Tuesday, September 13, 2022

Kuantan 2022 - 3 (Mini Zoo Teruntum - Dinosaur Encounter)

 Assalamualaikum korang 😊.

Hari ketiga dapat sarapan kuih muih dan roti, nasi putih, gulai udang dan ayam goreng.
Pun sedap juga. 
Mami suap budak dua tu, laju menganga 🤣.



Nampak macam biasa je kan. Tapi memang sedap.

Hari ketiga ni aktiviti santai² je sebab nak berjalan sekitar Kuantan je.

Yang ni peserta pertama yang kene siap dulu. Kalau tak, huru hara kalau dia nampak mami dah cantik² dulu. Ni dah siap² comel camni, bila nak keluar dia yakyak pulakk 🤣. Sabo jelah.

Yang ni bukan main lagi. Bergaya katenyee 🤣.
Bila tengok dia sekarang, tak terasa lamanya waktu 5 tahun tu. Taw² rasa macam ehhh, dah besar anak mami 😌.


Singgah tepi pantai dulu. Air surut time ni.

Inilah tujuan utama gi Kuantan. Nak pegi Mini Zoo Teruntum. Nak bawak Ahnaff tengok dinosaur 🤣. Kat luar dia eksaited lagi.

Pun masih eksaited. Tak sabar nak tengok dinosaur kate dia.

Bila dah masuk dalam, rupenye dinosaur tu semua boleh bergerak sikit² dan ade bunyi² juga.
Terus terbantut kegembiraan Ahnaff 🤣.
Dia takut pulaknye. Hahaha
Ambil gambar pun nak kene paksa. Tu pun jauh² duduknye. Hahaha
Kebanyakan budak yang datang pun takut² nak dekat dengan dinosaur tu.
Ahnaff pun mami n abah paksa suruh datang dekat dan sentuh dinosaur tu.
Bagitahu kat dia yang dinosaur tu bukan hidup pun, cuma bergerak sikit² dan ada bunyi je.
Macam robot tu.
Lepas tu baru dia ok sikit. Hihihi






Gambar ni Ahnaff yang ambilkan. Dia cakap, "mami bergaya la sikit". Kemain lagi dia taw 🤣.








Live show pun ade tapi kami tak tengok sangat pun. Ahnaff sibuk nak main taman. Ahnaff jarang main taman. Ni sebab budak² ramai pi tengok live show tu, jadinye taman kosong. 

Dia sorang² je main kat situ.

Yang kecik pun nak jugak ye. Terkekek² dia tengok abang main.

Mini Zoo Teruntum ni tak besar sangat pun. 
Rasanya kami tak explore habis kot sebab tengok ade kawan lain gi jugak, ade rumah hobbit, ade taman lain lagi yang kitorang pun tak jejak situ.
Sibuk melayan Ahnaff nak tengok haiwan² yang ade.
Padahal haiwan yang hidup sikit je. 
Tapi ok je, gembira tak terkata dah dia 🤣.
Harga tiket pun boleh tahan juga untuk mini zoo.

Dewasa: Rm29
Kanak-kanak: Rm26

Balik dari mini zoo tu kami terus balik homestay.
Nak rehat² jap sebab dah janji dengan Ahnaff nak bawak dia main pasir petang tu.


































2 comments:

  1. Time saya pergi Terumtum Okt 2020 adoiii sendu nak mampus haha. Bestnya homestay sediakan breakfast macam tuuu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. I think tarikan dia dinosaur tu je sebab kalau tengok binatang² yang alive tu pun mcm sendu lagi. Ade beberapa je 😅.
      Breakfast dia sedap² semua. Yang tu takde komplen. Hihihi

      Delete