Friday, February 5, 2021

Bilik Kerja

 Assalamualaikum semua 😊

Nak sembang pasal bilik kerja ni lah.
Duduk rumah apartment,
Dapur pun keluasan tak berapa luas
Kite sebagai homebaker, memang la dapur ofis kite kan.
Tapi, bila dah lama² rasa macam rimas pulak
😅
So, Dec 2019 (ehhh..dah lama rupenyeee 😂) aritu,
Suami bagi idea untuk buat bilik kerja
Rumah ni ade 3 bilik.
Bilik depan agak kecik, so sesuai la amik bilik depan tu jadi bilik kerja.
Bila ade bilik kerja,
Tersusun la sikit barang² bakery macam tepung, gula, dan barang lain
Takdela semuanya sumbat kat dapur.
Lagipun order sentiasa ade,
Bahan pun sentiasa topup, so memang kene ade tempat penyimpanan khas
Tak boleh dah beli tepung atau gula sekilo dua
Alhamdulillah walau tak banyak tapi rezeki tetap ade 😊




Ni la bilik kerjanya
Kecik je, tapi cukup la tu
Ni pic masa mula² setting,
Elok tersusun lagi
Sekarang ni dah berubah sikit 🤭
Rak hylis tu dah tukar dengan almari bertutup
So takde dah nampak loyang² bertaburan
Alhamdulillah jugak buat bilik kerja yang comel ni sebab takyah dah nak kecah² kat dapur
So, takdela ruang dapur tu penuh dengan saknika barang baking 😊

Belah atas: konvo master 2011
Belah bawah: konvo SKM 2017


Saje la kan letak pic konvo ni kat bilik kerja
Tak taw la sebagai pembakar semangat or sebagai kenangan 😅
Yang pastinya dua² pun boleh
Tapi yang lucunye tiap kali Ahnaff tengok pic tu mesti dia akan tanya

Ahnaff: mami, Ahnaff mana?
Mami: Ahnaff belum wujud (merujuk pic 1)
Ahnaff: belum ujud? Adik baby. Tinggal rumah
Mami: yang ni (merujuk pic 2) adik ade dalam perut mami. 
Ahnaff: baby dalam perut mami?
Mami: yeee
Ahnaff: omoknye perut mami
Mami: 😑😑

Pic konvo SKM tu memang ade 3 keping. 
Sebab naik pentas 3 kali 😂
Saya ambil Sijil Kemahiran Mara tahap 3 dalam bidang yang berbeza pada 1 masa.
Sijil Pembuatan dan Penyediaan Makanan & Sijil Pembuatan Roti.
Tak taw dari mana datangnye semangat nak buat sekali 2 sijil tu 😂
Mungkin masa tu sebab belum ade anak,
Suami pun kerap outstation
Nak isi masa yang ade, saya ambil kursus tu bawah tajaan KEMAS.
Nanti ade masa, boleh cerita pasal kursus ni pulak 😊. 

Ishhh..dah melalut pulaknye kan
Nak cerita pasal bilik kerja
Dah terbabas sampai ke lain pulaknye
😅




Sedih

 Assalamualaikum semua 😊

Pagi ni Ahnaff tak nak pegi school
Aduhhhh
Kat rumah ok je.
Bangun pagi elok je, bersiap, sarapan, semua ok je
Takde setitik air mata pun
Bila sampai je parking school dia tu,
Automatic dia menangis cakap taknak school
😭😭
Terpaksa la mami pujuk²
Dukung dia bawak naik
Dia suruh mami tunggu pulak
Duduk melekat kat riba mami
Hati mami ni dah goyang dah
Dalam hati dah berkira² nak bawak balik je
Tapi akak yang jaga tu cakap biar je
Dia menangis selalunye kejap je
Tak lama
Tapi ye la kan..hati mami ni tak berapa kental
Dia leka je carik mainan, cepat² mami cabut 
😂
Harapnye ok je la dia
Camni rupenye perasaan mak² bekerja yang kene tinggalkan anak kat pengasuh ye
😔
Atleast mami ni, kalau Ahnaff menangis tak berenti, boleh lagi pi amik
School sebelah blok je pun
😂😂
Tapi elok je ni haaaaa 😂




