Thursday, July 25, 2024

27062024 - Tarikh Yang Akan Sentiasa Diingati

 Assalamualaikum semua..

Harini dah hari ke 29 Bangdam takde.
Tiap kali hari Khamis je, mesti akan auto terimbas balik keadaan pada hari kejadian tu.
Rasa macam ntah la..tak tau nak cakap camne.
Selama ni selalu terfikir camne kalau satu hari nanti atok takde. Nenek takde.
Mesti auto menangis.
Tapi rupanya, Allah beri kami rasa kesedihan ni, kehilangan ni bukan dari kalangan yang berusia. 
Betul la kan. Kematian tu tak kenal usia. 
Pemergian yang tak disangka². 😭

Pagi Khamis tu macam biasa, pagi² abah Ahnaffea siapkan Ahnaff pegi sekolah.
Mami pula siap² buat inti karipap sebab agent karipap dah tanya² dah. 
Dari lepas raya haji, tak start pun lagi.
Hari Khamis tu baru nak start buat.
Uli tepung 2 kilo.
Takde apa yang luar biasa.
Cumanya mata kiri mami ni memang dah berkedip² je dari minggu lepas. 
Kadang marah jugak sebab lelama rasa macam lenguh 😌.
Tapi takde fikir pape pun.
Buat karipap separuh jalan je, dapat la dalam 50 biji camtu.
Berenti sat sebab nak mula masak untuk lunch.
Abah Ahnaffea kebetulan standby je haritu.
Dalam pukul 3 camtu mula la masak.
Plan nak masak ikan siakap sweet sour, masak lemak nenas dengan ikan masin n sayur goreng je.
Nasi dah siap masak.
Ikan pun dah siap goreng.
Start masak kuah sweet sour n masak lemak nenas.
Abah Ahnaffea dah keluar ambil Ahnaff balik sekolah.
Mami siap pesan beli air kelapa.
Sementara nak tunggu kuah sweet sour mendidih, nenas yang ditumis layu, mami check telefon.
Ehhh, ada missed call dari Paksu.
Ermmm, mesti nak suruh beli pape kat shopee or mintak tolong topup.
Takpe lah. Kalau urgent, mesti dia akan wasap.
Check pula Whatsapp.
Tengok chat kat group family.
Tetiba terbaca KakNgah tulis

"Tolong bagitahu abah, Adam meninggal"
Ya Allah.... It breaks my heart into pieces 😭😭

Ayat wasap KakNgah tu memang terbayang sampai ke hari ni. 😭
Mami tak boleh nak lupa.
Habis je baca tu KakLong call, cakap dah call banyak kali tapi tak dapat² 😭😭.
Kami berdua memang menangis tak tertahan lagi.
Kaklong suruh matikan api dapur, suruh mami duduk tenangkan diri. 
Tapi tak boleh bertenang. Tak boleh fikir apa dah.
Tunggu abah Ahnaffea balik pun rasa macam lamaaaa sangat.
Call tak angkat.
Bila diaorang masuk rumah je, terus Ahnaff tanya kenapa mami menangis?
Abah Ahnaffea pun tanya kenapa yang mami nangis teruk sangat.
Bila cakap Adam eksiden, dia tanya pulak teruk ke?
Mami terus peluk Abah Ahnaffea, cakap Adam dah takde. Dah meninggal.
Abah Ahnaffea terus terdiam. Ahnaff pulak terus meraung menangis kat situ sambil peluk kaki mami 😭😭😭.
Abah Ahnaffea terus suruh kami siap², kemas² apa yang patut.
Lepas kemas² semua, nasi seperiuk dan ikan goreng tu, mami bagi kat jiran depan rumah.
Memang tak fikir ape dah.
Doh karipap yang 2 kilo tu pun lupe nak simpan.
Rasanya petang tu, perjalanan paling panjang balik ke Sg.Besar.
Rasa macam lambat sangat nak sampai.
Kami sampai dalam pukul 6.30 petang.
Kami yang pertama sampai.
Sampai rumah, dah ramai juga sedara mara yang ada. 
Atok sambut mami kat depan dengan mata yang merah. Kuat dia peluk mami.
Menangis kami berdua.
Masuk dalam, nenek duduk dikelilingi saudara mara.
Nenek cakap, baru tengahari tadi Adam teman dia masak, teman dia lipat baju.
Sembang².
Petang Adam dah takde.
😭😭
Selesai jumpa atok nenek, kami terus ke hospital.
Kat hospital pun ramai kawan² Kakngah dan kawan² kampung Paksu yang menunggu di sana.
Kawan² Paksu, kawan² Adam juga. 
Adam membesar depan diorang.
Paksu cerita, Adam meninggal kat tempat kejadian. Dalam pukul 4 camtu.
Ada saksi kejadian yang tolong cari Adam kat parit tempat dia jatuh tu.
Time orang tu angkat dia, dia dah nyawa² ikan. 
Tak dapat mami bayangkan camne sakitnya Adam waktu tu 😭.
Tak lama tu polis sampai, bawak Adam ke hospital untuk post mortem.
Alhamdulillah, cepat dan mudah sangat urusan terakhir Adam.
Post mortem selesai sebelum marghrib.
Lepas marghrib, terus mandikan dia, dalam pukul 8.15 camtu dah selesai.
Bawak balik untuk jumpa atok nenek buat kali terakhir.
Masa tu muka Adam berseri² sangat 😭.
Macam tengah tido.
Satu luka atau calar pun takde kat muka Adam.
Elok bersih.
Alhamdulillah.
Dipermudahkan perjalanan Adam ke negeri abadi.
Ramai orang sayang Adam.
Orang datang ke rumah tak putus².
3,4 hari masih ada je yang datang menziarah KakNgah.

