Tuesday, August 23, 2022

Semua Tak Sihat

 Assalamualaikum korang 😊.

Minggu lepas saya je yang tak sihat.
Minggu ni nampaknye semua sekali tak sihat.
Dimulakan dengan saya, diikuti Ahnaff dan Ahnasofea.
Hari jumaat lepas, tak tawla camne, masa nak ambil Ahnaff balik sekolah tu, tetiba rasa seram sejuk. Memang rasa sejuk tapak kaki.
Balik tu memang terus baring je.
Sian Ahnaff haritu, saya punya menahan sakit, sampaikan lupe nak belikan dia nasi untuk lunch.
Masa saya tido tu, dia cakap dia makan roti sapu jem.
Memang ade roti dan jem atas meja makan tu.
Sedihnye saya dengar dia bercerita. Walau gaya penceritaan dia tu penuh rasa bangga sebab dia pandai sapu jem kat roti. Tak kacau mami tak sihat.
Memang bersalah sangat rasanya.
Petang tu walau masih sakit kepala, saya paksa diri untuk bangun, panaskan bubur McD untuk dia makan. Memang habis licin dia makan.
Lapar agaknye 😭.
Sabtu pun masih tak sihat.
Ahnaff dah mula bersin² sekali sekala.
Ahnasofea masih ok lagi.
Ahad tu saya dah macam ok sikit. 
Kakyong ajak lunch kat rumah dia.
Abah Ahnaff ajak pegi dengan alasan, ambil angin luar, kot nanti ok.
Waktu ni Ahnaff dah bersin² kerap jugak.
Saya dah agak dah, dia ni kalau dah duk bersin² mesti nak selsema.
Tapi, dia cakap "Ahnaff ok je". Errrmm.. memang la ok je, demi nak mandi kolam kat rumah mummylong kannn.
Macam mami tak tau 🀣.



Takde orang lain. Dia sorang je yang ade.

Balik dari rumah Kakyong tu, lagi kerap dah dia bersin.
Malam tu terus naik suhu badan dia. Dah mula selsema dah.
Cepat² bagi makan ubat demam dan selsema.
Alhamdulillah tak bertambah teruk.
Tapinye, Ahnaff ni kalau dia tetiba demam or xsedap badan, dia tido, gigi dia akan berlaga². 
Kuat pulak tu. Ngilu dengar. Macam nak tercabut gigi² dia tu. Hahaha
Demam pun pagi tu dah takde. Cuma ada selsema sikit tapi, saya tetap tak bagi dia sekolah.
Biar duduk rehat kat rumah je.
Ahnaff dah agak ok, Sofea pulak start dedo² badan dia. 
Yang Ahnasofea ni tak taw la demam nak tumbuh gigi ke ape.
Tengok gusi macam bengkak kiri kanan belah atas tu. Ailio pun meleleh je. 
Dia takde selsema or batuk pun.
Update kat abah Ahnaff, dia cakap dia nak balik awal. Nak bawak budak² gi klinik.



Ni kate demam, tapi nampak kamera, auto senyum ye. Bertenaga lagi time nih.

Balik klinik mood dah tak cantik. Nak senyum pun tak larat.

Total bill klinik untuk 3 orang adalah rm230. 
Dapat ubat sebundle 🀣.
Ahnaff dapat mc 3 hari.
Ingat nak buat influenza test tu tapi kat klinik tu takde pulak.
Doktor just check kami bertiga n decide tak yah buat influenza test sebab anak² nampak ok. 
Lung masing² pun clear takde sebarang bunyi.
Just demam infection katenya.
Takpelah. Kite ikhtiar makan ubat dulu.
Harini tengok Ahnaff dah much better. Hingus pun takde sangat dah.
Ahnasofea masih panas badan dia harini. Merengek tak berenti. Mandom je tengok dia.
Kesian. Biasanya dia ligat tak duduk diam.
Mami pulak, rasa macam dah ok jugak tapi, rasa macam tak boleh nak duduk n berdiri lama². Kang tetiba rasa macam melayang nak pitam. πŸ˜…


Sedih noooooo 🀣











Wednesday, August 17, 2022

Bihun Goreng Biasher-biasher

 Assalamualaikum korang 😊.

