delete
  3. Ya ampun! Kerabu mangga tu buat saya terliur....adeehhh!

    ReplyDelete
  4. Telan-telan ayaq lioq tengok kerabu tu.Misteri dah terungkap...apa la menu mangga misteri tu..buat jeruk pun sedap kan

    ReplyDelete
  5. kenapa semuanya favouriteee saya! kecur air liurr

    ReplyDelete
  6. nanti jaja plan nak pindah Ipoh ke? Semangat saya baca misteri sebijik mangga ni. Hahahha. Rupa-rupanya dalam freezer ye.

    ReplyDelete