Sunday, July 31, 2022

Petaling Street

 Assalamualaikum korang šŸ˜Š.

Pagi tadi masing-masing bangun awal.
Abah Ahnaff pagiĀ² dah tanya harini nak jalan mana šŸ¤£.
Jarang hari cuti dia nak duduk melepak kat rumah je. 
Mesti nak keluar jugak. Kalau tak dapat pi jauh, pi Lotus yang sepelaung dari rumah pun jadikk je.
Hahahaa
Memula plan nak pi Sungkai. Nak makan nasi bamboo.
Tapi bila fikirĀ² balik, macam malas pulak nak pi jauh sangat.
Tetiba dia cakap, pi Petaling Street nak tak.
Dia nak carik jam tangan untuk kerja.
Haaaa.. boleh jugak. Dah lama tak gi Petaling Street.




Sebelum tu, pi sarapan dulu kat RnR Elmina.
Memang saja plan nak sarapan kat situ.
Nasik lemak tu sedap. Sambal dia sedap.
Abah Ahnaff ambilkan lauk paru juga tapi paru dia rasa macam hangitĀ² gitu šŸ˜….
Ahnaff makan nasi lemak kongsi dengan Sofea. 
Sofea sekarang tak berapa nak makan nestum. 
Dia dah start suka makan makanan yang pejal.
Selera makan makin ok dah sekarang ni.
šŸ˜. Lega mami.





Selesai sarapan, dia ajak singgah taman sekejap. 
Boleh aje sebab takde nak rushing kemanaĀ² pun.
Kitorang memang jarang bawak budakĀ² ni gi taman.
Lagi lepas covid ni kan, memang payah la abah dia nak bawak pi taman.
Ni pun pagi tadi takde orang lain pun kat situ.
Layan kejap dua ketul tu kat situ pastu terus gerak gi KL.

Dah sampai. Nampak lengang takde orang kannn.



Ade nampak cam pelancong gak tak šŸ¤£.

Ahnaff dah penat. Tumpang duduk kat stroller adik. Yang adik pulak tetiba mencebikĀ² macam nak menangis. Ingatkan kenapa. Rupanya dia tak nak abang duduk kat situ. Kaki dia duk menolakĀ² belakang badan abang. Bila abang bangun, elok muka dia. Takde tercebikĀ² dah. 
Yang Ahnaff pulak cakap kat adik dia "kenapa la kamu ni tamak sangat Sofea?".
šŸ¤£šŸ¤£

Hasil tangkapan kat Petaling Street dapatla topi tu sorang satu šŸ¤£.
Jam tangan sorang satu untuk Ahnaff n abah dia.
Mami dapat handbeg geliĀ² šŸ¤£. 
Abah Ahnaff memborong face mask untuk anak bujang nan sorang tu. Dia gi sekolah kan pakai mask. Tiap hari tukar. Tu yang abah dia rancak memborong šŸ¤£.
Ahnasofea tak dapat pape.



Banyak betul perubahan kat sini. DuluĀ² sini la tempat ulang alik naik LRT. 
Dari Wangsa Maju turun Pasar Seni. 
Berjalan la sampai Pudu Raya tu. 
Naik bas nak balik UUM. 
Kalau naik bas pagi, beli Dunkin Donut buat makan dalam bas.
Kalau naik bas malam, lepak dulu kat geraiĀ² lorong tikus dekat dengan Hotel Istana tu.
Kalau rajin sikit, pi Central Market tu.
Aduhhh..kenangan betul.
Sekarang ni agaknye kalau suh berjalan kesana sini mesti tercangakĀ² macam rusa masuk kampung šŸ¤£.
Kenangan betul.
1001 kenangan yang tak mungkin luput dari ingatan. 


Konon dari Petaling Street nak gi Aeon Wangsa Maju. Nak cari baju untuk Sofea tapi tak jadi sebab Sofea masuk kereta je dah tido. 
So, terus balik je la.

