Wednesday, March 29, 2023

HeroMarket Puncak Alam

 Assalamualaikum semua 😊.


Haritu sebelum puasa pi HeroMarket Puncak Alam.
Saje nak tambah² lagi barang makan untuk bulan puasa sok.
Lagipun HeroMarket ni pun baru je buka kat Puncak Alam ni.
Kena la pi lawat kawasan jap. Hihihi
Lepas hantar Ahnaff sekolah terus singgah sebab HeroMarket ni blok sebelah sekolah dia je.






Budak tak mandi 😌.
Bawak budak seketul ni memang camni la ye. Dia nak duduk kat troli sambil kunyah². Santai² gitu dalam troli tu. Bagi la makanan ape pun. Janji dia duduk situ sambil mengunyah. Kalau buat tak tau je, dia akan jerit² sampai dapat makanan 😅. 
 





Telur ikan. Sedap masak ape telur ikan ni eh? Tak pernah beli.


Dia ni tak tau geli or takut ye. Ape yang abah dia sua tu, elok je dia nak pegang 🥴

Tak beli banyak pun kat situ.
Beli ayam sekor, ikan merah sekeping, ikan ape ntah sekeping pastu beli buah², roti.
Tu je la.
Not bad la HeroMarket ni. 
Dari segi harga lebih kurang je macam Lotus.
Pilihan barang pelbagai la jugak.
Bahan² basah memang banyak pilihan. 
Ikan pelbagai jenis.
Ok, HeroMarket Puncak Alam ✅️.
🤣🤣





Monday, March 27, 2023

5 Puasa

 Assalamualaikum semua 😊.


Semalam Ahnaff berjaya puasa penuh lagi sehari.
Menu berbuka semalam takde ape pun.
Dia request nak makan nasi impit rendang ayam tu lagi.
Senang kerja mami yeeee 🤣.
Petang tu cuma bancuh air milo o ais dan goreng kuih muih frozen je.


Budak kecik ni kan, dia makan keropok, duk sua² kat abang dia. Nak suap abang dia. Yang Ahnaff duk tekup² mulut sambil cakap "abang puasa la Ya.. tak boleb makan. Nanti berdosa". Yang adik pulak tak putus asa. Tetap nak suap abang sambil mulut dia bunyi 'aaaa'. 🤣
Mami perati je dari jauh. Nak tengok Ahnaff tepis betul² or dia main² je tekup mulut tu. Rupenye masih teguh iman beliau ye. Sikit pun dia tak bukak mulut. Hihihi.


Ada kuih cuk badak, karipap ayam dan popia begedil. Semuanya kuih frozen. Mudah kerja. Hahaha.


Semalam lepas berbuka, Ahnaff dah bagi cadangan menu berbuka untuk harini.
Dia nak makan pizza yang mami buat 🤭.
Dah alang² buat pizza, buat spaghetti bolognese jugak lah. 
Ermmm, tapi harini dia kecundang 🤣.
Balik sekolah petang tadi, masuk je kereta dia cakap dia minum kat sekolah.
Dalam kereta pun dia terus sedut air Sofea 😅.
Ermmm, takpelah.
Baru belajar² puasa kan. Dah dapat penuh 3 hari berturut, bagi la dia can. Hihihi
Tapi, mami bagitau dia, kalau esok² pun tak puasa juga, minum air kat sekolah, makanya mami tak masak ikut ape yang dia request.
Mami akan masak ikut suka hati mami. Hihihi
Terkebil² je dia dengar syarat mami tu.
Tapi projek pizza tetap diteruskan juga petang tadi.


Buat pizza campak² je. Base pizza tu pun agak² je sukatan dia. Sos tu guna sos bolognese tu aje. Senang cerita 🤣. Cuma tambahkan topping dia je. Tambah sosej sikit, nenas sikit, mozarella cheese sikit. 

Setelah ditabur mozarella.