Pagi tadi buat sarapan awal.
Ade budak request nak bawak bekal pegi sekolah.
Nak bawak bihun goreng katenye.
Sebenarnya dah lama tak masak bihun goreng.
Isnin lepas, Ahnaff balik sekolah dia bagitahu tadi makan bihun goreng. Sedap.
Tetiba mak dia pun rasa macam terliur pulaknye. Hahahaha
Petang tu buat jugak la bihun goreng tapi, guna perencah yang ada je. 
Guna fishball dan sayur je.


Ni bihun goreng petang isnin. Simple je. Suka pulak anak bujang tu. Bertambah² dia makan. Tu yang dia request nak bawak bekal bihun goreng hari rabu. Siap sebut ye hari rabu tu 🀣.

Bihun Goreng Biasher²

Bihun - rendam (saya biasa rendam waktu nak masak tu je. Sambil² buat itu ini, nanti dia dah lembut elok).

Bawang putih
Bawang merah
Bilis - sikit
* tumbuk lumat 3 bahan ni
Fishball (tak kisah guna ape pun. Ayam boleh, daging boleh, udang boleh, pape je la yang rasa sesuai kan).
Serbuk lada hitam Ajishio (saya guna serbuk lada hitam yang ni, sedang elok je tak perlu tambah garam dan perisa lain. Lada hitam pun tak terlalu kuat rasanya so, budak² boleh makan dengan gembira). 
Sawi putih

Cara²:
Tumis bahan yang telah ditumbuk tadi sehingga garing dan naik bau.
Masukkan fishball dan tumis sekejap.
Masukkan secawan air dan serbuk lada hitam. Biarkan ianya mendidih.
Masukkan bihun dan gaul² sebati.
Masukkan sawi putih dan gaul² hingga bihun masak.

*bahan² semua agak² je ye. Sebab biasanya saya guna bahan ikut kuantiti bihun. 

Bihun yang dah terendam. Rendam tak lama pun. Dalam 10-15minit camtu je. Guna air paip biasa je ye.

Sementara tunggu nak mendidih dan masukkan bihun.

Tadaaaa..dah siap. Pagi ni punya bihun takde sayur sebab stok sayur pun dah habis 🀣. 

Yang ni untuk mami dan abah. Tadi sempat sarapan dengan abah Ahnaff. Dengan Sofea sekali. Saje la suap dia makan bihun goreng ni. Ehhh, dia pun suka jugak 🀣. Tapi tak la suap banyak sangat. Sikit² je sebab ade lada hitam kan, risau pulak kalau perut dia tak tahan.


Cuba la buat bihun goreng versi biashe² ni korang. 
Sedap bagi citarasa keluarga kami. 
Rencah pun tak rumit. Guna bilis je. 
Ni pun salah satu menu emergency taw.
Kalau kata ade tetamu yang bagitau last minit nak mai rumah, memang bihun goreng ni je la yang selalu saya hidangkan 🀣.
Within 30 minutes dah siap. 
Tetamu sampai elok bihun berasap² lagi haaaa.
Hihihi






Tuesday, August 16, 2022

Mitsui, KLIA

 Assalamualaikum korang 😊.

Dah alang² lalu Sepang tu kan, alang² lalu MITSUI tu kan, kene la singgah kejap 🀣.
Konon nak mencarik sandal. 
Sandal yang ade semua dah terkopak. Rosak dah.
Nak taknak kene carik yang lain jugak lah.



