Wednesday, July 13, 2022

Ole-ole dari Kodiang, Kedah

 Assalamualaikum korang 😊.

Petang semalam masa tengah tidokan Sofea, tetiba jiran depan whatsapp, tanya ade kat rumah ke tak.
Dia nak bagi ole-ole dari kampung katenye.

Ade pisang, buah setey dan mangga muda. Pisang tu petang² kang boleh goreng. Mangga muda tu sesuai buat kerabu mangga..sedapnye..
Yang buah setey tu baru ni la saya tengok. Sebelum ni pernah baca tapi tak la amik kisah sangat sebab rasa macam tak teringin pun nak merasa. Sekalinye, bila dapat, boleh pulak ku fikirkan itu buah dokong. Hahahaa. Bila kupas, ehhh kenapa lain beno isinya. 🤣



Rambutan kuning pun ade.


Dapat acar buah jugak. Feveret sangat tau acar buah ni. Dulu² memang tak suka, tapi sejak mengandungkan Ahnaff, jadi suka pulaknye. Bukak je tupperware acar tu, tak tunggu² terus ceduk nasi, makan nasik. Sedap sungguh. Hihihi. Makan dengan bilis goreng rangup pun jalannn.


Malam tu pegi Lotus jap. Carik barang dapur sikit. Ermmm, sikit pun, tak penuh troli dah sampai rm150++. Nak tak nak kene terima la jugak perubahan yang jadi ni kan. 

Tengari ni masak sup ikan merah je. Ni pun masak sambil Ahnasofea menangis tak berenti. Dia tak berapa sihat. Meragam je hari ni 😔.







11 comments:

  1. Alhamdulillah...
    rezeki jadi jiran yang baik dan dapat jiran yang baik..
    Telan ayaq lioq pulak nampak buah stey tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dapat jiran yang baik. Buah stey tu saya tak pernah makan kak 🤣.

      Delete
    2. So,sekarang dah makan blm?..hihihi
      Buah dia sebenarnya makan kulit dalam dia yang tebal tu selepas kupas kulit kuning tu.kena cincang dulu baru feel nak colek kicap+ garam,gula & cili padi..Isi dia yang macam manggis tu sekadar boleh lulur dalam mulut dan luahkan semula sebab hanya berselaput sahaja.u

      Delete
  2. Alhamdulillah dapat jiran yang baik

    ReplyDelete
  3. Jauh datang ole2nya. Semoga Ahnasofea cepat sembuh agar emaknya tak susah hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih SK. Memang susah hati lah. Kejap ok, kejap x ok.

      Delete