Selepas siap. 
Up gambar ni kat status wasap, jiran depan reply kata nak beli sebiji 🤣. Aduhaiii memang tak jual la cerita dia. Benda buat pun agak² je. Campak² ape yang ada. Rasa pun tak tau ok ke idok. Tapi hantar la kat dia sebiji tu. Takdan waktu berbuka, licin anak² dia makan. Hihihi.


Spaghetti bolognese untuk mami. Yang ni pun buat simple je. Campak je ape yang ada 😅. Alhamdulillah sedap jugak.


Goreng popia begedil sikit. Cukup la untuk mami dan Sofea. 


Tengok la rambut Ahnaff tu. Abah dia potongkan semalam. Sodok belah tepi je. Yang tengah tu dah begitu. Tak bekenan betul rasanya. Dia ni elok botak je. Barulah lapang mata mami menengoknye 🤣.
Petang tadi balik sekolah tu dia minum air dan makan donut. Lapar agaknya 🤭. Tapi lepas tu dia dah tak makan dan minum dah. Sampai la waktu berbuka. Masa pizza dah siap tu, tanya juga dia nak makan terus atau tak. Taknak katenye. Nak tunggu azan baru makan. Muka pun letih je kan 🤭.


Ermmm yang ini mengalahkan orang puasa. Dia lah yang terpaling kecoh sekali. Nak itu ini. Bercakap tak pandai lagi tapi bab mengarah orang, huiiiii bagi la kat dia. Pandai sangat. 

Alhamdulillah. 5 hari dah puasa. 
Rasa sekejap je masa berlalu kan.





Sunday, March 26, 2023

Ramadhan Ketiga

 Assalamualaikum semua 😊.


Hari ketiga puasa, Ahnaff masih boleh bertahan.
Alhamdulillah 😊.
Mula² ingatkan dia tak boleh bertahan sebab masa sahur tu dia memang makan nasi sesuap je. 
Minum air seteguk.
Siang tu memang dah terdetik, kalau dia mintak nak minum, mami akan bagi je.
Tapi rupenye dia ok je. 
Ada merengek sesikit, biasala kan. Budak.
Dia request nak makan nasi impit dan rendang ayam tak pedas untuk buka puasa.
Nasi impit dan rendang ayam, pukul 5 dah siap.
Tinggal nak ngap je 😆.
Yang dia dah duk cakap sedapnye bau...
Itulah yang diulang² sampai dia tertidur pukul 5.30 🤣.
Lega sikit bila dia tidur.
Dia tidur, adik pulak buat onar. 
Duk tepuk² muka abang. Suruh abang bangun.
Aduhaiii, Sofeaaaaa Sofeaaaa.


Nasi impit, rendang ayam tak pedas, sambal daging dan karipap ayam.

Rendang ayam tu memang kuning warna dia sebab tak guna setitik cili kisar pun. Disebabkan Ahnaff dah cakap berkali² taknak pedas.


Minit² terakhir sebelum berbuka. Sabar je dia duduk menunggu masuk waktu. Mulut tak berenti cakap sedapnye bau air sirap. Sedapnya bau rendang 🤣.


Lichinnnn ye. Menambah 2 kali. Lepastu dia dah berenti sebab teringat nak makan roti butter yang abah dia belikan siang tu.


Yang ni pun taknak kalah ye. Makan pun selera macam orang puasa 🤣. Dia ni lagi la. Pukul 6.30 dah keriau nak makan duduk kat kerusi dia. Sebab biasanya kan budak² ni dinner dalam pukul 6.30 - 7 petang. 
Ni sekarang lewat sikit, dia pun kecoh la. Terpaksa bagi makan biskut dulu 🤣.

Done puasa hari ketiga. 
Hari keempat ni menu ape la pulak agaknya.


Saturday, March 25, 2023

Ramadhan Hari Pertama dan Kedua.

 Assalamualaikum semua 😊.