Ehhh..tak terus balik ye.. menyinggah dulu kat Sungai Buloh beli makanan untuk lunch.

Take away je. Suruh dua beranak tu dine in, mami n Sofea tunggu dalam kereta je sebab Sofea tido. Taknak pulaknye. Bungkus makan kat rumah je sesama šŸ˜Š. 















Saturday, July 30, 2022

Cerita Bercampur #300722

 Assalamualaikum korang šŸ˜Š.

Fuhhh.. minggu ni memang agak sibuk.
Bukanlah sibuk pasal ape pun. Sibuk dengan urusan harian je. Hihihi.
Abah Ahnaff takde kat rumah dari hari selasa sampai khamis, tu yang jadi macam sibuk terlebih sikit sebab kene uruskan anakĀ² sendiri.
Dah la tu, dah terlanjur ambil order kek birthday, kek rampai sari, cheesetart n fruit tart. 
Haaaaa...mana tak terkejarĀ²nye šŸ˜†

Shell untuk cheesetart n fruit tart buat awal sikit. Ade anak kecik memang camgini la. Lagi time dapat order banyak, kene buat preparation awal. Kalau tak, mau tergolek mami šŸ¤£.


Hari isnin tu Ahnaff balik bawak bungkusan ni. Dapat tuala dan pouch syiling. Bila tanya hadiah ape? Dia jawab tak tau nak sebut šŸ¤£


Rupenye dapat hadiah untuk sahsiah terpuji šŸ¤­. Alhamdulillah. Patut la tak pandai sebut.


Sambal daging. Masak hari selasa untuk lunch. Masak sikit je pun, hari khamis baru habis. Duk makan ulangĀ² lauk sama je šŸ¤£. 

Jiran depan bagi bubur lambuk ni 2 bekas. Memang sedap betul dia buat. Sofea makan banyak jugak. Ahnaff taknak pulak dia. Selalunya dia suka bubur tapi kalini dia taknak. Siap cakap, Ahnaff nak bubur McD je.. amboiiii.. memang kene jelingan la yeee. Hahaha




Kek birthday tema spiderman. Fruit tart, strawberry cheesetart n blueberry cheesetart.
Buat 3 jenis dessert ni pun dah mengah tak cukup nafas. Dengan Sofea yang tak mau berenggang langsung. Memang mencabar betul šŸ˜Œ. 
Waktu berkejarĀ² buat order ni, memang dah bisik dalam hati, cuti dulu la amik order kek yang renyah camgini. 
Tapi, bila keadaan dah tenang, tetiba order masuk, tak agakĀ² ye. Terus jawab ok.
Dah banyak kali jadi camtu šŸ¤£.
Kadang bukan ape. Macam tak sampai hati nak tolak. 
Ohhh..ade satu lagi kek.. kek rampai sari, lupe nak amik gambo kek rampai šŸ¤£.


Ni la budak yang selalu buat mami berkiraĀ² nak ambil order ke tak. Abah dia memang dah cakap, agakĀ² boleh buat, buat la. Tak boleh buat, cuti dulu. Ermmmm.. mami anta Sofea pi sekolah je la ehhh. Hahaha


Pagi sebelum pegi sekolah dia dah rasa fruit tart tu sebiji. Dah janji kat dia, balik sekolah nanti mami buat lagi. Tu menagih janji la tu. Sambil makan sambil cakap "sedap betul kuih mami buat, masamĀ², manisĀ²". Gituuuu juri tetap mami bagi ulasan šŸ˜†.
Tq Ahnaff. Selalu suka dengan kuih-kuih mami.















Monday, July 25, 2022

Ahnasofea 9 bulan

 Assalamualaikum korang šŸ˜Š.

