Monday, January 8, 2024

Pen Mutiara Hotel & Restaurant, Penang

 Assalamualaikum semua 😊.


Sebelum naik jambatan kedua, kami singgah dulu kat Pen Mutiara Hotel & Restaurant.
Hotel ni dekat je dengan jambatan kedua. Sebelah je.
Bersebelahan dengan LKIM Batu Maung.
Misi mencari kari kepala ikan masih belum terhenti ye 😂.
Kalau boleh nak juga carikkan kari kepala ikan untuk Atok.



Pic: google


Kat sini order guna qr.
Order online la kan maksudnya.
Boleh order ala carte or set.
Kat sini memang glamour kari kepala ikan dia ye.
Tengok review kat Google dan FB, semua cakap sedap. 
Rating tinggi.
Takpeeee, kita tunggu dan lihat.
Adakah ianya dapat mencapai piawaian sedap Hj. Ahmad Jais 🤭.
Kami order set je senang.
Set Pelangi Petang namanya. 
Set ni sesuai untuk 4-6 orang.


Kailan ikan masin - sedap.



Siakap 3 rasa - sedap. Sebahagian besarnya Ahnaff dan Sofea yang makan 🤭.


Sotong goreng tepung - sedap.
Yang ni order ala carte. Tak termasuk dalam set. 
Saiz S : Rm16.38


Ayam goreng kunyit - so² aje. Yang ni tak habis sebab ayam tu terlalu garing. So, agak keras. Ahnaff pun taknak 😂. Once again, abah Ahnaffea la yang makan. 

   
Kari kepala ikan - sedappppp sangat.
😂
Ada 3 keping kepala ikan merah. 
Memang puas makan. Secukup rasa wehh.


Tak sempat nak ambik gambo elok sikit. Si Sofea udah tarik² baju mami. Mintak nasik 😂.

Alhamdulillah. Dapat menggembirakan hati atok nenek. Terubat kekecewaan semalam 😂.


Inilah ni..tak sabo sangat nak makan.
Mujurlah Ahnaff dengan Sofea ni, kalau time makan tak banyak kerenah sangat. Sama² makan. Boleh la mami dengan abah menikmati makanan dengan tenang 🤭. 


Atok cakap boleh repeat lagi 😊.
Yeayyyyy.. ada alasan nak datang lagi.


Harga pun reasonable. Berpatutan dengan anggaran 4-6 orang tu. 
Suasana restoran pun selesa. Servis pun cepat 😊.
Ermmm, time nak bayar ni, atok tu mula la dia pulak yang nak bayar. Kita dah cakap nak belanja dia, boleh pulak dia yang nak bayar. Mami bayar je pakai kad debit, tak boleh la dia nak tolak² dah 😂. Itu pun, boleh pulak dia selit duit kat handbeg kita. Sambil cakap, kongsi² bayar. Aduhaiiii.. 


Sebelum balik, solat dulu siap². Kat tepi ni ada surau. Bersih dan selesa suraunya. Si baju merah ni pun nak solat juga. Atok yang tolong tengokkan sebab abah uruskan sofea yang yakyak. 😂





Cantik sangat pemandangan ikut jambatan kedua ni. 

Gerak naik jambatan dalam pukul 2.30 petang camtu, sampai Sg.Besar dalam pukul 7 petang. 
Lambat sikit sebab jalan agak jem kat highway. 
Merasa jem kejap je la sebab kami exit Changkat Jering.
Ikut jalan dalam pulak.
Singgah Terong, atok nak beli cempedak.
Pastu singgah makan kat Tebuk Pulai, Sabak.
Dinner siap². 
Malam kang dah penat, tido je terus semua 😂.


Air kelapa muda. Share bertiga. Mami, Ahnaff dan Sofea.


Mami makan satay. Satay ayam tu sedap. Satay daging tu agak liat. Mujur order 5 cucuk je. 
Atok makan mee sup. 
Abah Ahnaffea makan nasi putih dan sup daging.
Ahnaff makan burger ayam.
Sofea makan satay.
Nenek tak makan. Dah kenyang katanya.


Alhamdulillah. 
Tercapai dah hajat mami dan abah, nak bawak atok nenek jalan² cari kari kepala ikan 🤭.
Lepas ni Atok ajak jalan² cari makan kat Johor pulak.
InsyaAllah. Boleh aje. 
Moh le kita menoreh dulu yeee 😂.



Penang 2023 (2)

 Assalamualaikum semua 😊.


Pagi Ahad tu (31/12/2023), seawal 7.30pagi kami dah keluar pi sarapan.
Oleh kerana tengok orang duk update bagitau makan kat Astaka Taman Tun Sardon tu best, makanya ke sana la kami.


Pic credit: Google
Tak sempat nak ambik gambar kat depan bangunan ni weh 😅.

Rupanya Taman Tun Sardon ni dekat je dengan hotel kami. Kira macam belah belakang je la. Ingatkan jauh 🤭.


Ada banyak gerai² sarapan pagi. Boleh pilih yang mana berkenan di hati.