Alhamdulillah hari ni dah masuk hari ketiga berpuasa.
Rasa macam kejap je kan.
Macam biasa puasa tahun ni banyak bersahur dan berbuka dengan budak² je.
Abah Ahnaffia kerja. 
Kene pulak trip ke Kerteh je.
Dah tentu² takdan berbuka sama².
Sahur tu kadang ada la jugak dia kat rumah.
Tapi takpe. 
Mami dah ada peneman berbuka dan sahur sekarang 🤭.
Ahnaff dah mula cuba² nak puasa.
Takde sapa pun yang paksa.
Atas kerelaan diri sendiri. Hihihihi

Hari Pertama
Hari pertama puasa adalah hari kedua Ahnaff mula sekolah.
Pagi tu dia bersahur maggi goreng. 
Dia request maggi goreng.
Mami layankan jela. 
Mujur Sofea tak terbangun dengar mami duk ketang ketung subuh² masak maggi goreng untuk abang 🤣.
Makan sikit je. Takde selera katanya. Hihihi
Hari pertama tu dia puasa sampai pukul 3 petang.
Masuk je kereta dia terus sedut air minum Sofea 🤣.
Mami ok je sebab petang tu dia ada taekwondo jugak.
Risau jugak kot nanti dia penat sangat.
Lagipun baru nak belajar² puasa. 
Ok sangat la dapat sampai pukul 3 petang tu kann.
😊.
Hari pertama puasa menu berbuka ialah ayam masak kicap dan timun je buat ulam. 
Takde gambar pon. 🤣
Duk kalut melayan si Sofea.

Hari Kedua.
Hari kedua kami terbangun lambat 🤭.
5.45 pagi baru tersedar.
Mujur la ada lagi ayam masak kicap tu.
Nasi pun ada.
Panaskan apa yang ada tu je.
Kejutkan Ahnaff, suap dia makan atas tilam je 🤣.
Ada la dia makan 3,4 suap. Lepastu taknak dah.
Tapi kannnnn,
Semalam dia puasa penuh.
Dapat sehari. 😊
Padahal balik sekolah pukul 11.30 pagi.
Dapat dia bertahan sampai petang.
Adalah drama² dia nak minum air, tapi bila mami cakap boleh nak minum air, tapi petang tak dapat la KFC.
Terus dia tak jadi minum. Moncong je mulut 🤣.
Kalau dia macam lembik je tak bermaya, memang mami ingat nak bagi je minum.
Tapi tengok keadaan dia cergas aktif je, ermmm. 
Tu yang bagi syarat tu 🤭.
Bila dah petang tu, dia duk tanya pulak bila nak marghrib.
Lagi dia nampak Sofea minum air sirap la, makan mangga la.. 
Lagi dia geram 🤣.


Berbuka KfC la semalam. Demi nak menunaikan janji 😊.


Harini cuti kan, tak tau lagi dia boleh puasa ke tak.
Sahur tadi makan nasi sesuap je. Minum air sikit.
Pastu taknak dah.
Walaupun begitu, menu berbuka dia dah request siap² ye. 
Nak nasi impit, rendang ayam tak pedas.
Amboiiiii, gituuuuu dia punya order ye aunty² sekelian 🤣.
Tak pe la Ahnaff, kite belajar pelan² ye.
Memang la sepatutnya kite lebih beratkan belajar solat dulu, dari berpuasa.
Tapi bagi mami, kalau dia rasa nak cuba berpuasa dulu, takpe. Kita bagi galakan je.
Dalam masa yang sama, tetap juga ajar solat, mengaji. Cuma orang je yang tak nampak kan. Apa yang kita buat dengan anak. Bukan semua benda nak tunjuk dan bagitahu. 
Betul tak? 🤭





Thursday, March 23, 2023

Selamat Datang Ramadhan.

 Assalamualaikum semua 😊.




Selamat menjalani ibadah puasa untuk semua rakan² maya.
Moga ramadhan kali ni lebih bermakna dari tahun² sebelum ini.


Sahur day 1. Maggi goreng ajee 🤭

Ahnaff kate nak cuba puasa.
Kejutkan sahur tadi pun senang je.
Takde drama.
Esok tengok setakat mana dia boleh puasa.
😁

Selamat berpuasa korangggg.