Malam tadi, saya rasa macam tak berapa sihat.
Rasa macam sakit perut, macam nak muntah pun ade, tapi tak muntah pun. 
Cuma ulang alik pi toilet 3,4 kali.
Sementara dalam toilet tu, layan perasaan jap tetiba teringat, ehhh bulan ni Ahnasofea ade appointment kat KK.
Cuma tak pasti 25hb atau 27hb.
KeluarĀ² je toilet terus check buku kesihatan dia.
Aaaaa.. 25hb rupenye. Pukul 8 pagi.
Waktu tengok buku dia tu pukul 2.45 pagi šŸ¤£.
Fuhhh nasib baik abah Ahnaff ade, takdela kelam kabut sangat.
Kalau abah dia takde, mau menyotong jugak saya pagi tadi.
Mana nak siapkan Ahnaff nak ke sekolah, siapkan Sofea lagi, diri sendiri lagi šŸ˜….
So, pagi tadi macam biasa Ahnaff bersiap n pergi sekolah dengan abah.
BerkaliĀ² tanya nak naik kereta dengan mami tak, memang taknak la dia. Lagi suka naik moto dengan abah.
Pagi tadi sampai KK pukul 7.50 pagi.
Pukul 8.30 pagi dah siap. Alhamdulillah šŸ˜Š.


Sementara nak tunggu turn, kite selfie la dulu. Hihihi. 
Untuk 9 bulan ni ade vaksin untuk MMR dose 1. Vaksin MMR (mumps, measles and rubella) adalah vaksin yang digunakan untuk melindungi tubuh dari 3 jenis penyakit iaitu beguk, campak dan rubella. 
Vaksin MMR ni mengandungi kombinasi virus beguk, campak dan rubella yang telah dilemahkan. Pemberian virus yang telah dilemahkan ini akan mendorong sistem kekebalan badan untuk menghasilkan antibodi bagi melawan penyakitĀ² tersebut. 
Vaksin MMR ni ade 2 dos. Nanti 12 bulan ambil dos yang kedua.


Tu diaaaa.. hadiah sempena 9 bulan. šŸ¤£. Tak menangis langsung kene cucuk tadi. Syabas anak muda. Hahahha.
So, bulan 10 sok baru ade appointment lagi. Cucuk lagiiii. Hihihi


Cantik takkk šŸ¤­. Tiber nak tunjuk. Hahaha. Suka ngan cerek tu. Comel je. Ingatkan set ni kecik je. Besar jugak rupenye. Ni set ProPerfect cookware. Saje nak test beli sebab tengok macam cantik je. Hihihi.

Dalam iklan macam comelĀ² je. Sekalinye, besar jugak. 

Sebesor gini kotaknye. Hahaha.





Tuesday, July 19, 2022

Cerita Harini

 Assalamualaikum korang šŸ˜Š.

Sekarang pukul 3.32pm.
Baru lepas makan tengahari dengan Ahnaff.
Harini masak agak lambat.
Bukan sebab ape. Sebab tak berapa rajin je punn.
Nak masuk dapur kene kuatkan semangat. Hahahaa
Idea nak masak pun tak berapa ade. Stok ikan penuh kat freezer tu.
Nak tak nak kene masak jugak sikitĀ² kalau tak, bila nak susut stoknye. Pening memikirkan menu tiap hari.

Masak lemak ikan. Tak taw la ape nama ikan ni. Tapi isinya sedap jugak. Tu sawi putih sepokok buat ulam. Tak sempat nak celur, makan mentah je. Buat jugak sambal belacan. Pedas kemain lagi.