Abah dia melayankan anak bujang tengok kapal terbang. Berenti kejap kat tepi tu je. Dapat la nampak 2,3 biji kapalterbang nak mendarat. Tu pun kemain happy Ahnaff. Dia siap offer nak ajar Ahnasofea berdoa. Berdoa nak naik kapalterbang sama² katenye 🀭. Berdoa la nak.. insyaAllah akan termakbul satu hari nanti.


Dah sampai Mitsui, satu pic pun tak ambil 🀣.
Tapi macam biasa la kan, kalau pi tempat² yang camni, barang anak² je yang lebihnye.
Tujuan nak carik kasut mami, tuptup yang dapat kasut si dara tu pulaknyeeee..
Sabooo je la.


Papehal kene duduk bertenang makan aiskrim duluuu πŸ˜†. Ahnaff dia tak boleh nampak BR ni. Wajib menyinggah makan. Budak² jaman now kann, taw aje dia makanan yang best². Hahaha

Takde sekeping pun pic kat Mitsui tu.. 
Aduhh..memang lupe betul nak ambil.
Cuci mata dengan hasil tangkapan je la ehh.


Mak² kalau berjalan mall, tak sah kalau tak beli baju anak² kan. Baju Ahnaff dapat la sepasang. Ahnasofea berpasang² 🀣. 

Beg sekolah Ahnaff ni rm25 je. Rasa macam berbaloi gak sebab agak besar. Harga before sale rm85 camtu. After sale rm25. Ok la buat gi sekolah hari². 🀭

Mami dapat la baju sepasang. Palazo + blouse. Hihihi. 

Kasut Ahnasofea. Amik size besar sikit, biar tahan lama sikit nak pakai tu 🀣. 

Ahnaff tak beli kasut kat Mitsui sebab dia dah beli 2 pasang kasut sebelum tu.
Tu yang Ahnasofea dapat shopping lebih kalini.
Sebelum ni beli kasut untuk Ahnaff, size Sofea takde. 
Ni masuk Clarks, ade pulak size dia. Harga pun ok, boleh la.
Yang sandal mami, tak dapat ponnnnn πŸ˜‘.
Saboooo je lah.














Jalan-jalan Senawang dan Port Dickson

 Assalamualaikum korang 😊.

Actually takde la jalan² sangat pun. Hahaha
Lebih macam drive thru Senawang n Port Dickson jahhhh.. hihihi
Abah Ahnaff cuti setiap hari ahad. 
So, ahad lepas kitorang pergi Senawang, Negeri Sembilan.
Jauh² gi Senawang tu buat ape uiiiii?
Takde buat pape. Saje jenjalan ambil kerepek dan rempeyek dari kawan abah Ahnaff 🀣.
Kemain jauh dia pun order kerepek.
Alasan dia "takpela. Sambil jalan². Lagipun dah lama tak jmpa kawan tu". Katenyeeee
So, moh le kita pegi.
Gerak pun dah nak dekat tengahari.
Pagi tu duk lipat baju dulu, ajar Ahnaff membaca dulu.
Pukul 12 lebih baru tayar kereta bergolek² bergerak πŸ˜†.
Itu pun menyinggah isi minyak la, Ahnaff nak terkencing la, tetiba dia haus nak minum lahh, haihhh.. macam² πŸ€ͺ


Mujurlah dia tido semula dalam kereta. Sebab sebelum tu dia dah tido kat rumah.


Dah sampai. Ni kat area Taman Tunku Jaafar, Senawang (kalau tak silap πŸ˜†).



Tengok la Ahnasofea tu, dia nampak abah dia keluar, dia pun sibuk menjerit² nak keluar. Selagi abah dia tak ambil, selagi tu dia jerit². Nak taknak terpaksa lah abah dia ambil bawak keluar juga 🀣. 
Jumpa kawan abah Ahnaff tu kat rumah staging je. Diorang ni dulu sesama bawak lori liquid under Linde. Tapi pastu abah Ahnaff quit masuk company lain tapi, jodoh ade lagi dengan Linde. Awal tahun aritu join Linde semula. 
Cumanya sekarang ni abah Ahnaff bawak oksigen pulak. Route pula dah berlainan. Kalau dulu route Pantai Timur je. Ulang alik Paka-Shah Alam. 