Cafe Memang Meow dan Mr.Dollar.

 Assalamualaikum semua 😊.


Balik dari Sekinchan tu, terus menuju ke Sg.Buloh. 
Saje nak pi KIP Mall dan Mr.Dollar.
Mr. Dollar tu kedai lebih kurang macam DIY tu, memang bawah management DIY pun cumanya harga semua barang adalah RM2 dan RM5. 
Ada yang boleh campur 2 barang RM5.
Kene tengok betul², sebab kadang tak perasan.
Sampai kaunter nak bayar, udah kene carik barang lagi sebab nak mencukupkan kuota.
Sebelum pegi Mr.Dollar tu, pi makan dulu kat KIP Mall.
Makan kat Cafe Memang Meow 😆.
Ni Ahnaff la yang pilih nak makan kat situ.
Dia cakap ada kucing kat situ kalau makan dalam kafe tu.
Padahal sekor kucing pun takde 🤣.
Hapooo la Napp.


Signboard comel yang membuatkan Ahnaff tertarik. Hahaha


Mami Abah makan nasik lemak ayam goreng. Not bad sambal dia. Sedap jugak.


Ahnaff makan chicken chop. Maafkan keadaan chicken chop tersebut. Dah bergaul rata semua bahan 🤣.
Yang penting licinn ye dia makan.


Sofea punya chicken popcorn. Nampak macam sikit kan. Banyak sebenarnya. Nak menghabiskan pun, mami jeling abah, abah jeling Sofea 😆.

Ingatkan cafe ni macam cafe biasa² sendu je kan, rupenye adik saya cakap agak famous jugak kat IG.
Kite je la yang tak tauuu 🤣.


Tiba masa yang dinanti². Pi Mr.Dollar dia dah aim nak mainan 😑.


Barang² lebih kurang macam DIY jugak.


Mami beli container untuk segala jenis tepung dan gula. Bekas sedia ada tu dah koyak penutup dia. 


Kat sini ada pelbagai jenis makanan frozen. 


Banyak pilihan.

Menarik jugak la kedai Mr.Dollar ni.
Kalau tak menarik, takkanla sekali masuk je habis berpuluh ringgit. 😆
Rasa macam kene pukau dengan harga Rm2 dan Rm5 tu.
Macam masuk kedai Eco.
Dalam kepala, ehhh murah je ni. Rm2++ je.
Ambikk, ambikk, ambikk..
Sampai je kaunter, nahhhh. 
Rm80 
🤣🤣🤣
Ntah siapa yang salahhhhh. Hahahaha



Tuesday, March 21, 2023

Sekinchan. Hantar Kek dan Jalan².

 Assalamualaikum semua 😊.



Maaf la ye, entry semua yang throwback punya 😅.
Tengah nak mengejar kembali ke waktu yang sebenar. Hihihi
Ahad, 12hb haritu, ada order kek PGM 5 biji.
Oleh kerana yang mengoder ni kira macam sedara jauh, bau² bacang camtu, haruslah kite ambik 🤣.
Walau jauh nak kene delivery ke Sekinchan.

Ni je gambar yang sempat ambil. Nak keluar delivery pagi². Rushing nak menyiapkan dua ketul tu, nak siapkan diri sendiri lagi. Sudahnya tak ambik pun gambo kelima² kek 😅. 

Sampai Sekinchan dalam pukul 8.30pagi. 
Dah tentu la kendurinya pun belum bermula kan 😆.
Jadinya CikDah suruh kitorang makan sarapan je dulu. 

Kuih koci labu dan lemper (kuih jawa).

Roti canai yang sangat lembut dan gebu. Kuahnya pun sedap.


Yang ini, dapat roti canai memang tak toleh² dah 🤭.