Lepas je siap masak tadi, terus adun kek buah.
Ade orang order, nak bawak balik Terengganu katenye. 
Masa mengadun tu pulak la Sofea menangis terjerit2 sampai kan Ahnaff pun malas dah nak tengok. Hahaha
Malas dah dia nak pujuk. Makin dipujuk, makin marah pulak si kecik tu.
Naik je kekĀ² tu atas pengukus, terus saya ceduk nasi untuk Ahnaff. Bagi sejuk sikit.
Tidokan Sofea, pastu baru lah boleh makan dengan aman. šŸ˜†
Siap makan, kemasĀ² dapur semua, keluarkan bakul baju pulak. 
Ade segunung baju nak kene lipat. Sementara anak tido, boleh la melipat baju.
Ni sambil melipat sambil tengok tv. Ahnaff tadi elok je baringĀ² sambil menyembang. 
TauĀ² senyap je. Dia pun dah hanyut dalam mimpi. Hahaha. 
Kejap lagi siap lipat baju, nak bancuh hazelnut coffee, keluarkan cheesecake aritu. Boleh feelingĀ² macam mengopi kat cafe. Syok sendiri. Hahaha.
Aduhhh, belum pun siap lipat baju, dah bangun pulak si dara nihh. Potong anganĀ² mami jeee. šŸ˜Œ


Ni kerjaan malam tadi. Kek rampai sari, untuk kakak yang nun jauh di tanah jauhar šŸ¤­. 
Moga selamat sampai la keknye. Berdebo tiap kali mengepos kek. 






Monday, July 18, 2022

Girls Day Out

 Assalamualaikum korang šŸ˜Š.

Semalam Kakyong ajak teman pegi beli barang untuk KakakMira.
InsyaAllah awal bulan depan nak bertunang.
So, kene la siapĀ² buat persiapan sikitĀ².
Cadangnye nak buat simpleĀ² je. 
Tugas Dede buat dulang hantaran. Hihihi
Neves rasanya. HarapĀ² menjadi la šŸ¤­.
So, semalam pegi Setia City Mall je. Tujuan utama nak ke Kaison aje. Carik bunga.

Kate bunga je tapi troli penuh dengan barang sampingan yang lain. Hahaha

Sebab dia dah mengantuk sangat, jadinya dia tido dari mula sampai, sampai la waktu nak makan. Lama jugak. Dalam 2 jam camtu. 
Abah dia memang pesan suruh bawak stroller dan carrier. In case dia taknak duduk dalam stroller, dukung je guna carrier tu. Tapi, semalam elok je ye dia stay dalam stroller tu. Lega banyak šŸ˜Š.
Ahnaff tak ikut pun semalam, dia tinggal kat rumah dengan abah. Elok gembira dua beranak tu. Hihihi.

Dah bangun. Ni menunggu KakakMira carik baju kat Poplook. Sempatla dia menyusu kat sini. Punya lama menunggu KakakMira. Mujur tak meragam šŸ˜†.

Dah settled semua, terus gerak balik.
Tapi sebelum tu singgah dulu kat Richiamo Puncak Alam. Saje je singgah sebab nak rasa ok ke tidak.
Kalau ikut pendapat netizen, ade sesetengah tempat yang best, ade yang tak best šŸ¤­.





Order hazelnut choc blended, ermmm..so-so je rasa dia. Macam sedap lagi tealive punya. 
Cappucino ice tu pun macam kureng jugak. 
Black forest cake tu sedap jugak
 Not bad. 
Macaroon tu tak berapa ok. MelekitĀ². Patutnye dia macam rangup melekit sikit kan? Ni tak, tak berapa rangup n bila makan tu macam melekatĀ² kat gigi. šŸ¤£. Ni KakYong yang cakap. Hahaha.

Garlic bread tu sedap. Rangup. Mushroom soup ok je sebab rasa macam yang instant punya je šŸ˜†. Cair pulak dia bancuh.

Tapau caramel macadamia cheese cake ni dengan set garlic bread+soup untuk Ahnaff. Garlic bread n soup licin dia makan. Cheesecake ade lagi dalam peti sejuk tu tak berusik šŸ¤£.