Kerepek ubi pedas

Rempeyek bilis. Guna bilis tamban. Memang guna bilis tu ehh? Tak ingat sebab macam jarang beli rempeyek yang gini.

Rempeyek n kerepek tu dari Johor. 
Kawan abah Ahnaff tu orang Johor. Kakak dia yang buat kerepek n rempeyek tu.
Dah rasa yang kerepek ubi pedas tu. Boleh tahan. Ok je. Cuma pernah rasa yang lagi sedap je. Hihihi.
Balik dari Senawang tu, singgah makan jap kat Port Dickson. 
Sebenarnya, saya tak pernah pun sampai Port Dickson ni taw πŸ˜…
Bila dah sampai, ooo.. camni rupenye Podiksen πŸ˜†.
Pilih kedai makan yang dekat2 dengan pantai tu. 
Pilih pun random je. 
Singgah kat kedai Jimat Seafood ke Jimat tomyam, lebih kurang gitu la nama kedainye.
Memang betul jimat kedai tu.
Seiring dengan nama kedai. Hahahahaa

Air tembikai yang tak rasa tembikai. Air limau ais yang tak rasa limau sangat. Memang elok dah kurang manis, tapi kalau tak rasa ape pun, tak sedap jugak kannnn.

Daging masak merah. Ok je la rasa dia.

Ikan siakap masak masam manis. Pertama kali tengok ikan masam manis guna pewarna camgini. Memang sahih guna pewarna sebab warna kuah dia tu merah betul ye. πŸ˜…


Ade tomyam campur yang dah lepas beberapa kali suap makan baru perasan ade lalat mati dalam tu πŸ˜‘. 
Sawi ikan masin tu so-so je rasa dia.
Ni semua amik set untuk 2 orang makan. Memang dah siap² dalam set tu ade semua menu tu.
Kesimpulannya, memang jimat kedai tu, jimat dari segi rasa makanan. Sebab makanan semua tak rasa wow sangat. Biasa² je. πŸ˜….
Ahnaff memang tak makan pun. Dia cakap, Ahnaff tak rasa nak makan pun. Hahaha
Saya, makan jugak la. Habis jugak sepinggan nasi sebab lapar sangat kan. 
Yang lebihnye semua abah Ahnaff yang perabiskan.
Abah Ahnaff ni peel dia, kalau sedap makan, tak sedap pun makan je. Janji kenyang.
Kalau saya, kadang tu tak sedap, memang tak boleh nak habiskan. Tinggal je camtu.
Abah Ahnaff tak ye. Kalau dia rasa dia boleh makan, dia akan tolong habiskan. Melainkan makanan tu betul² tak sedap, masin terlebih, tu dia pun surrender πŸ˜†.
Lepas makan, terus keluar dari Podiksen. Ikut jalan dalam je. Keluar Sepang.
Tak ikut highway sebab masa dari Senawang nak ke Port Dickson tu, jem ya amat jalan menghala ke KL. Tak sanggup nak ikut situ.
Dah alang² sampai Sepang tu, terpaksa menyinggah Mitsui la kannn..hahahaha
Yang tu jap lagi kite cerita ehhh πŸ˜†.












Wednesday, August 10, 2022

Tak Sihat

 Assalamualaikum korang 😊.

