Assalamualaikum korang 😊.
Alhamdulillah selesai dah majlis bertunang kakak Amirah (anak KakLong).
Rasa macam baru semalam ikut pi hospital, ambil dia. Tuptup ehhhh, bertunang dah. Nak kawin dah.
Sebak ade. Eksaited pun ade. Tiberrr Dede dia pulak yang over 🤣.
Majlis bertunang dibuat pada 07/08/2022, sama dengan tarikh lahir dia.
Kemain senyum meleret hati bahagia 🤭.
Tugas Dede tolong buatkan dulang hantaran dia.
Buat yang simple² aje.
Tu je la yang boleh pun. Tangan kite bukan kreatif sangat. Setakat tambah sana sikit, sini sikit, boleh la.
Dulang dari pihak perempuan 5, berbalas 3.
Brownies tower. Ni baru first time buat. Ramai pulak yang berkenan. Hihihihi
Coklat. Jauh beli ni. Nun dari Langkawi. 🤣. Abang dia kerja kat Langkawi, so abang dia la sponsor cokelat untuk adik perempuan nan seorang.
Makanan sunnah atas permintaan tunang kakak Amirah. Ade madu, kurma, kekacang, kismis dan buah tin.
Buah buahan.
Kek red velvet dari SR. Kakak Amirah mintak saya buatkan kek sebiji tapi terpaksa tolak. Risau tak dan nak buat sebab sabtu tu dah tentu sibuk dengan kenduri diorang pindah rumah baru. Dari minggu lepas dah berkampung kat rumah baru Kakyong. Tolong mengemas serba sikit. So, saya suruh dia order je kat SR. Hihihi
Boleh la ni kan 🤭.
Hantaran dari kedua belah pihak. Tak ambil pulak pic hantaran dari pihak lelaki. Ade yang camni je.
Simple je cincin dia. Comel. Jari halus elok la kan.
Bakal mak mertua😊. Bakal mak mertua kakak Amirah ni, bff dengan Kakyong. Kebetulan nama pun sama. Liza jugak. Muka pun iras sama. Elok la tuu. Hahahaa.
Majlis nikah berkemungkinan akan diadakan pada tahun hadapan.
Bulan Februari nanti. Ishhh..tak sabar nak tunggu.
Hahahah
Selamat bertunang Kakak Amirah...Semoga berjodohan dan bahagia hingga ke syurga..
ReplyDeleteYang tudung kuning tu ke Kak Yong.?
Betul la wajah seiras dengan yang sedang menyarung cincin tu...
Betul tu kak. Yang tudung kuning tu Kakyong. 😊
Deletehaah la muka bakal besan seirasss haha. jodoh berbesan la tuuu
ReplyDeleteSeiras kann. Hihihi
Delete