Thursday, February 4, 2021

Rutin Baru Ahnaff

 Assalamualaikum semua 😊

Masuk bulan Februari ni,
Memang dah decide untuk hantar Ahnaff ke sekolah.
Tapi bukan lah sekolah tadika pun..
Hantar nursery je 🤭
Nak bagi dia bercampur dan berkawan² dengan budak lain
Duduk rumah berdua je dengan mami,
Sian dia..
Tahun ni 4 tahun dah (walau usia sebenar baru 3tahun2bulan).
Atleast tahun depan, masuk tadika betul, takde la dah dia nak buat drama.
Nak mami je 😂
1hb aritu mula hantar.
Hari pertama pegi 2 jam je. Tu pun mami join sekali..hahah



Hari kedua ok sikit, 
mami teman sekejap je. 
Bertahan jugak la sampai jam 11.30 pagi.
Hari ketiga pun ok. 
Kebetulan abah dia cuti,
Abah anta sekali, mami ni dah risau kot dia buat drama tak nak naik atas.
Tapi rupenye ok je dia 😂.
Bertahan sampai pukul 2 petang.
Hari ni hari yang ke empat,
Menangis sikit pagi tadi.
Taknak turun kereta. 
Mami pujuk sikit², dukung anta sampai atas.
Dia masuk je dapur, tengok abang² buat kelas online (nursery ni bercampur dengan budak transit, tapi tak ramai. Dalam 3,4 orang camtu), mami pun terus cabut balik rumah 😂
Sebenarnye dia ok je kat situ.
Menangis tu biasa la.. menangis sikit, pastu ok dah.
Memang dah cakap dekat penjaga tu, kalau dia nangis berterusan, bgtaw je..
Boleh terus ambik.
Tapi, setakat 4 hari ni, dia menangis kejap² je. 
Bila ingat mami, dia sedih tapi lepastu main..
Happy balik.
Hantar pun halfday je
Pukul 8.30 pagi hantar, pukul 2 petang ambil.
Tapi next week maybe nak ambil pukul 1 petang.
Sebab bila anak takde kat rumah,
Bosan rupenyeee 😂
Tak berapa kental hati mami ni rupenyeeee.

Roti Pelangi

 Assalamualaikum semua 😊

Pejam celik, pejam celik,
Dah tahun 2021 dah
Dah masuk bulan Februari pun
Tak sempat nak buat entri baru
Padahal berjalan ke rumah orang, 
Komen sana sikit, sini sikit sempat ajeee
Rumah sendiri terabai 😂😂
Permulaan tahun 2021 ni memang sibuk sikit
Alhamdulillah dapat banyak permintaan roti
Salah satu roti yang baru cuba buat adalah roti pelangi





Roti pelangi ni jenis roti tawar
Bentuk loaf
Seketul gitu
Ramai juga peminatnye
Dalam pada tak berapa yakin nak buat tu,
Rupenye hampir 40 buku jugak terjual
Tak termasuk yang saje² buat bagi orang sana, bagi orang sini
Mungkin dah lebih 50 buku
😊
Ehhh..meh la kite share cara buat roti tawar ni

ROTI TAWAR/ROTI PELANGI

188gm susu full cream sejuk
280gm tepung hi protein
30gm gula
1 sudu kecil yis
25gm marjerin
Pewarna (kuning, pink, biru &ungu)

Caranya:
- Masukkan susu, tepung, gula dan yis ke dalam bread maker
- uli sehingga ia bercampur mesra
- masukkan marjerin dan uli lagi selama 45minit
- bahagikan kepada 4 bahagian dan warnakan mengikut warna yg diingini
- gelek nipis setiap bahagian, susun bertindih dan gulung
- guna loyang 8x4x4
- bakar selama 40minit pada suhu 160°c (bergantung kepada oven anda)


Ni saje buat 2 kaler je. Original n choc. Khas untuk peminat roti mami. Ahnaff la kan..sape lagi 😂

Selamat mencuba teman².