Adam...
Bukan Dede tak redha.
Tapi Dede belum boleh lupa.
Dede tak kuat macam mama.
Takde 1 hari pun yang Dede lupa Adam.
Moga nanti kita berjumpa di sana.

Al-fatihah Adam Lutfi bin Rahimi.

Dede rindu Dam...
Rindu yang tak tertanggung 😭.





Friday, July 5, 2024

Genap 7 Hari

 Assalamualaikum semua 


Harini genap 7 hari Abang Adam pergi.
Kakngah masih setia pergi ziarah rumah baru Abang Adam tiap pagi.
Mujur ada Paksu yang setia teman Kakngah setiap pagi.
Ada hari, Atok Nenek ikut.
Ada hari, Ahnaff ikut.
Mami belum berkesempatan lagi ziarah rumah baru Abang Adam.
Nanti bila keadaan dah mengizinkan, Dede datang tengok rumah baru Adam ye.
Kakngah masih bercuti. Seminggu dia ambil cuti atas budi bicara pihak sekolah.
Mami, Ahnaff dan Sofea pun ada kat kampung.
Ahnaff ambil cuti seminggu untuk teman Atok, Nenek, Mama dan Paksu.
CikYa dan Atiyyah pun ada.
Moga dengan kehadiran cucu² ni, sedikit sebanyak boleh mengubat hati semua 🥺.
Keadaan takkan sama seperti sebelum ni.
Selamanya takkan sama lagi dah.
Susah nak terangkan camne, tapi...
Sejujurnya, mami masih belum dapat terima yang Adam dah takde.
Masuk bilik dia, masih kuat bau dia.
Bila pagi, macam terbayang² dia balik kerja shift malam.
Bagi salam kuat². 
Kalau dia happy, dia balik menyanyi².
Kalau dia penat, monyok je muka.
Nenek terdengar² bunyi orang mandi kat bilik air malam².
Bila balik shift petang, dalam pukul 10 dah sampai rumah.
Mandi, makan kat dapur...
😭😭
Sesungguhnya susah untuk kami lupakan.
Pemergian yang sangat mengejutkan. 
Rasa macam terngiang² dia panggil Dede...dede.. bercerita macam².
Selalu puji Dede masak sedap.

Adammmmmm.. dede rindulahhh 😭😭


Kali terakhir kita jumpa Dam. Isnin. Khamis tu Adam dah takde. 
Terima kasih Adam. Datang jumpa Dede, Sofea dan AchikWan. 
Nenek kata Adam nak sangat jumpa Sofea. Tapi Adam tak dapat jumpa Ahnaff. Sebab Ahnaff tak balik sekolah lagi. 🥹

Malam² susah nak tido.
Teringat dia.
Atok pun tak boleh duduk sorang, dah 2,3 kali nampak dia diam² kesat airmata 😭.
Dia teringatkan cucu kesayangan dia.
Risaunya nak tinggalkan diorang ahad nanti.
Next week masing² dah nak balik rumah masing².
Kakngah nampak dah ok.
Walau dalam hati dia masih pedih, tapi dia kena tunjuk kuat depan Atok Nenek.
Nenek Atok tu yang merisaukan kami.
Betul lah orang kata kan, pedih hati kalau anak yang pergi dulu memang akan lebih dalam lagi.
Memang betul.
Lagi² pemergian yang mengejutkan camni.
😭😭.





Monday, July 1, 2024

Perginya Abang Adam Yang Kami Kasihi 😭

 Assalamualaikum semua.




Mendung cuaca harini.
Semendung hati dan perasaan mami 😭.
Tanggal 27/6/2024 adalah tarikh yang akan kami ingat sampai bila².
Perginya Abang Adam kesayangan Ahnaff dan Sofea 😭.
Mohon kawan² sedekahkan Al-fatihah untuk Adam Lutfi Bin Rahimi yang sangat mami sayangi. 
Mami kasihi.
Bukan mami je. Kami semua sayang dan kasih pada Abang Adam. 😭
Allahuakbar..tak dapat berhenti airmata mami waktu ni.
Dah 4 hari 3 malam Adam... Dede belum dapat terima yang Adam dah takde 😭.

Akibat kecuaian orang lain, orang lain menjadi mangsa.






Ramai yang sayang Adam, Dam.
Ramai yang hantar Adam balik ke negeri abadi. 


Keropok lekor yang Adam beli buat kali terakhir.
"Nenek, Adam beli keropok ni sebab kesian tengok abag tu jual panas². Takde orang nak beli pun. Adam saja la beli nak tolong dia. Petang nanti nenek goreng la ye".

Tak sempat nak goreng Dam.. Petang tu Adam dah takde 😭.



Sapa yang nak layan adik² lagi Dam....


Bila cuti, Adam selalu datang jumpa adik²...


Nampak tak Sofea sayang kat Abang Adam..


Dah takde Abang Adam nak bawak Ahnaff, Azad dan Izreen ronda² naik motor besar 😭.


Hilang penghibur hati Atok, Nenek dan Paksu 😭.


Hilang nyawa dan kekuatan mama Dam 😭.


Rehatlah Adam. Moga Adam Lutfi yang Dede kasihi, Dede sayang, aman dan damai di sana. 
Moga Adam ditempatkan di kalangan orang² yang beriman. 
Al-fatihah.

Adam Lutfi bin Rahimi.
24/04/2002 - 27/06/2024

Moga Allah beri kekuatan pada kami sekeluarga.
Terumanya Atok, nenek, Kakngah dan Paksu.