Sebenarnye balik dari majlis bertunang KakakAmirah tu dah rasa tak sihatnye.
Badan rasa seram sejuk. Malam tu tido memang berselimut sebab rasa badan macam panas, tp luaran rasa sejuk gigil².
Kepala pun rasa pening je.
Tapi sebab kite ni mak² kan, rutin harian tetap sama je. Takde beza.
Tetap juga kene ambil anak sekolah, masak, kemas². 
Ade pulak si Sofea ni, mana dia nak faham mami sakit ke sihat, ye tak?
2 hari jugak la menahan sakit kepala tu.
Alhamdulillah hari ni dah berkurangan tapi ade masalah lain pulak πŸ˜….
Pening tu ade sikit² lagi, tapi palette rasa tu macam tak berapa sharp.
Mulut jadi pahit, payau. Rasa dia serupa macam masa mabuk Ahnasofea dulu 🀣.
Bila makan nasi, rasa macam loya. 
Jadi macam bloated. Rasa macam nak muntah, tapi tak muntah. Haaa gituuu.
Tapi dengan konfiden memang rasa ni sebab demam ni. Bukan sebab mengandung. Memang confirm tak mengandung. πŸ˜†


Ahnaff balik sekolah mintak nasi lemak. Beria saya keluarkan sotong. Konon syok la makan nasi lemak dengan sambal sotong. Rupanya cuma syok dalam imaginasi je. Realitinya makan pun tak habis. Rasa macam takleh gi. 
Ahnaff pula, kalau nasi lemak, dia cuma ambil nasi, bilis goreng, kacang goreng dan telur goreng. Kadang tu dia mintak jugak sambal sikit. Saya renjis² je sikit bagi nampak ade sambal 🀣.



Sudahnye petang tadi makan salad je. Tu pun tak habis jugak. Sayang betul.

Salad dressing yang paling saya suka roasted sesame. Antara dua jenama ni, saya lebih suka Kewpie. Hellmanns tu macam tak berapa masuk dengan saya πŸ˜…. 
 
Ermm, perut lapar tapi tak taw nak makan ape.  
Moga cepat ok la keadaan saya ni. 
Penat taw menahan lapar. Kang terkurus tanpa sengaja kanggg 🀣🀣.




Si Gigi 3 Batang

 Assalamualaikum aunties n uncles 😊.



Dah pandai ambil gambar. Auto senyum yee 🀣.
Ni gambar pagi tadi. Balik dari hantar Ahnaff sekolah. Nampak tak gigi 3 batang tu. Serammmm. Hahahaha



Yang ni malam tadi. Ahnasofea memang suka membuli abang. Yang abang pulak redha je. Haritu, dia pi hantuk kepala dia dekat kepala abang. Yang menangis berjujuran air mata adalah abang ye. Manakala Ahnasofea cuma gelak² je tengok abang dia menangis. Haiiihhh.. anak dara, anak dara.

Jauh taw beza perangai Ahnaff dengan Ahnasofea. 
Ahnaff jenis soft. Kalau buat pape jenis berhati². Hati pun selembut tisu. Mudah mengalirkan airmata. Prihatin dengan orang sekeliling. Kalau dia tengah makan, mesti dia akan pelawa sesiapa yang ade tu, makan sekali.
Ahnasofea pulak setakat ni nampak lagi kuat dari abang. Setakat jatuh tergolek tu dia tak menangis pun 🀣. Jenis tak reti diam. Dia menangis kalau mami bangun, jauh dari dia je. Hahahaha

Tapi, walaupun dedua beza perangai, dedua mami sayang.



Monday, August 8, 2022

Selamat Bertunang Kakak Amirah II

 Assalamualaikum korang 😊.

Semalam, masa kenduri bertunang tu, tak ambil gambar makanan pun.
Cuma ambil gambar kek je πŸ˜†.
Mulanya memang tak bercadang nak buat kek pun sebab hari sabtu tu macam ramai yang datang bawa buah tangan kek dan buah.
Tapi, rupenye tetamu datang sampai belah malam.
So, yang datang belah malam, diorang hidangkan kek yang orang bawak tu.
Jadinya kek untuk hari ahad memang takde.
Tu yang pagi² ahad tu, lepas je subuh, terus saya menggodek kek.
Dapat 2 jenis kek. Jadi lah kan. Buat manis² mulut kata orang.