Keratan rentas lemper. Lemper ni sejenis kuih yang lebih kurang macam pulut panggang. Luarnye pulut, dalamnya inti kelapa pedas. Bentuk patsegi kecil dan cara masaknya adalah dikukus. 
Sedap betul lemper yang ni. Lemper ni kalau inti dia sedap, memang sedaplah jadinya.

Byeee CikDah. Terima kasih sudi order kek kite 😘.

Ontheway balik tu, singgah kat tempat viral ni.
Tempat kapalterbang landing tengah sawah 🤭.
Berenti kejap untuk ambil gambar je.






Tak lama pun, dalam 10 minit je kat situ.
Pastu terus balik Puncak Alam semula. 
Ehhh, tak balik lagi.
Pi Sg.Buloh pulak. Saje jenjalan kat Mr.Dollar n KIP Mall tu 😆.
Yang tu citer esok la ehh. Hihihi










Teluk Senangin 2.0

 Assalamualaikum semua 😊.


Lepas je dapat kereta aritu, terus bawak Atok Nenek pi Teluk Senangin 🤭.
Sebelum ni dah bawak Opahchu, kalini bawak Atok Nenek pulak.
Kalau ikutkan plan Abah Ahnaffia tu, nak pegi jalan² Utara.
Tapi tak sempat la wehhh.
Sebab Ahad tu ada orang order PGM 5 biji.
Kitorang pegi hari Rabu. Petang lepas Zohor baru gerak.
Dalam pukul 5petang kot sampai.
Kalini menginap di Ilham Chalet lagi.
Abah Ahnaffia kalau dia dah selesa tu, memang situ je la yang dia tuju 🤣.


Alhamdulillah, dapat bawak Atok, Nenek n Mama.

Ni pagi Khamis.
Lenaaaa dia tidur ye. Dia ni style tido memang copy paste abah dia. Kaki belah kanan tu mesti tegak camtu. Betulkan la berapa kaki pun, mesti akan naik balik. 🤣
Geram kadang nengok.

Pagi² dah turun pantai.

Ahnaff point utama dia gi pantai memang nak main pasir je. Dia tak heran dengan air laut tu.

Tengah healing ke tu Atokkk 🤣.

Si Sofea tak boleh ye, laju je dia berjalan ke arah air. Dengan Ahnaff sekali terpaksa ikut dia.

Tengok tu.. dia tarik tangan Ahnaff, ajak pi laut. Abah dia duk pantau je si kecik tu. 


Tu la budaknye tuuu. Letih abah dia melayan dia rendam badan dalam air 🤣.

Tak jauh dari tempat kitorang lepak tu, ada nelayan naikkan pukat. Pagi tu ada ketam. Semua pukat isi ketam. 
Memang pagi² tu KakRos dah wasap bagitau pukul 9.30 pagi akan ada bot nelayan naikkan pukat ketam. Kalau nak beli ketam fresh, boleh la tengok². 

Beli 5 kilo ketam. Sekilo rm35 tapi puas hati sebab fresh dan isinya penuh. 
Bawak balik Sg. Besar, tengahari Jumaat tu buat pesta ketam 🤣.

Ketam bercili. Fuhh, sedap rupenye ye. Mami ni tak pernah beli ketam dan tak pernah masak ketam. Jadinya tak taulah camne feeling memasak dan menikmatinya 🤣. 
Yang bercili ni Abah Ahnaffia request. So, mami la yang kene masak. Alhamdulillah sedap, kene dengan selera semua. Ralit meratah ketam wehh.

Nenek tak potong² pun ketam tu. Sekor² je dia masak 🤣.

Yang ni masak lemak cili api. Nenek yang masak, ofkos la sedap kannn. Kuah letak kat mangkuk asing sebab nenek risau terpercik² 🤣.
Syok sungguh meratah ketam. Ketam bercili tu, tengari tu jugak licinn. Iolls bangga 😆. Tiberrrr. Hahaha



P/s: Next time kalau nak turun Teluk Senangin, ada orang dah janji nak belanja Ahnaff n Sofea aiskrim 🤭.
Jangan lupe AuntyNad 😆.