Assalamualaikum ๐
Harini saya nak share resepi roti manis ni
Jumpa resepi ni dari IG umikitchen88
Rambang mata tengok resepi roti kat situ
๐คญ
Resepi ni jugak la yang saya duk buat untuk jualan n kudapan Ahnaff
Guna resepi ni tapi boleh oleh jadi pelbagai roti
Untung kan ๐
Ikut kreativiti kita sendiri
Resepi roti manis
250gm tepung high protein
40gm gula kastor
120ml susu full cream sejuk
1 biji telur gred A
1sudu kecil yis
42gm marjerin
- Masukkan susu, telur, tepung, gula kastor dan yis ke dalam bread maker. Bagi dia bergaul mesra jadi doh kasar, baru masukkan marjerin.
- Uli selama 45minit atau hingga menjadi doh yang licin dan elastik.
- Timbang setiap doh 30gm dan biarkan selama 10 minit
- Selepas 10minit, bulatkan (rounding) cantik² n susun dalam loyang yang sesuai.
- Biarkan sehingga doh naik sekali ganda
- Bakar guna suhu 160°c selama lebih kurang 15-20minit, bergantung pada oven masing².
- Siap dan boleh ngapp aje ๐
Sedikit tips:
- Untuk breadmaker, kene masukkan cecair dahulu, baru masukkan bahan kering. Agar mudah diuli.
- Untuk menguli menggunakan tangan, guna method macam basuh baju guna tangan tu. Kene guna tapak tangan untuk menguli. Tarik dan tolak berulang kali sampai jadi doh yang licin dan elastik (lama jugak kalau nak uli guna tangan ni. Mau sado jadinye ๐
).
Lepas dah rounding. Nampak macam tak berapa licin kan.
Bila dah naik sekali ganda nanti autometik dia akan gebu floles gituu ๐. Time ni boleh la letak cheese ke..gula ke.. ikut suka kita
Hasilnya ๐
Memula belajar meroti dulu,
Guna mixer tu je
Tapi bila dah 3,4 kali tu, macam sayang la pulaknyee
Sebab doh roti ni kan berat
Risau pulak nanti merajuk mixer saya tu
Fikir punya fikir,
Beli jugak la seketul breadmaker brand Trio
Baru guna dalam sebulan lebih
So far nampak ok je
Hihihi
Moga dapat la dia berkhidmat lama
๐
Sukanya tengok fluffy bun Jaja buat.. Bila la saya nak rajin
ReplyDelete