Rupenye pagi tu abah Ahnaff belikan lontong untuk saya tapi tak sempat nak makan. Dia simpan je, tak makan pun. Petang tu dia suruh saya makan, habiskan lontong tu. Takyah keluar dinner dah šŸ¤£. Ahnaff pun dah kenyang makan garlic bread ngan soup. Abah dia, makan maggi je malam tadi. Hihihi. 

Lega dah la dah dapat material untuk buat gubahan hantaran tu. Tunggu dulang sampai, pastu boleh la mula gubah. Kene mula buat sikitĀ² ni. Risau kang sibuk itu ini, xsempat siap. 
Neves rasanyaaaa šŸ¤£. 










Sunday, July 17, 2022

Balik kampung sekejap

 Assalamualaikum korang šŸ˜Š.

Ni cerita semalam. PagiĀ² lagi Kakyong dah call. Ajak balik kampung.
Dia ade urusan kat kampung, minta kami 3 beranak teman dia šŸ¤­.
Dengar je nak balik kampung terus cergas si Ahnaff bangun, pegi mandi šŸ¤£.


Dah sampai šŸ˜Š


Ni Belon. Paksu cakap nama dia Belon sebab kulit dia mcm blonde sikit kan, so nak nampak melayu jawa, bagi la nama Belon šŸ¤£.

Ni Meroh. Amboiiii kemain dia jegil mata kat Sofea ehhh. Hahaha

Masa sampai tu, Paksu tengah nak bersihkan kandang budak 2 ekor ni. TiapĀ² pagi memang dia bersihkan kandang lembu ni. Kang petang dia kelambukan pulak. Pasang ubat nyamuk wehh. 
Dah macam jaga baby dah šŸ¤£.
Semalam dengar dia sembangĀ² dengan abah, macam ade uraĀ² nak tambah lembu lagi. 
Tapi lembu tempatan je. Untuk qurban tahun depan.
Meroh dengan Belon ni jenis lembu sado, belum boleh jual lg. Nampak sado tapi sebenarnye lebih kurang sebaya Ahnasofea je dedua. Hahaha

SambilĀ² tu saya bawak la Sofea jalanĀ² tepiĀ² rumah atok. Tengok pokokĀ². Kot ade hasil yang boleh dipetik bawak balik. Hahaha

Selalu keliru samada ni limau nipis ke limau kasturi šŸ¤£. Tak kisah la yang penting limau ni wajib ambil untuk buat sambal belacan. Banyak buah yang dah besarĀ². Nenek tak sempat nak petik agaknye.

Lemon pun ade. Tapi belum matang lagi ni. Banyak juga buahnye.

Wangi bau bunga ni. Tapi kalau malamĀ² lepak kat beranda dapur ni, seram jugak tetiba bau wangi..terbawa dengan angin šŸ¤£.

Selim melim je pokok durian ni. Bila agaknya nak beso dan berbuah šŸ˜†

Dapat rempeyek. Aritu lupe nak bawak balik. So semalam mak suruh bawak sebalang. Suka la abah Ahnaff dapat rempeyek feveret dia.

Kejap je semalam kat kampung. Sampai dalam pukul 10 lebih, pukul 12.30 dah gerak balik Puncak Alam semula.
Lagipun atok, nenek dan mama pun nak gi Klang jugak tengahari tu.
Nak gi rumah KakLang sebab petang tu ade kenduri kat Kapar.
Tido satu malam kat sana. Pagi ni tadi pagiĀ² dah balik kampung.

Malam tadi, tak berapa rajin nak masak. Order jelahhh. 


Yang terpaling gembira mestilah dia ni šŸ¤£. Always looking forward for makanan yang jenis camni. Yang sedapĀ² dia kate.

Ni lagi sorang ni. Nama je anak dara, tapi lasak lebih dari abang. Tak boleh dah nak bagi dia duduk kat baby chair ni lelama sebab dia dah cubaĀ² nak berdiri kat situ. Tak boleh nak tinggal dia sendri kat situ. Sofea..Sofea