Friday, June 10, 2022

Cuti 3 hari

 Assalamualaikum korang 😊

Aduhhhh.. nak dekat seminggu dah cerita cuti 3 hari ni. Taip padam taip padam.. tu je laaa hahaha

Sabtu pagi, pagi² dah balik kampung Sg.Besar
Balik bertiga je dengan budak²
Abah Ahnaff kerja sabtu tu.
Oleh kerana nak hantar kek n nak ziarah kawan baik nak pi haji, maka balik lah kami bertiga je
Abah Ahnaff balik pagi ahad naik motor 🤭


Sampai je Sg.Besar terus pi hantar nuttychoc brownies+salted caramel dengan kek rampai sari ni kat kastemer


Lepas tu ziarah pulak BFF sorang ni.. yang berbaju pink tu. Dapat panggilan menunaikan haji untuk tahun ni. Alhamdulillah rezeki Yana n Fahmi. Dapat pegi waktu muda² ni.

Petang pi jalan² carik sotong goreng tepung 😆

Petang ahad tu gerak balik perak
Budak berdua tu tak berapa ok, selsema dua²
Malam pun tido tak berapa lena.
Sofea merengek², badan pun dedor²
Tapi, esok paginye bangun elok je..
Badan pun dah tak dedor.
Ajak opahchu Ahnaff gi AEON Manjung, laju je dia setuju 🤣
Balik dari AEON, abah Ahnaff ajak singgah Lumut pulak.
Saje² jalan tengok laut 
Singgah pun kejap je, lepas dah bergambo², makan donut tepi laut, baliklah.
Ingatkan traffic ok je..jem jugak rupenye.
Merasa jugak la jem melekat x bergerak 
ETA pukul 7, tapi sudahnye sampai rumah pukul 8.30 😅
Pagi selasa balik Sg.Besar, abah Ahnaff keje tengari tu
So, dia balik dulu la 
Kitorang stay kat kampung sampai rabu.
Pagi rabu balik P.Alam sebab khamis tu Ahnaff ade kelas taekwando.












2 comments:

  1. Wah,nampak sedapnya kek kek tu..Kek rampai tu kalau dekat nak saya order...kek nostalgia tu..

    Semoga Sofea cepat sembuh..Ahnaff pun semoga membesar sebagai anak soleh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak. Kek rampai sari tu kek nostalgia. Kek dolu².
      InsyaAllah..aminn. terima kasih atas doanya kak 😊

      Delete