Serabai original

Serabai bakar

Rasa lucu kalau ingat pasal serabai ni tau. Mami ni terbiasa makan serabai yang rasa manis. Takyah cicah pape. Makan kosong camtu je. Serabai kat sini rupanya rasa dia masin² sikit. Sebab tu ada kuah/kaya tu dia bagi. 
Dah la tu kan, belum rasa, dah tamak beli sampai 2 jenis. 😂
Duk tengok orang review kate sedap. Kita pun terpengaruh la kann.
Sudahnya makan seketul tu je. Yang lain ada la rasa² jugak. Bungkus bawak balik, abah Ahnaffea jugak yang tukang perabis. Slow² je dia makan. Hahaha


Sandwich daging dan ayam. Yang ni memang sedap ye. 
Sandwich daging rasa pedas² berempah sikit. Yang ayam ok je. Habis 2 biji budak² ni makan.


Atok makan roti jala kari daging.


Ahnaff makan roti jala kari ayam. 
Sedap kari dia, tapi roti jalanya agak padat. Ahnaff dapat habiskan sekeping je. Saiz roti jala tu pun besar. Dia cakap "kenapa roti jala ni tak macam mami buat" 😂. Alahaiii anak.


Ni abah Ahnaffea punya. Roti bom kot.


Sandwich daging. 


Konon² lepas sarapan tu nak pusing² bawak atok pi masjid Kapitan Penang. Sebab dia selalu cerita, masa dia belajar kat Kepala Batas dulu, waktu cuti pi Pulau. Naik feri. Malam² pulak tido kat Masjid Keling (memang dia cakap dulu² orang panggil masjid keling). Nanti dia ronda² Padang Kota. 
Konon anak menantu ni nak la bawak dia mengimbas nostalgia lama, sekalinya lepas sarapan tu, dia dah sakit perut la pulak. Nak ke toilet. Suruh pi toilet kat situ je, taknak pulak 😂. Nak balik hotel jugak.
Ermmm, balik je la. Pastu lepak² kejap. Pukul 11.30 pagi, checkout je terus.


Singgah kedai Jeruk Madu Pak Ali, nenek nak beli buah tangan sikit untuk geng subuh dia. 


Tengok la mak enon tu. Sibuk usung bakul kesana sini 😂.






Jeruk buah pala. Dulu² kalau orang pi Penang, mesti buahtangannya buah pala kan. 🤭
Jeruk buah pala, halwa buah pala. 
Kita budak², mana la suka kan. Hahaha



Mami pun beli la serba sikit jeruk juga. 


Beli jeruk campur² tu, konon nanti² nak buat acar buah. Hahaha. Ntah bila la nak buatnya.

Dah siap beli jeruk, kami pun teruskan perjalanan.
Plan nak balik ikut jambatan kedua.
Tapi sebelum tu nak singgah lunch dulu. 
Harap² destinasi yang nak dituju tu tak mengecewakan. 🤭

Bersambunggg ( gituuu dah pandai sambung² 😂).










Thursday, January 4, 2024

Akhir 2023 - Penang (1)

 Assalamualaikum semua 😊.


Percutian akhir tahun yang tak dirancang 😂.
Tau² abah Ahnaffea ajak pi Penang.
Ajak atok nenek sekali.
Gelabah packing baju sebab kan baru je balik dari kampung minggu sebelum tu.
Tak sempat baju² tu nak keluar beg lama sikit. Hahaha
Memula ajak atok nenek, diorang taknak pegi sebab alasan tak berapa sihat.
Tapi pagi² khamis tu tetiba kakngah wasap cakap diorang nak ikut pulak 😅.
Makanya, malam jumaat tu kami gerak la balik kampung.
Tu pun santai² je. Lepas isyak baru gerak.


Seawal pukul 4.30 pagi tayar dah bergolek.
Yang tua² je mandi bersiap. Budak dua ketul tu tak mandikan pun. 



Memula dia duduk belakang sekali. Pastu dia kate bosan. Duduk la kat situ dengan atok nenek.


Pukul 9.30 pagi dah naik jambatan. 


Batu Feringhi. Pi lepak kejap kat area Feringhi Walk tu. Ok memang ok pantai dia. Tapi ada bau² yang tak menyenangkan. Ahnaff terus tak mau main pasir 😂.

Lepak² kejap je bagi abah depa rehat, tido kejap.
Sambil² tu mami pun search la port kari kepala ikan yang best kat situ.
Dapat la satu kedai. Ibrahim Kari Kepala Ikan nama kedai tu. Dekat situ² juga kedainya. 
Semangat nak pi cari, sekali sampai......
TUTUP!! 😂
Nampak memang macam dah tutup lama dah.
Dalam google kate bukak. Tipuuuu je tauu. Hahaha
Sudahnya, pi makan kat medan selera depan masjid terapung tu je. 
Makan nasi campur. 





Jumpa bff mami, AchikYana kat sini. Padahal dedua orang Sg.Besar yeee 😂. Jumpanya nunnn kat Penang. 