Butter cake. 

Yang ni pun sama juga. Buttercake tapi tambah topping cheese dan nutella. Sedap jugak tau. Rasa masin² cheese tu bergabung dengan nutella. Memang sedap.

Memang tak ambil langsung gambar makanan semalam.
Menu semalam ialah:
Nasi putih
Ayam goreng
Pajeri nenas
Daging masak kicap
Sambal tahun perut lembu
Ulam² dan sambal belacan
Kuih pula ada karipap, kuih bom dan kek butter.

Ni hari sabtu. Sepupu² yang lain tak sampai lagi. Suka la dia abglong layan dia sorang je.

Haaa.. ahad baru penuh kolam 🀣. Sebab taknak diorang kacau sesi perbincangan, jadinye terus je suruh diorang masuk kolam. Suka la masing².

Ahnasofea dengan abang Azad. Ni peminat no.1 Sofea. Tak boleh nampak Sofea, ade je yang dia nak cuit. 

Diorang cakap, biar si pembuat kek je yang potong kek sebab nanti gerenti elok dan tak comot. Hahaha
Ni potong kek hantaran dari pihak lelaki. Potong untuk bahagi-bahagikan kat semua yang ade. Carrot cake. Sedap. Tak terlalu manis krimnye tu. 

Ok, habis dah cerita n gambar pasal kakak Amirah bertunang. Hihihi






Selamat Bertunang Kakak Amirah

 Assalamualaikum korang 😊.

Alhamdulillah selesai dah majlis bertunang kakak Amirah (anak KakLong).
Rasa macam baru semalam ikut pi hospital, ambil dia. Tuptup ehhhh, bertunang dah. Nak kawin dah.
Sebak ade. Eksaited pun ade. Tiberrr Dede dia pulak yang over 🀣.
Majlis bertunang dibuat pada 07/08/2022, sama dengan tarikh lahir dia. 
Kemain senyum meleret hati bahagia 🀭.
Tugas Dede tolong buatkan dulang hantaran dia. 
Buat yang simple² aje.
Tu je la yang boleh pun. Tangan kite bukan kreatif sangat. Setakat tambah sana sikit, sini sikit, boleh la. 
Dulang dari pihak perempuan 5, berbalas 3.

Brownies tower. Ni baru first time buat. Ramai pulak yang berkenan. Hihihihi


Coklat. Jauh beli ni. Nun dari Langkawi. 🀣. Abang dia kerja kat Langkawi, so abang dia la sponsor cokelat untuk adik perempuan nan seorang.

Makanan sunnah atas permintaan tunang kakak Amirah. Ade madu, kurma, kekacang, kismis dan buah tin.

Buah buahan.

Kek red velvet dari SR. Kakak Amirah mintak saya buatkan kek sebiji tapi terpaksa tolak. Risau tak dan nak buat sebab sabtu tu dah tentu sibuk dengan kenduri diorang pindah rumah baru. Dari minggu lepas dah berkampung kat rumah baru Kakyong. Tolong mengemas serba sikit. So, saya suruh dia order je kat SR. Hihihi

Boleh la ni kan 🀭.

Hantaran dari kedua belah pihak. Tak ambil pulak pic hantaran dari pihak lelaki. Ade yang camni je. 

Simple je cincin dia. Comel. Jari halus elok la kan.

Bakal mak mertua😊. Bakal mak mertua kakak Amirah ni, bff dengan Kakyong. Kebetulan nama pun sama. Liza jugak. Muka pun iras sama. Elok la tuu. Hahahaa.


Alhamdulillah. Moga dipanjangkan jodoh Kakak Amirah dan Hanbal hingga ke jinjang pelamin.
Majlis nikah berkemungkinan akan diadakan pada tahun hadapan. 
Bulan Februari nanti. Ishhh..tak sabar nak tunggu.
Hahahah