Atok nenek memang kenal la ngan bff mami n suami dia tu. Fahmi pun kawan sekolah kitorang juga dulu 🤭. 
Ayah AchikYana dulu sama kerja dengan atok. Bff atok la kiranya.
Memang rapat family kitorang pun. 
Tu yang jadi happy atok nenek tu jumpa AchikYana n Wakmi (budak² ni panggil Fahmi, Wakmi).
Dah lepas solat kat masjid terapung tu, sembang² sikit, gambar² sikit pastu berpisah la.
Achikyana nak gerak balik Selangor dah.
Depa dah seminggu kat Utara tu. 
Memula pi Kedah Perlis.
Pastu last pi Penang. Tu yang janji² nak jumpa tu 🤭.


Kami stay kat U Hotel. 
Hotel bajet je ni tapi helok, cantik hotelnya.
Selesa. 
Kami booked family room. 
1 king bed, 1 single bed n 1 sofa bed.
Bilik pun luas sebab ada 2 bahagian.
Tak ambik pulak gambar bilik tu 😂.
1 malam harga dia Rm284.
Hotel ni ada kawasan parking sendiri. So takyah parking kat tepi² jalan.
Lokasinya pun strategik.
Berdekatan dengan Lotus, USM pun hanya beberapa meter je dari hotel ni.


Bawah hotel ada Coffee Bean. Nak kupi² pulak abah Ahnaffea. Layan je la 😅.


Tepi Lotus je.


Belah depan hotel. 


Berkepit je dengan abah mami 😂. 
Ni time mood dia ok.
Kalau mood dia tak ok, atok cuit pun dia menangis. 
Haiiii la anakkk. 😂

Sampai hotel rehat² je. 
Petang takde keluar memana sebab dah plan malam nak pi Padang Kota.
Tu yang pi beli kopi n kek kat CBTL tu.
Buat minum² petang kononnya 😂.
Tapiiiii, malam tu nak pi Padang Kota jem hazabedah koranggg.
Memang jem sungguh².
Sebab orang nak pi Pesta Penang.
Tak ku tahu ada Pesta Penang sekarang ni.
Memang annual event kan.
Mami je yang tak cakna 😅.
Ada 2 event masa tu.
Pesta Penang dan Absolute Food Fest kat Stadium Batu Kawan.
Sudahnya kami u-turn je, cari kedai makan random tepi jalan.
Bawak atok nenek kan, tak boleh la nak makan lewat² sangat.
Diorang biasa makan petang.
Ni malam baru nak makan, memang sian la.
Menyesal sebab tak keluar je petang tu 😌.
Makan kat kedai random, tak kena dengan selera la pulak.
Sup daging liat kemain, masin pulak tu 😑.
Makan jugak la masing² sebab nak alas perut.
Nasib baik Ahnaff makan nasi putih, ayam goreng kunyit tu licin. 
Sian dia jugak. Lapar kemain dia kata 😂.
Mood semua orang pun jadi tak ok. 
Sebab makan malam lambat plus tak memuaskan hati.
😑😑😑






Wednesday, January 3, 2024

Selamat Pengantin Baru Along Intan Payung

 Assalamualaikum semua 😊.


23122023 (Sabtu)
Hari Nikah

Mujur berjodohan dengan orang Sg.Besar je. 
Takdela kalut² nak pi menghantar.
Semua berkumpul kat rumah nenek je 🤭.
Tu pun santai² je semua.
Tengahari Sabtu baru semua sampai.
Majlis nikah petang sabtu. Lepas asar.


Kemain happy lagi yeeee.


Alhamdulillah. Dengan sekali lafaz, Intan Suhaila dah menjadi kepunyaan Intan Payung 😂.



Upacara membatalkan air sembahyang. 


Sukaaaa.


Keluarga kecil kakak Amirah takde. Tengah berpantang lagi orangnya.


 Semua ada. Keluarga Makcik je takde sebab dia balik Kedah. Anak buah belah Kedah pun kahwin juga.




Mak enon 😂






24122023 (Ahad)
Majlis Bersanding.
Nama je majlis bersanding kan, tapi takde bersanding pun.
Pelamin tu buat ambil gambar je 🤭.
Dah takde dah tepung² tawar macam dulu².


Hensem sangat la tu kononnn 😂.


Licin makan ye. Lapar katenya 😂.







Mami anak 2. Tak pernah sangka akan berjaya dapat 2 ketul ni.




Keje dia asyik nak berlari je ikut abang. Letih mami nak kejar.


Alhamdulillah, selesai majlis di Sg.Besar.
Yang seronoknya pergi kenduri belah Intan Suhaila ni, semua makanan sedap².
Haritu masa bertunang tu pun sama.
Sedap² makanan.
Ada bubur kacang hijau, cair je tapi dia punya sedap, sampai Sofea makan bertambah². 
Yang kenduri kali ni pulak, ada bubur jagung. Pun sedap sangat.

Lepas ni majlis bertandang pulak kat Puncak Alam. 
InsyaAllah bulan 2 sok.
Lepas tu makcik² semua dah boleh rehat lama.
Abang Adam baru kerja kan, mungkin lambat lagi giliran dia 😂.